chapter six

1.2K 96 0
                                    

Tok !

Tok !

Tok !

Puan Maria mengetuk pintu kamar tidur anak terunanya, Adam Muayyad.

" Adam bangun ! Kamu tak pergi kerja ke hari ni ?! " Laung Puan Maria kuat di luar bilik.

" Ya bu. Adam dah bangun ni. " kata Adam perlahan tetapi jelas di pendengaran si ibu.

Puan Maria berlalu pergi.

Adam merenggangkan ototnya lalu bingkas bangun menuju ke kamar mandi.

Inilah padahnya kalau tidur lepas subuh. Nasib ibunya kejut, kalau tidak mahu terlepas sampai ke zohor.

Selepas sepuluh minit berada di bilik air, dia keluar lalu kaki panjangnya menuju ke katil lantas dikemas rapi.
Dilipat kain selimut, cadar katil direnggang dan bantal disusun cantik.

Adam tersenyum puas. Okey perfect !!

Dia melihat penampilannya di cermin. Dia hanya mengenakan tshirt putih kosong di tubuh tegapnya dan sehelai short pants. Rambutnya dibiar tidak bersikat. Messy hairstyle. Tetapi kacak seperti selalu.

Dia menuruni tangga dan terlihat susuk tubuh ibunya yang sedang mengemas rumah. Dia berjalan perlahan lahan lantas dipeluk badan gempal ibunya erat. Dia meletakkan dagunya ke bahu si ibu.

Ternaik bahu Puan Maria. Dia menampar perlahan tangan anaknya yang melingkar di pinggangnya.

" Hish kamu ni ! Terkejut ibu. " kata Puan Maria geram.

Adam tersengih sehingga terlihat gigi putihnya tersusun rapi.

Handsome woi jodoh orang !

Adam mencium pipi ibunya sekilas lalu pelukan dirungkai olehnya.

Puan Maria memandang pelik penampilan anakya itu.

" Aik kamu tak pergi kerja ke hari ni ? " tanya si ibu.

" Malas la ibu. Esok la pergi. "

" Haih kamu ni macam macam. Kamu tu bos mesti tunjuk contoh yang baik pada pekerja kamu... " sudah mula sesi ceramah pada pagi itu.

Adam hanya tersenyum hambar. Dengarkan sajalah. Nasib sayang.

" Ha kamu dengar tak apa yang ibu cakap tadi Dam ? " si ibu menjengil pada si anak.

" Dengar ibu. Esok Adam pergi kerja okeyy ? " kata Adam lembut.

Puan Maria hanya menggumam. Jejaka itu memeluk badan ibunya sekilas lalu kaki panjangnya menuju ke dapur.

Dari tadi perutnya berbunyi meminta untuk diisi.

Dia mengangkat tudung saji dan terlihatlah hidangan yang amat mengiurkan.

Nasi lemak, kuah sambal, telur mata dan beberapa hirisan timun dan lima ketul ayam goreng.

Laju dia menarik kerusi lalu duduk di atasnya.

" Ibu dah makan ke ? " soal Adam kepada ibunya.

" Ibu dah makan. "

Dia mengisi dua senduk nasi ke atas pinggan lantas dia mencedokkan sambal dan menggambil seketul ayam, sebiji telur mata serta dua hirisan timun.

Doa makan dibaca perlahan lalu disumbat nasi kedalam mulutnya.

Sedang dia menikmati sarapannya, seorang gadis datang menghampiri lalu...

" HAA BARU BANGUN !! " terjah Natasha Aulia dibelakang. Terkekek si adik ketawa.

Hampir tersembur nasi yang berada di dalam mulut jejaka itu. Rakus dia meminum air kosong untuk menghilangkan perit di bahagian tekak.

Dia memandang tajam ke arah gadis itu.

Aulia hanya berlagak selamba. Dia mengambil cawan abangnya itu lalu dituang air kopi kedalamnya.

" Bissmillah . " ucap Aulia perlahan. Lantas air kopi itu diminum perlahan.

Adam hanya mengabaikan kehadiran si adik. Mampus dia la nak buat apa. Aslkan tak ganggu dia makan.

" Abang tak pergi kerja hari ni ? " tanya gadis itu lembut.

" malas . " jawab Adam ringkas.

" Best betul ye jadi bos. Boleh datang kerja ikut mood. " perli si adik.

" Kalau kau nak perli aku bagai baik kau blah. Aku tengah makan ni. " ujar Adam mendatar.

Aulia membuat muka malas.

Dia mencuri ayam si abang lalu berlari keluar menuju ke ruang tamu.

" NATASHA AULIA. !! ITU AYAM AKU LA GILAAA !!! " jerit jejaka itu.

Gadis itu ketawa kuat.

Puan Maria hanya menggelengkan kepalanya. Macam macam hal budak ni.

Adam merengus nafas kuat. Laju tangan kekarnya mengambil seketul ayam lagi lalu digigit kasar.

Sesudah makan, Adam mencuci pinggan dan cawan yang digunakan di sinki. Dia menutup makanan menggunakan tudung saji dan menuju ke ruang tamu.

Ternampak susuk tubuh kecik milik si adik. Dia tersenyum jahat.

Jejaka itu menghampiri gadis itu lalu menyekeh kuat di kepala si adik.

Aulia meringis kesakitan.

" Sakit la bodoh ! " marah si adik.

Adam menghambur ketawa kuat apabila melihat wajah masam si adik.

Dia duduk di sisi adiknya lalu dipeluk bahu gadis itu. Dia memandang ke arah kaca tv.

" Kau tengok cerita apa ni dik ? "

" Kau nampak kan pelakon tu cakap bahasa apa, korea kan ? Aku layan kdrama la takkan aku layan sinetron indon pulak. " jawab Aulia malas.

Adam meganggukkan kepalanya.

Dia mecium dahi bersih adiknya lalu bingkas bangun.

" Abang nak pergi mana ? "

" Naik atas. Ada kerja sikit. " laju kakinya menanjat tangga lalu menuju ke bilik kerja. Banyak kerja bertimbun yang perlu disiapkan.

Adam Muayyad lebih suka menyiapkan kerja di rumah. Katanya lebih selesa. Tetapi tidak semestinya dia tidak pernah pergi ke syarikatnya itu. Kalau ada meeting penting atau hal yang tak dapat dielakkan baru dia akan masuk ke pejabat. Disebabkan itulah, sebahagian pekerja di syarikatnya, Ad's Company ada yang tidak megenalinya. Zhafri Zafuan yang akan menjaga syarikat itu jika Adam tidak berada di pejabat.

Ketika dia membuka komputer riba, terlihat gambar seorang gadis yang tersenyum manis yang dijadikan sebagai wallpaper laptop miliknya.

" My angel. " serak suaranya berkata.

" Miss you babygirl. Hope to see you again, sayang. " ujarnya perlahan sambil tersenyum manis.

He's obsessed with his girl.

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now