" Along nak bawak Lana balik rumah along. " kata Adam sepintas lalu.
Laju kepala Alana memandang wajah selamba suaminya itu.
" Rumah ? Awak tak cakap apa apa pon dengan saya tentang ni " bisik Alana perlahan.
" Aku tengah nak cakap la ni sekarang. " kata Adam selamba.
Alana mengeluh perlahan. Kenapalah laki aku ni selamba sangat ni ?
Adam membuang pandangan ke arah kedua dua orang tuanya.
" Sejak bila kamu beli rumah ? " soal Encik Hadi. Dihirup perlahan kopi panas buatan isterinya itu.
" Selepas dapat tahu Alana nak kahwin dengan Adam. " laju kepalanya menoleh ke arah isteri kecilnya.
Alana terpaku. Teragak agak dia mahu memandang suaminya itu. Pandangan mereka bertaut buat seketika.
1 saat
2 saat
3 saat
4 saat
5 saat
" Ehem !! " Aulia mendehem kuat hingga menggamit orang di meja makan itu.
" Haihhh nak buat drama pulak kat sini. " kata Aulia malas.
" Sibuk la kau. " ujar Adam, geram.
Puan Maria menggelengkan kepalanya. " Ha Adam. Bila kamu nak pindah ? " soal wanita itu.
" Lepas breakfast. " jawab Adam ringkas.
" Amboi cepat betul kau nak pindah rumah. Kau nak buat apa kat bini kau ha ? " soal Aulia. Dikecilkan matanya tanda dia curiga akan sesuatu.
" Nak bagi kau anak buah. Kau taknak ? " kata Adam selamba.
" Uhukk ! Uhukk ! " terbatuk Alana dibuatnya.
Laju Adam menghulur secawan air ke arah isterinya itu.
Alana mencapai huluran itu. Dia minum perlahan untuk hilang perit di bahagian tekak.
" Kaklong okey ? " soal Aulia, prihatin.
Alana hanya mengganggukkan kepalanya sebagai jawapan.
" Tulah kau long. Tak menyempat. " ujar Aulia.
" Eh aku pulak yang salah. Tadi kau yang tanya so aku jawablah. "
" Enough both of you ! Kalau ibu dengar korang bergaduh lagi, ibu sepak kamu berdua sampai keluar rumah. "
Terdiam mereka berdua.
Alana menahan tawa melihat perbalahan kecil antara suaminya dengan adik iparnya.
•••••••••
" Subhanallah cantik rumah awak. " puji Alana, ikhlas.
" Correction. Rumah kita. " kata Adam mendatar. Laju dia mengambil bagasi mereka berdua naik ke atas. Kamar tidur mereka.
Alana tersenyum. Aww so sweet !
Kakinya melangkah ke ruangan dapur. Matanya meliar memerhati kawasan itu. Terpukau melihat dekorasi dapur itu.
" Cantik. " katanya perlahan.
" Kau suka rumah ni ? " sergah Adam dari belakang.
Ternaik bahu gadis itu. Laju kepalanya menoleh ke belakang. Suaminya sedang bersandar ke dinding sambil tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Santai.
Alana menayangkan senyuman manis buat suaminya. " Suka. " jawab Alana lembut.
Adam senyum nipis. " Okeylah kalau macam tu. Nanti lunch kita makan luar. Lepas lunch kita pergi beli barang dapur. " kata Adam berupa arahan.
Alana hanya mengganggukkan kepala. " Kita nak gerak bila ? "
" Sekarang. " jawab Adam ringkas. Laju kakinya melangkah keluar rumah. Seperti lembu dicucuk hidung, Alana hanya mengikuti langkah besar suaminya itu.
" Cepat Alana Sofea ! " Jerit Adam di luar rumah.
" Kejap ! " laung Alana. Haihh tak reti sabar mamat ni !
••••••••••
Adam menolak troli yang sudah dipenuhi barang serta perkakas dapur. Biasalah nama pon rumah baru. Satu habuk pon takde kat dapur tu.
" Ada lagi ke ? " soal Adam perlahan. Penat. Naik longgar kepala lutut. Hampir 2 jam duk pusing pusing cari barang. ' Macam ni ek perasaan abah bila teman ibu shopping ? ' bisik jejaka itu.
" Kejap. " Alana melihat senarai barang di dalam telefon pintarnya. Biasalah manusia kan cepat lupa so dia ambil keputusan untuk menulis segala jenis barang yang perlu dia beli. Duit ? Duit siapa lagi kalau bukan duit suami
' kesayangannya ' itu.Duit suami duit isteri. Duit isteri duit isteri.
Laju Alana melangkah ke ruangan makanan ringan. Ternaik kening suaminya. Dia mengikut langkah kecil isterinya itu.
Terbuntang mata jejaka itu melihat tangan isterinya sarat dengan makanan ringan.
" Banyaknya. " kata Adam, terkejut.
Alana hanya tersengih. " Boleh ? "
" No ! " jawab Adam, tegas.
" Alaaa please... " rayu gadis itu siap pakej puppy eyes.
" No sayang. Not good for your health. " kata Adam lembut tapi terselit ketegasan dalam ayatnya itu.
Terus berubah muka Alana. Dengan pasrah dia meletakkannya kembali kesemua makanan ringan yang dia ambil ke rak.
" Tch fine ! Ambil 2 jenis je. " ujar Adam, pasrah.
" Tiga ? " Alana cuba main tawar menawar dengan suaminya.
" 2 atau tak payah beli terus. Choose it ! " tangannya disilang ke dada. Rayban tersangkut elok di bahagian kolar tshirt polonya.
" Hish yelah yelah. Saya ambil dua ! " kata Alana, geram. Ditunjuk 2 jenis makanan ringan di hadapan suaminya sebelum diletakkan di atas timbunan barang dalam troli itu. Laju kakinya melangkah pergi.
Adam tersenyum lucu. Cute !
hoho lama tak update. btw selamat hari raya aidiladha semua !!
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...