* flashback *
5 tahun lalu...
" Wahhh aku tak sangka aku boleh jejak kaki kat sini ! " jerit Hazim Rafael ni pintu utama. Jeritan itu dapat menarik perhatian orang ramai. Segan Alana dan Hani dibuatnya.
" Weh Pael ! Kau tak payah la menjerit melolong kat sini. Malu la orang tengok ! " Hani memukul kuat bahu lebar milik lelaki itu.
Rafael mendesis sakit.
Alana hanya menggelengkan kepalanya. Macam macam hal budak dua ekor ni !
Mereka sudah lama berkawan dari sekolah rendah lagi. Ramai yang kagum akan persahabatan mereka. Siapa je tak kagum. 13 tahun usia persahabatan mereka. Dan sekarang mereka masih berjodoh belajar di tempat yang sama iaitu di UKM, Bangi. Masing masing sudah lali dengan perangai antara satu sama lain.
" Suka hati aku lah nak melalak kat sini ke meraung kat sini ke itu hal aku bukan hal kau. Sibuk je kau. " ujar Rafael dengan nada tidak puas hati.
Hani menjeling tajam.
" Enough ! Korang ni memekak lah ! Bising tahu tak ? " marah Alana. Dia meninggalkan rakannya di belakang. Malas nak layan. Sakit otak !
Rafael dan Hani berpandangan seraya mengangkat bahu.
" Dah kenapa minah tu ? " soal Rafael.
" Entah. Period kot. " balas Hani selamba.
Masing masing mengejar langkah gadis kecil itu.
•••••••••
Tanpa sedar, mereka sudah di sem yang terakhir. Semua pelajar bertungkus lumus menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah.
" Saya harap awak boleh siapkan assignment yang saya berikan dan dihantar pada masa yang ditetapkan. Boleh ? " ucap Puan Shima sebagai pensyarah mereka dengan suara yang amat lantang.
" Boleh Madam ! " balas mereka serentak.
••••••••••
Alana beserta rakan rakannya, Rafael dan Hani berkumpul di library.
Alana mengeluh hingga menggamit perhatian mereka berdua.
" Kau dah kenapa mengeluh ni ? Ada masalah ke ? " soal Hani, pelik.
" Haah la weh. Dari tadi aku tengok muka kau macam ada masalah je. " kata Rafael pula. Berkerut dahinya melihat wajah gadis itu yang agak kelihatan serabut.
" Semenjak dua menjak ni aku selalu dapat call dari orang yang aku tak kenal. " jawab Alana.
" Secret admirer kau kot. " ujar Hani untuk menyedapkan hati rakannya itu.
" Entah entah betul apa yang si Hani ni cakap. Kau kan cantik. Tak mustahil ada peminat kan ? Kau taknak share kat kitaorang ke sapa lelaki malang tu ? " kata Rafael pula. Dia membetulkan kaca mata di pangkal hidungnya.
" Kalau aku tahu takdelah aku gelisah macam ni rupa. " balas Alana, geram.
Rafael sengih.
" Bukan setakat tu je... aku rasa macam diperhatikan.kadang kadang orang tu hantar gambar aku tengah makan kat cafe, jalan jalan dengan korang kat shopping mall takpun gambar aku tengah jalan seorang diri. Aku takut ! " Alana meraup kasar wajahnya.
" Wuishh ni dah macam kategori stalker ni. Meremang bulu roma aku. " Hani mengusap usap lengannya.
Rafael hanya diam.
" Kau dah bagitahu belum kat parents kau ? " soal Hani.
Alana mengelengkan kepalanya. " Belum. Aku taknak dorang susah hati
"
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...