" Sedap masakan mama malam ni. " puji Alana ikhlas. Laju Akhmal meganggukkan kepala mengiyakan kenyataan si adik.
" Aik sebelum ni mama masak tak sedap ke ? " soal Puan Mastura. Suaranya dibuat sayu.
" Eh apa pulak cakap macam tu. Masakan mama memang tip top. Serious talk. Cuma masakan masakan malam sedap dia lain macam hehe. " bukan main gelabah gadis itu.
Yang lain hanya tersenyum lucu melihat telatah manis gadis kecil itu.
Puan Mastura mendehem kecil.
" Hm alana. Mama nak cakap something ni. " kata si ibu perlahan.
Alan menjongket keningnya. Mulutnya penuh dengan nasi.
" Mama nak kamu kah— " tidak sempat wanita itu mahu menghabiskan ayatnya laju katannya dipotong oleh suaminya.
" Dah makan dulu. Nanti nantilah cakapnya. " ucap Encik Ilham mendatar.
Alana menganggukkan kepala.
••••••••••
" Mama nak kamu kahwin. " kata Puan Mastura dalam satu nafas.
Alana terdiam manakala Akhmal terkaku.
Adik aku nak kahwin ?!
Encik Ilham hanya berlagak selamba. Dia sudah tahu pasal ini. Mereka sudah berbincang tentang hal ini di kamar tidur mereka.
" Ma are you serious ? Tak lawak la gurauan mama kali ini. Sumpah tak kelakar. Cuba lagi esok eh ? " kata Alana. Katawa dibuat buat menutup debaran di dada.
" No i'm not. " ujar si ibu mendatar. Kalau tak dipaksa mahu tak kahwin anaknya itu.
" Tapi ma— "
" No tapi tapi. Okey look Alana Sofea. Kamu nak kahwin bila ? Nak tunggu mama masuk kubur dulu baru nak kahwin . " kata Puan Mastura. Sengaja dia mahu menguji anak gadisnya itu.
" Apa ni ma.. taknak la cakap pasal mati ni. " ucap gadis itu. Dia tak suka apabila mamanya bercakap pasal ini.
Puan Mastura dan Encik Ilham terseyum nipis. Dia kenal anak mereka. Cengeng budaknya.
Akhmal hanya sekadar memerhati.
" Tapi along kan tak kahwin lagi. "
Akhmal terkejut apabila namanya dibangkitkan tentang hal ini.
" So ? Apa masalahnya ? Dah kalau ditakdirkan kau kahwin dulu apa boleh buat. " kata Akhmal selamba.
Cemberut muka si adik. Kenapalah abang aku ni taknak back up akuuu ?!!
" Okey mama taknak paksa kamu. Kamu fikir masak masak tentang hal ni. Buat solat istikharah semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu. " ujar si ibu lembut.
Alana menganggukkan kepala. " Siapa lelaki tu. Dia tau ke pasal ni ? " soal gadis itu.
" Anak aunty Maria, Adam namanya. Dia taktau pasal ni. Mungkin dia tengah bincang hal ini dengan anak lelaki dia. "
jawab Puan Mastura." Adam ? Adam Muayyad ke ? Anak Uncle Hadi ? " soal Akhmal bertalu talu.
Laju si ibu menganggukkan kepala.
Alana memandang pelik ke arah abangnya. " Along kenal ? "
" Mesti la kenal. Dia kawan along dari zaman sekolah lagi. Sekarang ni pon dia ada join project dengan along and papa. " kata Akhmal.
" Adam tu baik budaknya cuma tu la dingin macama abang kamu tu. " kata Encik Ilham.
Akhmal menganggukkan kepala. Hm betullah tu.
Alana berfikir sejenak.
" Hm bagi Lana pikir dulu boleh ? Ni pasal masa depan Lana. Boleh kan mama, papa ? " soal gadis itu berhati hati. Takut hati orang tuanya kecewa.
Sungguh wajah orang tuanya mahu dia berkahwin dengan jejaka itu.
" Boleh sayang. Kalau kamu tak setuju bagitahu mama awal awal ya ? "
" Okey ma. "
•••••
Pada masa yang sama,
" Kahwin ? " Laju Puan Maria menganggukkan kepalanya.
Teruja sangat gayanya tu.
" Siapa calon ibu tu ? " soal Adam. Kopinya dihirup perlahan. Selamba sungguh wajahnya ketika ini. Lain pula dengan adiknya. Terkejut beruk si Aulia tu.
Serious ahh abang aku nak kahwin ?
" Alana Sofea. " ucap si ibu lembut. Hatinya sudah terpaut dengan sikap lemah lembut gadis itu.
" Okey yang ni Aulia setuju !! Alana ni baik abang. Lemah lembut je orangnya. " bersungguh sungguh gadis itu berkata.
" Eh eh siapa nak kahwin sekarang ni. Kau ke aku ? Yang kau beria sangat ni dah kenapa ? " kata Adam selamba.
Laju jari runcing milik adiknya mencubit lengan si abang.
Adam mendesis sakit. Tu sepit ketam ke woii !!
Encik Hadi serta Puan Maria menggelengkan kepalanya. Sehari kalau tak gaduh memang tak sah budak dua orang ni !!
" Both of you stop ! " kata Encik Hadi dingin.
Sifat Encik Hadi memang tak tumpah macam anak lelakinya. Dingin nak mateyy !! Like father like son.
Terdiam mereka berdua.
" Okey macam mana Adam ? "
" Ok. " jawab jejaka itu ringkas.
" What do you mean okey my son ? " soal si ibu pelik.
" Okey Adam setuju kalau perempuan tu setuju. " putus Adam lalu bingkas bangun.
" Adam masuk tidur dulu. " dia melangkah perginke kamar tidurnya. Esok kena pejabat ada meeting penting kat office !
Yang lain hanya terkaku. Macam tu je ?!
Tak lama selepas itu,
" Yeayyy abang Adam nak kahwin !!! " sorak Aulia.
Puan Maria dan Encik hadi mengucap syukur.
Semoga apa yang dkrancangkan berjalan lancar. Aamiin !!
Pakwe saya dah nak kahwin huhu !! Bubye jodoh orang !!
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...