chapter twenty six

1.3K 88 2
                                    

Tok ! Tok ! Tok !

" Masuk ! " laung Adam kuat. Mejanya dipenuhi fail dan kertas kerja.

Kak Siti memasuki pejabat ceo milik Adam Muayyad dengan penuh berhati hati. Dah tau bos besar tengah mood angin monsun.

" Err Mr. Adam..wakil dari Sky Holding dah sampai. Mereka tengah tunggu Mr.Adam kat meeting room. " kata wanita itu,perlahan.

Adam memandang sekilas lantas mencapai tali leher royal blue lalu dipakai di lehernya. Dia melihat penampilannya di cermin. Dengan penuh keyakinan, dia melangkah keluar menuju ke bilik mensyuarat bertentangan dengan pejabatnya.

" Sorry i'm late. Dah lama sampai ? " soal Adam seraya berjabat tangan Akhmal Ruhaizad sebagai wakil Sky Holding.

" No it's okay. Kami baru sampai lima minit yang lepas. " balas Akhmal,profesional. Tiada istilah abang adik ipar ketika itu.

" Jemput duduk. Boleh kita mulakan meeting sekarang ? " soal Adam dengan penuh karisma.

Mereka menganggukkan kepala.

Mensyuarat itu memakan masa selama 2 jam.

" Let's end for our meeting. Apa apa hal boleh rujuk pada PA saya, Kak Siti. " ucap Adam bersama senyuman nipis.

" Okey noted. " balas Akhmal.

Masing masing sudah berlalu pergi hanya meninggalkan Akhmal dan Adam di dalam bilik mensyuarat itu.

" So how ? " soal Akhmal sambil tangannya sibuk mengemas kertas kertas kerja dihadapannya.

" How what ? " soal Adam kembali tanpa memandang rakannya a.k.a abang ipar.

Akhmal mengeluh. " How's your life with my beloved sister ? Kau jaga dia dengan baik tak ? Dia ada buat hal ke ? She's okay ? Dah lama aku tak contact ngan dia. Rindu pulak dengan budak tu. " ujar Akhmal panjang lebar.

" Banyak betul soalan kau. Malas pulak aku nak jawab. "

" Hish ! Jawab je laa. Masalah la kau ! "

" Ye la. Nak jawab la ni sabar sabar. Aku nak ingat balik soalan kau tadi. "

Masing masing diam.

" Life okay. Macam biasa. Of course aku jaga dia dengan baik. Dia okey takde buat hal. Ya, she's fine. " jawab Adam sepintas lalu.

Hm jawpan yang agak meragukan.

" Betul ni ? " soal Akhmal.

Adam menganggukkan kepalanya.

" Kenapa muka kau macam ada masalah je. Macam baru lepas gaduh ngan bini. "

Adam diam.

" Betul kan ? Bukan apa..perangai kau nampak lain semenjak dua menjak ni. Kau nampak kusut macam orang tengah ada masalah negara. Taknak share dengan aku ? Aku bukan nak masuk campur tentang hal rumah tangga kau tapi kalau setakat nak share untuk lepaskan segala kekusutan tu, aku ada. " ujar Akhmal. Jatuh kasihan apabila melihat Adam ketika itu.

" Aku rasa bersalah, Mal. " kata Adam perlahan. Kepalannya tunduk.

" Kenapa ? "

" Aku dah buat hati adik kau terluka. Hati isteri aku." Kata Adam seraya rambutnya diramas kasar.

" Kau buat apa kat adik aku ? " soal Akhmal, dingin. Dia paling pantang kalau ni. Adik kesayangan dia.

" Aku cuba, Mal. tapi bila aku tengok balik gambar ni buat hati aku rasa sakit. "

" Gambar apa ? " soal Akhmal. Hatinya sudah berdebar teruk. Jangan. Bukan sekarang.

Adam menghulur iphone miliknya kepada si rakan. Cepat cepat Akhmal mencapai dan melihat gambar itu. Akhmal menghela nafas kasar.

" Mamat tu memang nak mati. Aku dah warning dia awal awal. Jangan nak tunjuk muka dia. Lain disuruh lain dibuat. Bodoh punya orang. " kata Akhmal,geram.

Adam menjongketkan keningnya. " Kau kenal mamat yang dalam gambar tu ? "

" Kenal. Dia bakal adik ipar tak jadi. " jawab Akhmal,mendatar. No mood right now.

" Ha ? Cuba jelaskan betul betul. Menyampah betul bercakap dengan kau ni. "

Akhmal sengih. " Lebih afdal kau tanya isteri kau. She knows everything than me,bro. "

Adam diam.

" ADAM JOM LUNCH ! " jerit Zhafri di muka pintu. Bala dah mai dah !

Adam dan Akhmal menoleh kepalanya. Bulat mata Zhafri melihat susuk tubuh rakannya, Akhmal Ruhaizad.

" BRO !! YA ALLAH RINDUNYA AKU DENGAN KAU ! " jerit Zhafri sambil berlari lantas memeluk erat badan tegap milik Akhmal. Berdiri lelaki itu dibuatnya.

Akhmal melepaskan pelukan dengan kasar. " Kau dah kenapa bingai ? Jerit jerit. Bising tahu tak ?! " marah Akhmal. Dah la kacau sesi luah perasaan adik beradik ipar. Kacau betul !

" Kau tak rindu aku ke, Mal ? " soal Zhafri sayu. Jarinya menarik lengan baju milik Akhmal.

Adam hanya memerhati. Tak kuasa nak masuk campur drama drama murahan ni.

" Bodoh ke Zhaf ? Baru seminggu lebih tak jumpa. Tak sampai seminggu. " balas Akhmal. Matanya dijulingkan ke atas. Menyampah dengan perangai pelik Si Zhafri ni.

" Ahh apa apa je la. Alang alang kau ada kat sini, jom join lunch ngan kitaorang. " kata Zhafri seraya memeluk bahu tegap Akhmal.

" Siapa nak lunch ngan kau ? " soal Adam.

" Sorry tak sudi. "Jawab Akhmal lantas menepis lengan lelaki itu di atas bahunya.

Terus masam muka Zhafri. " Sampai hari korang berdua. Yelah aku sedar, diri aku ni sapa. Aku tak kaya macam korang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takpelah kalau korang tak sudi makan dengan orang miskin macam aku ni. " ujar Zhafri, sayu. Dia melangkah perlahan menuju ke muka pintu.

" Klishe betul ayat dia. " kutuk Adam.

" Tulah. Ayat dari zaman universiti lagi. Naik muak aku. Miskin la konon. Setiap hari bawak range rover. Masalah betul budak ni . " kata Akhmal lantas berjalan mendapatkan rakannya yang sudah hampir ke elevator. Laju betul mamat ni jalan !

Adam mengeluh. Dia berjalan laju menuju ke pejabatnya lalu mencapai kunci kereta dan dompetnya seraya melangkah menuju ke meja Kak Siti.

" Kak Siti tak keluar lunch ke ? " soal Adam pelik. Biasanya wanita ini la yang first keluar office bila dah sampai waktu lunch.

Wanita itu tersengih. " puasa. "

Adam mengganggukkan kepalanya. " takpelah kalau macam tu. Saya keluar dulu. "

" Have a good lunch, Mr.Adam. "

Adam menggumam.

Dia melangkah pergi menuju ke elevator. Sementara dia menunggu pintu lif terbuka, dia mengambil iphone di dalam kocek seluar lantas membuat panggilan.

" Hello "

" Hello. " Adam senyum mendengar suara lembut di dalam corong telefonnya.

" Aku balik malam ni. Pukul 8. Siap siap kita dinner kat luar. Lambat tinggal. " Adam memutuskan panggilan tanpa mendengar balasan isterinya. Dasar !

Adam senyum. Miss her !

•••••••••

Alana tercengang. " Macam tu je dia end call ?! Nasib suami. "

Tidak lama selepas itu, bibirnya menguntum senyuman manis. Adam dah sudi bercakap dengannya. Alhadulillah.

" Senyum senyum. Husband call la tu. " usik Hani.

" Diam kau. " kata Alana, geram. Sibuk je minah ni.




Happy reading ! 🖇  sorry typo hehe ^^

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now