chapter twenty two

1.4K 71 1
                                        

" Alana tolong aku ikatkan tie ni. " kata Adam sambil tangannya ligat mengikat tali lehernya.

Alana menghampiri suaminya di hadapan standing mirror. " pandang sini. " arah Alana, lembut.

Laju Adam memusingkan tubuhnya menghadap isteri kecilnya. Dia merendahkan sedikit tubuhnya hingga menyamai ketinggian gadis dihadapannya itu. " Ha sampai tak ? " soal Adam.

Alana menghadiahkan satu jelingan tajam buat suaminya. " Awak ingat saya pendek sangat ke ? " soal Alana, geram. Dia mencekak pinggang sambil membetulkan spek mata bulatnya.

" Tak sedar diri tu pendek. " kata Adam selamba. Dia berdiri tegak lantas tangannya diletakkan di bawah ketiak isterinya. Laju dia mengangkat tubuh kecil Alana ke atas katil mereka. "and now you are taller than me " kata Adam, lembut. Tangannya diletakkan ke pinggang ramping isterinya.

Kerana terkejut, Alana melingkar tangannya ke leher suaminya. Kus semangat ! Dia memukul perlahan dada bidang milik Adam Muayyad. " Hish terkejut saya ! "

Adam menarik senyuman nipis. Dia mencuit sedikit hidung isterinya.

Laju tangan Alana membuat kerja. Tanpa gadis itu sedari, Adam memerhati setiap lekuk wajah isterinya. Dari mata turun ke hidung dan berhenti ke arah dua ulas bibir milik gadis dihadapannya itu. " can i have my morning kiss ? " soal Adam. Matanya startik memandang ke arah bibir merah isterinya.

Terus terhenti kegiatan gadis itu. Gulp !

Adam menaikkan sedikit dagu isterinya sehingga pandangan mereka bertaut. Lama.

Adam mendekatkan sedikit wajahnya sehingga lelaki itu dapat merasakan deruan nafas isterinya yang menampar wajahnya.

Adam tersenyum melihat melihat wajah pucat isterinya. Tahu takut ! Dia menjengket kakinya sedikit dan...

Cup !

Adam mencuim dahi putih milik isterinya. " Kau dah siap belum ? Dah lambat ni. " soal Adam. Dia memandang wajah merah isterinya tanpa rasa jemu. Haih manisnya rasa bercinta selepas kahwin ni.

Alana tersedar. " Dah. " Jawab Alana sepatah. Adam melihat penampilan ringkas isterinya dan yang paling dia suka pakaian itu menutupi aurat isterinya yang hanya boleh dilihat olehnya sahaja.

Dia mengelus lembut kepala isterinya yang dilitupi tudung bawal berwarna krim. " Jom. " ajak Adam.

Alana hanya tersenyum nipis.

Mereka menuruni tangga bersama.

" Kau masak apa hari ini ? " soal Adam. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

" Saya masak nasi goreng. Awak okey kan sarapan makanan berat ? "

Adam hanya menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan.

Alana mencedokkan nasi di atas pinggan dan menghulur ke arah suaminya.

Adam mancapai huluran itu. Laju dia menadah tangan. Doa makan dibaca...

Dia menyuap nasi ke dalam mulut lalu kepalanya diangguk perlahan. " Betullah kata Aulia. "

" Aulia kata apa ? " soal Alana, pelik.

" Aku akan gemuk. " ujar lelaki itu tetapi tersirat akan sesuatu makna dalam ayatnya itu.

Alana ketawa perlahan. She knows.

Adam ikut tersenyum melihat isterinya ketawa.

Harap kebahagiaan ini akan berkekalan. Bisik lelaki itu.

Tanpa mereka sedari, akan ada 'seseorang ' yang akan menghancurkan hubungan suci suami isteri ini. Nama pun alam perkahwinan. Pasti ada pasang surutnya. Yang penting, suami isteri perlu meletakkan kepercayaan antara satu sama lain kerana itu kunci kebahagiaan.










••••••••







Adam memarkir range rovernya dihadapan Smiley Cafe. Ternaik keningnya apabila melihat kereta mewah milik rakannya, Zhafri Zafuan. " Dia memang selalu lepak sini ke ? " soal Adam.

" Siapa ? " soal Alana kembali.

" Zhafri. " jawab lelaki itu sepatah. Dia mengalih pandangan ke arah mata isterinya.

" Oh..Dia memang selalu breakfast kat sini. " ujar Alana bersama senyuman nipis.

' Sejak bila pula mamat ni rajin ambik sarapan ni ? ' bisik lelaki itu.

" Adam ? " panggil Alana. Haih laki aku ni...mengelamun pulak dia ni !

" Adam. " Alana menyentuh lembut bahu tegap suaminya itu.

Adam tersedar. " Ya ? "

Alana menghulur tangannya. " Nak salam. "

Adam menyambut huluran itu dan mencium lembut dahi gadis itu.

" Nanti pesan kat mamat tu suruh masuk office. Jangan nak makan gaji buta sangat. "

Alana ketawa kecil lantas kepalanya diangguk perlahan. " Drive elok elok. Bye assalamuaikum. " Gadis itu keluar dari kereta mewah suaminya.

" Waalaikumussalam. " Adam memandu pergi ke pejabatnya.

Alana memasuki cafe dan melihat Zhafri bermain telefon pintarnya. Dia menghampiri lelaki itu.

" Hai Zhafri. " sapa Alana.

Zhafri menaikkan kepalanya lantas tersenyum manis.

" Eh hai Mr. Adam's wife ! Mana suami you ? "

" Adam pergi office la. Awak tak pergi ? "

" Aik baru kahwin. Takkan dah masuk kerja. Tak pergi honeymoon ke ? Mana tau rezeki nak bagi I anak buah awal. " usik Zhafri bersama satu senyuman nakal.

Alana dapat merasakan muka membahang ketika itu.

Satu pukulan kuat selamat mendarat di bahu tegap lelaki itu. Zhafri mendesis sakit.

" Apahal kau usik dia macam tu ? " soal Hani, geram.

" What ? Aku usik je pun. Takkan tu pon salah. " kata Zhafri.

" Salah ! Sekarang ni aku nak kau ambil kunci kereta ni pastu pergi office. Pergi cari duit. Tak payah nak duduk lepak macam penganggur kat sini. Sakit mata aku tengok. " bebel Hani sambil tangannya menghulur kunci kereta ke arah lelaki itu. Zhafri menyambut huluran itu.

Alana hanya melihat pertelingkahan kecil antara dua manusia ini. Nasib meja ni tersorok dari pandangan orang ramai. Dia menggelengkan kepalanya.

" Kau halau aku ? Okey takpe. Aku pergi kerja dulu. Nak cari duit untuk bayar mas kahwin kita. Bye my future wife. " ujar Zhafri, selamba. Dia membuat flying kiss di hadapan Hani Raudhah. Dia mengambil spek mata hitam di atas meja lalu dipakai di puncak hidung mancungnya. Dia berjalan keluar dengan penuh gaya.

Hani terkaku.

Alana ketawa terbahak bahak. " Wah tak sabar aku nak merasa nasi minyak kau. "

Hani menhadiahkan satu cubitan halus ke perut rakannya. Alana mendesis sakit.

" Padan muka. " kata Hani bersama satu jelingan tajam.

" Assalamualaikum. " ucap seorang jejaka di belakang mereka.

" Waalaikumussalam. " balas Hani dan Alana serentak. Mereka memusingkan tubuhnya dan...

" Raf.. " kata Alana perlahan. Dia terkaku.

Hani memandang tajam ke arah kelaki bermata kelabu itu.

" Long time no see, my little princess. " ucap jejaka bersama satu senyuman yang agak misteri.




MR ADAM'S WIFECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang