chapter one

2.6K 108 0
                                    

" ALANA SOFEA BINTI ILHAM ! BANGUN SEKARANG SEBELUM MAMA JIRUS AIR PANAS KAT BADAN KAMU ! BAIK KAMU BANGUN SEKARANG ! Jerit Puan Mastura sambil tangannya menggoncang kasar bahu anaknya. Puas wanita itu mengejut anak daranya bangun.

" Apa ni ma... jerit pagi pagi buta ni. " kata Alana dalam keadaan mamai. Matanya dipisat beberapa kali.

" Pagi kamu cakap ?! Matahari dah naik atas kepala, kamu cakap pagi ?! Dah bangun sekarang ! Pergi mandi pastu tolong mama masak kat dapur. " kata Puan Mastura sekilas lalu kakinya melangkah keluar dari kamar itu.

Alana melihat jam loceng di night stand.

12:05 p.m.

Dia mengeluh perlahan. Rambutnya diramas kasar. Laju kaki panjangnya menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya.

Inilah kehidupan seorang gadis penganggur yang bernama Alana Sofea Binti Ilham. Papanya seorang bussinesman yang mengurus syarikatnya sendiri, Sky Holding. Mamanya seorang suri rumah sepenuh masa. Dia tidak mengupah orang gaji. Dia yang melakukan segala kerja rumah. Memasak, mengemas, menyusun dan mancuci semuanya diuruskan sendiri dan dibantu oleh anak gadisnya, Alana Sofea. Gadis ini mempunyai seorang abang, Akhmal Ruhaizad. Abangnya menolong menguruskan syarikat papanya. Lambat laun, dia juga akan mengambil alih Sky Holding dan mengurusnya sendiri. Nak mengharapkan adik kesayangannya tu, mahu bankrup syarikat bapanya. Jangan cari pasal !

Alana mengemas katil sebelum kaki panjangnya melangkah keluar lalu menuju ke tempat kegemaran mamanya iaitu dapur.

Alana melihat mamanya kusyuk memotong bawang di atas papan pemotong.

Ting !

Timbul idea nakal. Terjengket jengket kakinya menuju ke arah mamanya dan..

" BAHH !! "

" Oh mak kau tergolek atas lantai. " latah Puan Mastura. Dadanya diusap perlahan. Pisau yang dipegang terus hilang. Melayang mungkin ? Nasib melayang ke tempat lain. Kalau melayang ke perut anak gadisnya itu, mahu si Alana dah dapat tittle 'arwah'.

Laju tangan wanita itu memukul kuat bahu anak gadisnya.

" Ha kamu ni memang nak tengok mama mati terkejut ke apa ?! Dah tak sabar nak cari mama baru ?! " marah Puan Mastura. Geram tengok anak gadisnya. Suka sangat menyakat. Mahu mati terkejut orang tua itu.

" Alaa ma.. jangan la cakap macam tu. Lana gurau je.. " pujuk Alana lembut. Dia memeluk tubuh mamanya. Erat. Lantas dia mencium dahi bersih Puan Mastura. Takut jugak dia melihat muka mamanya ketika marah. Macam mak singa kelaparan. Rawr ! Mengerikan.

Puan Mastura hanya mengumam. Merajuk mungkin ?

45 minit mereka berperang di dapur. Akhirnya siap hidangan untuk makan tengah hari.

" Mama . " panggil Alana lembut.

" Ya ? "

" Papa dengan Along balik makan tengah hari ke ? " tanya gadis itu lembut.

" Ye sayang. Papa dengan Along kamu on the way balik. " jawab Puan Mastura sambil tersenyum.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu utama dibuka dari luar.

Yes papa dah balik !

" Assalamualaikum ! " laung Akhmal kuat.

" Waalaikumussalam. Sini kitaorang kat dapur ! " laung Alana.

" Wahh sedapnya bau. Mama masak ke budak ni masak ? " tanya Akhmal selamba. Laju tangan kasarnya menarik kerusi lalu duduk di atasnya. Alana mengambil tempat di sebelah abangnya dan mama dan papanya duduk dihadapan mereka.

" Of course la Alana masak. Ingat Lana tak pandai masak ke ? " gadis itu merenung geram ke arah abang kesayangannya itu.

Laju tangan kekar milik Akhmal mengelus lembut rambut ikal mayang adiknya itu.

" Banyak sayang masak hari ni. Ada apa apa ke ? " tanya Encik Ilham lembut. Matanya merenung lembut ke arah wajah manis isteri kesayangannya itu. Makin hari makin bertambah sayang buat isterinya.

Manja kali dia !

Sian single !

" Takde apa la bang. Saja masak banyak untuk budak budak ni. " jawab Puan Mastura. Bibirnya mengukir senyuman manis.

" Hish nak bersweet pon nanti nantilah. Orang tengah lapar ni." Kata Alana malas. Tak hormat langsung yang single ni !

Encik Ilham dan isterinya menghamburkan ketawa perlahan. Macam macam hal budak ni !

" Ha Aizad baca doa makan. " Akhmal mengganggukkan kepalanya. Doa makan dibaca.

Mereka menikmati makan tengah hari sambil gelak ketawa. Sungguh bahagia.

••••••••••

ADAM MUAYYAD menghempas tubuhnya ke atas sofa di dalam pejabatnya. Dia melonggarkan tali leher dan lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Tiga butang dari atas dibuka hingga menampakkan dada bidangnya. Rimas !

Bam !

Pintu dibuka kasar dari luar. Dia mengeluh. Bala dah sampai. Rambut hitamnya diraup ke belakang.

" Yow bro. Jom lunch aku lapar. " ajak rakanya, Zhafri Zafuan. Dia memukul kasar bahu tegap Adam.

" Penat. Kau pergi la sorang. " ujar Adam mendatar.

" Hish kau ni boring betullah ! Cepat laaa...Aku kebulur sangat nii.. Jomlahh.. "Rengek Zhafri manja. Tangan Adam digoyangkan beberapa kali. Gaya macam anak mintak ais krim kat bapak pulak.

Adam menjulingkan mata ke atas. Menyampah ! Dia menarik kasar tangannya dari terus dipegang oleh rakannya itu.

" Arghh fine. Jom cepat ! " marah Adam. Dia mengambil phone, wallet dan kunci kereta di atas meja kerjanya lantas kakinya melangkah keluar.

Zhafri melompat riang. Laju kakinya mengikut langkah rakannya itu.

TING !

Pintu elevator dibuka, laju kaki mereka melangkah keluar. Ramai pekerja menyapa mereka mesra. Adam hanya mempamerkan riak dingin. Lain pula si buaya, Zhafri. Dia mengenyitkan mata dan senyuman manis diukir kepada pekerja pekerja wanita di syarikat itu. Menggelupur belaka.

Mereka menaiki kereta masing masing dan menuju ke kedai makan berdekatan. Malas nak pergi jauh jauh. Banyak kerja perlu disiapkan.

Mamak menjadi pilihan mereka. Why ? Tak pernah jumpa orang kaya lepak mamak hm ?

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now