Tiga

4 0 0
                                    

AMIEN. RABU, 28 SEPTEMBER 2022.

Aku berjalan menuju ke pintu studio, pintu dibuka dan aku melangkah masuk ke dalam. Aku menekan suis lampu, cahaya lampu menerangi studio ini. Aku meletakkan beg galas di tepi kerusi. Aku menghidupkan komputer dan melihat draf muzik disiapkan beberapa hari lepas. Aku mendengar rentak muzik beberapa kali sehingga puas hati. Aku termenung seketika, rentak muzik ini bergenre pop dance, aku mesti berlatih menari. Cuma rasa risau sebab tarian aku tak begitu bagus. Bila aku lulus ujibakat, ramai peserta pandai menari tampil dan tunjukkan bakat mereka di depan juri. Aku mampu boleh nyanyi ketika sesi ujibakat, selepas diterima oleh syarikat rakaman. Aku sering mendengar peserta yang pandai menari diambil sebagai backup dancer untuk artis terkenal. Mereka mendapat pergi ke showcase dan konsert.

Aku mengambil beg galas dan mengeluarkan buku nota. Aku menyelak halaman yang menyimpan lirik lagu yang diberikan daripada Abang Johari. Aku mulakan sesi memanaskan suara, aku nyanyi dengan lirik itu. Lagu ini bertemakan cinta pandangan pertama, cinta pandang pertama. Lagu ini betul-betul mencabar kemampuan aku, bagaimana aku menunjukkan perasaan itu dalam nyanyian? Lirik lagu menunjukkan lelaki itu sedang jatuh hati pada seorang wanita. Aku mengusap wajah dan mengeluh, aku bersandar di kerusi sambil merenung siling. Fikiran aku menjadi runsing, aku menggaru-garu kepala. " Hish, macam mana ni. aku tak pernah bercinta. Susahnya." 

Kedengaran bunyi pintu diketuk, aku bangun dari kerusi dan berjalan ke pintu. Aku membuka pintu, kelihatan Abang Johari berada di situ. Dia memakai jaket kulit hitam bersama kemeja putih, seluar jean dengan kasut kulit. Dia memberi senyuman dan tegur " Good morning, Amien. Dah makan sarapan?"  " Morning, Abang Johari. Dah makan." balas aku seperti biasa. Abang Johari memandang aku, dia kelihatan muda dari usia sebenar. Dia ialah penulis lagu yang dia berikan aku. " Amien, okay tak?" tanya Abang Johari. Aku terus mengelengkan kepala," Lagu tu susah sikit untuk saya, saya tak pernah bercinta." balas aku terus terang. Abang Johari menangguk faham. " Beginilah, Amien. Tak perlu risau sangat, kamu boleh ambil ilham dari filem, novel untuk memahami perasaan cinta. Apa yang penting, berlatih selalu. Kalau rasa ragu-ragu, tanya dengan saya atau pengajar. Sekarang pergi ke kelas vokal, nanti Puan Laila tunggu kamu pulak." kata Abang Johari. Aku merasa cemas dan bergegas mengambil beg galas dan buku nota. Aku terus berlari keluar dari studio, aku mendengar suara Abang Johari mengatakan " Cepat masuk kelas, Amien!"  Aku berlari ke naik tangga ke tingkat 5, menarik pintu rintangan api dan menuju ke kelas, kedengaran suara Puan Laila sedang mengajar menggunakan teknik pernafasan. Dengan perlahan, aku menarik pemegang pintu dan melangkah masuk. Suasana mengajar berhenti seketika, 28 pasang mata memandang aku ketika masuk, Puan Laila menegur, " Amien Firdaus, baru sampai ke? Awak tahu tak sekarang dah pukul beberapa?" Aku membalas " Sembilan dua puluh pagi." Dia membalas semula," Tahu pun, lain kali datang awal. Kalau asyik datang lambat, tak ada siapa nak ambil awak sebagai penyanyi, apatah lagi kalau buat persembahan. Disilpin tu penting, awak faham tak?" soal Puan Laila sambil memandang aku dengan muka riak wajah tegas. Aku mejawab," Saya faham, Puan." Dia menangguk puas hati. Dia menunjuk arah ke bahagian belakang kelas, aku berjalan dan mengambil tempat kosong. Ketika aku duduk, ada beberapa orang curi pandang, mereka berbisik sesama mereka dan ketawa. Aku mengeluh perlahan, aku tak pernah menegur mereka semua yang berada kelas ni, kewujudan mereka semua tak penting bagi aku. Aku lebih selesa tidak mempunyai kawan, lebih senang, tak ada musuh, tak ada drama bodoh yang memerlukan air mata mengalir kerana salah faham.

Selesai kelas vokal, aku berjalan ke sebuah restoran yang berhampiran. Aku memesan nasi goreng dan air teh kosong, makan sambil memikir tentang masa depan. " Betul ke apa yang buat aku ni? Tak terlambat untuk tarik diri jadi penyanyi?" Aku mengimbau semula kata-kata Abang Johari seketika mula masuk ke syarikat. " Menjadi penyanyi bukan begitu mudah, memerlukan bakat dan usaha. Kalau ada bakat, tapi tak ada usaha, takkan menjadi. Orang melihat penyanyi kelihatan senang, ada banyak duit, berpakaian mewah. Hakikat sebenar, kamu terpaksa bekerja keras untuk bersaing antara artist sudah memiliki banyak pengalaman dan kekal di industri seni. " Aku sendiri nampak beberapa orang menarik diri daripada syarikat gara-gara tak mampu hadapi latihan yang memerlukan stamina dan kekuatan mental.  Selera aku hilang apabila memikir perkara ini, aku menghirup teh sudah sejuk. Patut aku bekerja di pejabat seperti abang aku, Amen? Menaip papan komputer, menjawab panggilan telefon dan lain-lain. Bunyinya tak begitu teruk sangat, tapi dia yang memberikan duit untuk aku supaya melanjutkan pelajaran. Dia tak menghalang aku untuk menjadi penyanyi. Aku memang mempunyai royalti hasil menulis lirik, menggubah lagu, mampu bermain beberapa alat muzik.

Selesai bayar makanan, aku berjalan ke kelas tarian. Aku menolak pintu kaca, kedengaran rentak lagu bergema di dalam bilik. Aku melihat seorang lelaki yang sibuk mengajar tarian kepada dua penari lain, lelaki itu memandang aku dan berjalan untuk menegur. " Ayy, wassup my brother, Amien." Dia menghulurkan tangannya kepada aku dan memeluk bahu aku. Aku membalas semula, " Just fine, bro. How about you, Ken?" Lelaki yang dipanggil Ken menepuk bahu aku perlahan. " Good, just busy as usual. Kau ready untuk comeback? Dah 2 tahun kau tak berdiri atas pentas." Bila Ken berkata begitu, aku merasa ada satu beban besar di diri, rasa begitu berat dan bercampur baur. Rasa teruja, cemas, risau dan menyampah. Aku mampu mengeluh, " Entahlah, Ken. Aku nak berdiri atas pentas, menyanyi. Sumpah, aku rindu sangat." Ken menangguk faham, " Relax, bro. Aku faham perasaan kau, bila aku dapat tahu jadi koreografer untuk kau, lega sangat. Sebab kau tak banyak ragam. Kita dah kenal, rapat semasa mula masuk company ni. Jangan risau sangat pasal tarian ni, tak susah pun." 

Aku menangguk faham. " Okay, Aku nak tukar kasut sekejap."  Ken memberi senyuman. Aku pergi ke kabinet yang boleh memuatkan kasut dan beg galas. Aku mengeluarkan kasut Adidas dari beg, menanggalkan sniker dan memakainya. Aku terus mengunci kabinet selepas meletakkan beg dan kasut. Seperti biasa, aku mulakan sesi panaskan badan dan meregang kaki. Selepas sudah panaskan badan, Ken mengajar aku gerak tarian. " Angkat kaki kanan ke depan, lepas tu, kaki kiri pun sama. And then, hentak kaki ikut ritma lagu, satu dua, satu dua. Gerak ke kiri, hayunkan tangan ke kanan dan kiri. Satu dua, satu dua. " Aku buat gerak tarian seperti dia ajarkan, dia menangguk. Aku buat beberapa kali hingga kelihatan bagus. Ken memanggil dua penari lelaki yang aku nampak ketika masuk, dia beritahu bahawa mereka berdua akan menjadi backup dancer untuk persembahan. Aku memperkenalkan diri aku pada kepada mereka, mereka juga memperkenalkan diri. Selesai berbual, Ken pergi ke sistem pembesar suara dan memasang muzik. Aku mendengar dengan tekun, Aku kenal alunan ritma lagu itu, lagu aku akan dikeluarkan dalam 8 bulan lagi, aku mesti bekerja keras. Aku tak peduli tentang anugerah atau pencapaian terbaik, bagi aku, dapat berdiri di pentas dan menyanyi sudah menjadi kepuasan untuk diri sendiri. Ken menegur, " Ready, Amien?" Aku membalas " Yeah, Ready.". Aku mulakan gerak tarian, dua penari mengikuti aku juga.

Selepas berlatih selama dua jam, aku baring di lantai dengan letih, tercungap-cungap. Ken memandang aku sambil senyum," Muka kau dah macam ikan baru mendarat di pantai."  Aku merenung dia, " Diamlah, Ken. Kau pun sama, apa kurangnya kau. Macam ikan haruan." Ken mejawab, " Amboi, mulut kau. Nantilah aku letak cili dalam mulut kau." Aku gelak sekuat hati, puas mengenakan orang lain. Aku baring di lantai dalam 10 minit, kemudian aku bangun, berjalan ke kabinet. Ambil botol air dari beg, selepas minum air. Aku periksa telefon Xiaomi, tiada panggilan dan mesej dari Amen. Kadang-kadang, aku tertanya dengan diri sendiri, dia lupakan tentang aku ke? Aku tahu bahawa dia sibuk, hanya dia ahli keluarga yang aku ada di dunia ini. Dua perempuan sial tu takkan menjadi saudara-mara aku.

Suara Ken memanggil aku, " Dah siap ke?  Jomlah balik. Aku ada mesyuarat esok."  " Tunggu kejap." Aku segera mengeluarkan telefon dan kunci kereta dari beg dan poket seluar. Aku cepat-cepat berjalan ke pintu. Kami berjalan sama-sama ke keluar bangunan. Kami mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain, aku berjalan ke kereta Mazda, membuka pintu dan masuk ke dalam. Aku menghidupkan enjin dan memandu kereta ke jalan raya.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now