Alana Sofea menghempas badan yang keletihan di atas ranjang milik suaminya.
Adam Muayyad menggelengkan kepalanya. " Pergi mandi dulu. Baru tidur. " kata Adam mendatar.
" Tapi saya tak bawak baju saya datang sini. " ujar Alana perlahan. Dia duduk bersila menghadap suaminya. Matanya dikelip beberapa kali. Mengantuk !
Adam menyimpan senyum.
" Kejap aku ambil baju. " Adam berjalan menuju ke wardrobe. Dia mengambil tshirt putih dan short pants. Laju kakinya melangkah ke katil yang diduduki isteri kecilnya.
" Nah. " Dia menghulur pakaian itu kepada Alana.
Alana mengambil huluran itu. Tidak berkedip wanita itu. Dia memandang pakaian itu dan suaminya bersilih ganti.
" Awak nak saya pakai ni ? " soal Alana.
" Yelah. Ke kau taknak pakai baju malam ni ? " soal Adam. Bibirnya diukir senyum gatal. Baru sahaja Adam mahu meletakkan tangannya di atas tilam, Alana berdesup lari menuju ke kamar mandi.
Alana menutup rapat pintu. Diurut dadanya berkali kali. " Dasar gatal. " kata Alana, geram.
Adam tersenyum lucu. Dia mengambil tuala lantas kakinya melangkah ke kamar mandi. Diketuk pintu kuat.
Terangkat bahu Alana. " Awak nak apa ? " soal gadis itu. Dia berdiri membelakangi pintu.
" Bukaklah pintu ni. "
Bukan main gelabah gadis itu. " A..awak n..nak buat apa ? "
" Bukak Alana Sofea. " ujar Adam mendatar. Dia menahan tawa apabila mendengar suara gugup isterinya.
Alana membuka pintu perlahan. " Ya ? "
Adam menghulur tuala. " Kau nak lap badan kau guna apa ? Baju yang kau pakai tu ke ? " soal jejaka itu sinis.
Laju Alana mencapai tuala itu lalu ditutup pintu kuat.
" Kau ingat aku nak mandi dengan kau ke sayang ? Kalau nak boleh je. " Laju Adam membuka pintu tapi ditahan oleh isterinya.
" Ehhh jangan !! " dadanya berombak laju.
Adam menghambur ketawa kuat.
Alana meraup wajah merahnya.
" Cepat mandi sayang. Kalau kau lambat, aku masuk. " usik Adam, nakal.
" Okey ! Okey ! Awak jangan masuk. " kata Alana. Gelabah.
Adam menggeleng kecil. " Isteri siapa la ni. " ujar Adam perlahan. Bibirnya diukir senyuman.
30 minit berlalu...
Klak !
" Kenapa kau tak keluar esok je. Tak pun tahun depan. " sindir Adam tanpa melihat isterinya.
" Sorry. " ucap Alana perlaha.
Adam menaikkan wajahnya lalu terpaku.
' Damn ! ' bisik lelaki itu.
Dia terkaku melihat penampilan isterinya. Baju putih yang kelihatan besar dengan tubuh kecil Alana hingga short pant tidak kelihatan. Rambut panjang gadis itu menarik perhatiannya.
Dia berjalan perlahan menuju ke gadis itu. Alana mengundur beberapa tapak sehingga belakangnya mencium dinding putih. ' Hish sejak bila dinding ada kat sini ! ' bisik gadis itu, geram.
Adam meletakkan tangan kanannya di sisi kepala Alana Sofea. Tangannya mencapai rambut ikal mayang isterinya lalu dihidu.
" Wangi. " bisik lelaki itu di telinga gadis kecil itu.
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...