chapter two

1.5K 94 2
                                    

Selepas menjamu selera, mereka berkumpul di ruang tamu. Encik Ilham serta anak lelakinya akan pulang ke pejabat selepas menunaikan solat zohor.

Alana menatang sedulang air dan kuih muih lalu diletakkan di atas meja kecil. Jam dinding dipandang sekilas.

12:45 p.m.

" Papa dengan along tak pergi pejabat balik ke ? " Tanya Alana.

" Lepas zohor. " jawab Akhmal lembut. Bibirnya diukir senyum nipis.

Jejaka itu menepuk perlahan sofa disebelahnya. Alana menghempas tubuh kecilnya di sebelah abangnya.

Encik Ilham hanya mengganggukkan kepala.

Mereka berborak sementara menunggu azan zohor berkumandang.

" Alana ? " panggil Encik Ilham lembut.

" Yes pa ? " jawab Alana. Mulutnya dipenuhi dengan kuih. Akhmal menggelengkan kepala. Tisu dicapai lalu mulut adiknya dilap lembut.

Alana hanya tersengih.

" Kamu taknak kerja ke Lana ? Kalau kamu taknak kerja dengan orang lain.. kamu kerja dengan papa. Tolong papa uruskan syarikat tu. " ujar Encik Ilham lembut.

Encik Ilham memang dikenali dengan sifat lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bukan lembut macam sotong tu ! Lembut dari segi pertuturan kata. Disebabkan itulah, ramai pengusaha syarikat lain ingin berurusan dengannya. Lain pula dengan Akhmal Ruhaizad. Sikapnya dingin dan jarang senyum. Tapi bila berkumpul bersama keluarga, sikapnya akan berubah seratus peratus. Suka menyakat, lembut tutur kata dan melayan adik dan ibunya seperti permaisuri.

" Alaaa pa rilex la.. Lana baru je habis belajar. Bagilah Lana rehat dulu. " kata Alana selamba.

" Kepala hotak awak baru habis belajar. Sekarang ni dah masuk dua tahun tau kau tamat belajar. Tak cukup lagi rehat ? Nanti dah mati, kau rehat la puas puas. Takde sapa nak halang. " Bidas Akhmal.

Alana terdiam. How could you along !

Alana menjeling manja abangnya. " Eh eh orang tua ni. Memang nak aku mati cepat ke apa ? "

Terbuntang mata Akhmal. Dia panggil aku orang tua ?!

Laju tangannya meluku kepala adik kesayangannya itu.

Nasib sayang !

" Ish kamu berdua ni ! Gaduh je kerja ! Ada yang kena tidur luar malam ni kang. " ugut Puan Mastura. Matanya dijeling geram.

Akhmal dan adiknya tersengih hingga menampakkan gigi putih mereka tersusun rapi.

Alana berdehem perlahan.

" Pa.. You know I'm not interested in running this company right ? Along kan ada. Dia boleh handle syarikat tu. Kang kalau Lana yang handle, you jangan pelik tak sampai seminggu syarikat you dah muflis " ujar Alanna.

Encik Ilham mendiamkan diri.

" Papa dengan mama kenal Hani kan ? " Puan Mastura dan suaminya mengganggukkan kepala. Ya, mereka kenal gadis itu. Hani Raudhah. Rakan anak gadisnya dari sekolah rendah lagi. Mereka juga sudah menganggap gadis itu seperti anak mereka sendiri.

" She opened a cafe near Sky Holding, your company. Hani has invited me to work with her. can i ? " Tangannya dicantum seperti gaya memohon dan matanya dikelipkan beberapa kali. Puppy eyes.

" But- "

" Ala pa please.. papa yang nak sangat Lana kerja kan ? Ni Lana dah dapat, takkan papa tak bagi pulak. " tangannya disilang dan wajahnya ditoleh ke tepi. Merajuk.

Akhmal hanya memerhati. Malas nak masuk campur.

Encik Ilham memandang isterinya. Puan Mastura hanya mengganggukkan kepala. Setuju dengan permintaan anak gadisnya itu.

" Baik papa setuju. " putus Encik Ilham.

Alana terus bersorak riang. Laju dia memeluk leher abangnya. Akhmal membalas pelukan itu sambil bibirnya diukir senyuman manis.

He loves to see her sister smile. So pretty !

" But one condition. Listen carefully ! " terus hilang senyumannya. Laju dia meleraikan pelukan.

Ha sudah. apa hal pulak ni ?!

" back home before 6 p.m. , kalau nak pergi mana mana terus inform kat papa or your brother okey ? " kata Encik Ilham tegas tetapi terselit kelembutan dalam ayatnya.

" Okey !! " ujar gadis itu teruja.

" that's my girl. " kata Encik Ilham lembut.

Akhmal memeluk bahu adiknya.

" Nanti along free kita pergi shopping okey ? "

Lama tak spend time dengan budak kecik ni !

Alana tersenyum manis. Pantang orang ajak pergi shopping. Terus senyum sampai ke telinga. " Along belanja ? "

" Of course la aku belanja. Kau ada duit ke nak bayar ? Kerja pon tak. " sindir Akhmal.

Laju jari runcing Alana mencubit perut berotot abangnya itu.

" Auch ! it's hurt, honey . " dahinya berkerut. Pantas tangan kekar menggenggam tangan kecil adiknya. Itu tangan ketam ke tangan manusia ? Berbisa betul !

Alana hanya menjelir lidah. Padan muka !

Encik Ilham dan Puan Mastura tersenyum bahagia melihat keakraban anak anak mereka.

Encik Ilham memeluk pinggang ramping istrerinya dan melabuh kucupan di dahi bersih milik Puan Mastura.

Mereka berbalas senyuman.

Tidak lama selepas itu, kedengaran laungan azan zohor di masjid berdekatan rumah mereka.

Mereka bergegas pergi ke kamar masing masing dan bersiap untuk melakukan suruhan Nya. Mereka solat berjemaah di bilik solat.

Solat zohor kali ini dipimpin oleh Encik Ilham sendiri.

" Allahuakhbar "

••••••••••

' Allahuakhbar Allahuakhbar '

Kedengaran sayup sayap azan zohor berkumandang.

" Zhaf, jom pergi masjid. Dah masuk waktu ni " ajak Adam. Dia menilik jam tangan rolex miliknya itu.

" Okey jom " balas Zhafri.

Selepas membayar makanan yang dipesan, lantas mereka bergegas pergi ke Masjid An‐Nur menaiki kereta masing masing. Mereka menunaikan solat zohor berjemaah di sana.

حي على الصلاة
mari kita mendirikan solat

حي على الفلاح
mari kita meraih kejayaan

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now