chapter seventeen

1.2K 66 0
                                    

" Aku terima nikahnya Alana Sofea Binti Mohd Ilham dengan mas kahwinnya 800 ringgit dibayar tunai. " ucap Adam lancar.

" Sah ? " soal tok kadi kepada para saksi.

" Sah. "

" Sah. "

" Alhamdulillah. " Tok kadi memimpin bacaan doa. Adam menjeling isterinya di atas pelamin.

Ketika Alana memasuki dewan, dia terpana melihat penampilan isterinya.

* flashback *

Kedengaran pintu utama dewan dibuka dari luar. Pengantin perempuan berjalan memasuki ruangan dewan. Hani Raudhah menemani rakannya sebagai seorang pengapit.

Adam terpana melihat bakal isterinya.
" Cantik " kata jejaka tanpa dia sedari.

" Terima kasih puji anak papa. " kata Encik Ilham. Ditayang senyuman lucu melihat wajah merah bakal menantunya.

Tulah tengok anak dara orang lagi. Kan dah kantoi dengan bapak dia !

Alana duduk di atas pelamin dengan penuh sopan santun.

Takkan nak duduk terkangkang pulak kan ? Mahu si Adam ni lari tak cukup tanah.

Hani berdiri di sisi sang pengantin perempuan. Zhafri tersenyum melihat gadis itu. " She's pretty. " kata Zhafri perlahan. Hanya dia sahaja yang dapat mendengar kata tersebut.

" Pengantin perempuan dah ada. Jadi boleh kita mulakan sekarang ? " soal tok kadi.

Encik Ilham dan Adam berjabat tangan.
Dapat dirasa kegigilan tangan kekar milik Adam Muayyad.

Bukan sejuk tapi nervous.

* end flashback *

Adam berjalan menuju ke pelamin untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Hani menghulur sebaldu cincin kepada jejaka itu.

Adam mengambil sebentuk cincin lantas dicapai lembut jari runcing isterinya.

Alana menariknya kembali. Ditundukkan wajah merahnya persis buah tomato.

" Don't worry, Sofea. I'm your husband. " kata Adam lembut. Dia mencapai jari isterinya lalu disarungkan cincin permata ke jari itu.

Alana juga mencapai jari suaminya lalu disarungkan cincin. Dia menyalami dan mencium tangan kekar itu.

Adam mencium dahi bersih isterinya dengan penuh syahdu. Alana terpaku. Tidak lama selepas itu, dia menutup matanya menikmati memori indahnya.

Kerlipan cahaya kamera di pelbagai penjuru untuk mengambil momen pengantin buat kenangan.

Adam mengalihkan bibirnya. Pandangan mereka bertaut. Lama.

Jurukamera tidak lupa mengambil peluang untuk menangkap momen manis itu.

" I will take care of you. In syaa Allah. " ucap Adam lembut. Dicapai tangan isterinya lalu dicium lembut.

" Saya pegang janji awak Adam Muayyad. I will be a good wife. In syaa Allah. " kata Alana perlahan. Matanya berkaca.

Bukan tangisan kesedihan tetapi kegembiraan.

" Aku harap perkahwinan ni perkahwinan pertama dan terakhir aku. " kata Adam. Dilemparkan senyuman manis buat isterinya.

Jatuh cinta ? Mungkin.

" Saya harap perkahwinan ini kekal ke jannah. Aamiin. " ujar Alana. Dibalas renungan redup suaminya. Bibir mungilnya diukir senyuman manis bak gula pasir.

Seseorang memerhati momen itu dengan penuh rasa kebencian.

" Korang takkan bahagia. Kalau aku tak dapat dia. Tiada sapa boleh dapat dia. " ujar lelaki bermasker hitam dengan penuh rasa dendam di dada. Dadanya berombak kencang.

Dia berlalu pergi meninggalkan dewan itu.











ha sape pulak tu.

ehem ! saya nak cakap sikit ni. mungkin jalan cerita ni tak sama macam dekat blurb tu hehe..

okey happy reading semua !!

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now