Adam menghempas tubuh keletihan di atas sofa. " Allahuakhbar ! Nikmatnya ! " kata jejaka itu sedikit kuat.
Alana meletakkan dua buah mug di ataa meja. " Nah awak. Minum. "
Laju Adam mencapai mug berwarna hitam lalu diteguk rakus.
" Erm thanks. " ucap Alana lembut.
" For what ? " soal Adam, pelik. Dia meletakkan kembali mug kosong di atas meja.
" Teman saya beli barang dapur. "
" Small matter. "
Alana hanya tersenyum. " Awak nak makan apa malam ni ? " soal gadis itu semangat.
" Kau nak masak ? " soal Adam bodoh.
" Taklah jiran sebelah masak. " jawab Alana sakrastik. Mestilah aku masak. Aku bini dia sekarang ni bukan jiran sebelah.
Ternaik hujung bibir lelaki itu. Hm not bad !
" Masak je apa apa. Aku tak cerewet bab makanan ni. " kata Adam mendatar.
Alana menjatuhkan kepalanya. Baguslah kalau macam tu.
' Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! '
Sayu sayap kedengaran azan zohor berkumandang.
" Jom solat. Dah masuk waktu ni. " ajak Adam. Dia mencapai iphone di atas meja.
" Okey. "
Mereka beriringan menaiki tangga menuju ke kamar tidur untuk menunaikan suruhan Nya.
•••••••••
" Adam ! Mari turun makan. Makanan dah siap ! " laung Alana dari anak tangga.
Laju derapan kaki milik Adam Muayyad menuruni tangga. Selepas mereka solat maghrib sama sama, Alana terus berperang di dapur untuk menyiapkan juadah makan malam.
Alana meletakkan 2 senduk nasi di atas pinggan suaminya. Dia menuang kuah kari ayam di atas permukaan nasi beserta seketul ayam. " Sayur nak ? " soal Alana. Dipandang wajah kacak milik suaminya itu.
Adam hanya menjatuhkan kepala sebagai jawapan.
Alana meletakkan sayur kangkung goreng. Diletakkan pinggan yang sudah dipenuhi makanan di hadapan suaminya.
Kecur air liur lelaki itu melihat makanan itu.
Alana menarik kerusi di hadapan suaminya. Terbantut suapan Adam selepas mendengar soalan cepumas isterinya. " Awak taknak baca doa dulu ke ? "
Adam mendehem seketika. Diletakkan kembali nasi ke atas pinggan. Doa makan dibaca...
Mereka lebih selesa mendiamkan diri sambil menikmati juadah makan malam itu. Biasalah first time makan dua orang. Awkward !
Alana mendehem kecil. Diteguk minuman manis untuk hilangkan kehausan.
" Esok awak kerja ? " soal Alana perlahan. Dia hanya memandang suaminya sekilas. Sebenarnya dia masih malu akan suaminya itu.
" Kerja. " jawab Adam ringkas tanpa melihat isterinya.
Ternaik kening gadis itu. ' Aik baru kahwin dah nak masuk kerja ? ' luah Alana dalam hati.
" Kalau gitu boleh saya masuk kerja ? " soal Alana. Dipandang wajah kacak suaminya dengan penuh harapan.
" Aku mampu nak tanggung kau. Setiap bulan aku akan masuk elaun dalam akaun kau. Jangan risau. " jawab Adam mendatar.
" Itu duit awak. Bukan duit saya. " kata Alana perlahan. Laju dia alihkan pandangan ke bawah. Takut akan jelingan tajam suaminya.
" My money is your money too, flower. " ujar Adam. Dia memandang lama wajah cantik isterinya hingga merah wajah itu.
Alana dapat merasakan jantungnya akan keluar dari tempatnya. Dup dap dup dap. Bukan berdebar pasal duit tapi perkataan terakhir yang diucap oleh suaminya sebentar tadi.
" So awak tak izinkan saya pergi kerja ? " soal Alana.
" Kau nak pergi ? " soal Adam kembali. Tapi soalan ni agak kelihatan bodoh.
Ternaik kening isterinya. ' Pasaipa lah laki aku tanya soalan cerdik ni ! Kalau taknak takdenya aku bazir air liur pergi tanya. ' bisik Alana dalam hati.
Alana menjatuhkan kepala sebagai jawapan.
" Boleh. Tapi ada syarat. " kata Adam memdatar. Terus berhenti suapan isterinya.
" Apa syaratnya ? " soal Alana, pelik.
" First, kalau pergi atau balik kerja make sure aku hantar and ambik. Kau tidak boleh naik grab or taxi. Second, make sure bila aku balik rumah, kau dah ada kat rumah. Aku taknak bila aku balik, rumah still kosong. Third, jaga diri kau. Jaga maruah kau sebagai seorang isteri untuk aku. Understood ? " ucap Adam panjang lebar.
Terlongo isterinya. " okey yang kedua and ketiga saya boleh ikut but yang first tu.... "
" What ? Kau tak mampu nak ikut syarat pertama aku tu ? "
" Bukan tak boleh. Boleh.. tapi tak menyusahkan awak ke ? " soal Alana, bersalah.
" Nope ! Kau tanggaungjawab aku. Kau langsung tak menyusahkan aku. Ingat tu ! So can you follow my terms, flower ? " soal Adam lembut.
" Ya okey. " jawab Alana tanpa memandang wajah kacak suaminya. Mukanya bahang. Malu akan nama panggilan yang diberikan oleh suaminya.
Adam tersenyum kecil. Dia tahu isterinya malu. Lelaki itu nampak wajah merah isterinya. She's so cute !
•••••••••••
Kring !
Terpisat pisat mata Alana. Dia melihat jam loceng di atas drawer ninghtstand.
5 : 45 a.m.
Allahuakhbar ! Allahuakhbar !
Dia mendengar sayup sayap azan subuh berkumandang. Alana melihat wajah polos suaminya sedang tidur. Tanpa dia sedar, bibir mungilnya ditarik senyuman kecil. Tenang gadis itu melihat wajah suaminya persis bayi yang sedang diulit lena.
Laju tangannya mengusap rambut messy suaminya sebelum dia melangkah menuju ke kamar mandi.
Klak !
Pintu ditutup. Adam membuka matanya lalu bibirnya diukir senyuman nipis. Sebenarnya dia dah lama sedar sebelum isterinya lagi tapi bila tengok masa di telefon pintarnya terus dia mengambil keputusan untuk tidur tidur ayam sebelum azan subuh berkumandanng.
Dia menyentuh rambutnya. Ditarik senyuman suka.
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...