chapter thirthy two

936 52 1
                                    

" Awak jaga diri kat sana. Jaga mata dengan hati awak untuk saya. Kalau ada perempuan cantik nak goda awak, awak buat dek je. Takpun awak tunjuk cincin kahwin kita kat jari awak tu. Mesti dorang paham.Kalau saya dapat tahu awak pergi layan dorang, sebulan awak tidur luar. " ugut Alana Sofea memgundang tawa kecil suaminya. Dia mencapai tangan kekar suaminya lantas mencium dengan penuh kasih sayang.

Ha kau hado ?

" Baik..." jawab Adam Muayyad,ringkas. Dia mencium kedua dua belah pipi dan dahi licin isterinya. Alana turut melakukan perbuatan yang sama pada lelaki itu.

" Kalau apa apa hal call saya tau. " pesan Adam,lembut. Dia mengusap kepala isterinya buat kali terakhir sebelum membuka langkah menuju ke keretanya.

" Saya pergi dulu, assalamualaikum. "

Alana senyum nipis. " Waalaikumussalam. " jawabnya perlahan.

•••••••••••

Tepat pada pukul 1 petang, Adam Muayyad tiba di The Fullerton Hotel, Singapore. Selepas mendapat kad, laju dia melangkah menuju ke bilik yang ditempah oleh pekerjanya. Dia menaiki kemudahan hotel itu sendiri. Lif !

Ting !

Laju kakinya berjalan mencari biliknya yang bernombor 35. " Mana bilik aku.. " Matanya tertancap pada bilik dan tertulis nombor 35 di pintu bilik itu sendiri. Dia tersenyum puas. Akhirnya !

Adam membuka pintu itu dan tempat pertama yang dituju olehnya adalah katil ! Dia menghempas badannya di atas tilam. Dia menghembus nafas lega. " Nikmat betul kalau dapat tidur ni. " katanya perlahan.

Adam mengambil telefon pintarnya di dalam kocek seluarnya. Nak call bini jap. Rindu !

Ececece.. untunglah ada bini...

" Hello assalamualaikum. "

" Waalaikumussalam. Dah sampai ke ? " soal Alana Sofea.

" Alhamdulillah dah sampai. "

Alana semyum nipis. " Ha kenapa call ni ? "

" Aikk nak call bini pon kena bersebab ke ? Kalau tak call kang merajuk pulak. " perli Adam.

Alana merengus kasar. " Kalau rindu tu cakap je la. Tak payah nak perli orang. "

" Siapa rindu engko. Perasan betul minah ni. Bini siapalah ni. " usik Adam. Dia ketawa kecil. Semenjak dah kahwin ni, hobi dia dah bertukar. Masa bujang, 24 jam bertapa dalam library mininya tapi sekarang hobi dia menyakat si isteri. Suka tengok muka merah Alana.

" Bini jiran sebelah. " jawab Alana selamba.

Adam ketawa.

Alana senyum.

Bahagia.

" Ni awak taknak rehat ke ? Mesti penat kan ? " soal si isteri,prihatin.

" Tengah rehat la ni. " jawab si suami.

" Laa kalau gitu saya end call la. Kesian awak. Mesti awak nak tidur. "

" Don't. Saya nak dengar suara awak sampai saya tidur. Mana tahu awak  masuk dalam mimpi saya. Kita main kejar kejar. Sweet kan ? "

" Lagi sweet kalau main kejar kejap sambil pegang parang. "

" Hush lain macam kau punya sweet tu. Silap silap boleh masuk ke alam lain. "

Mereka ketawa serentak.

" Tak kerja ke ? "

" Malam ni ada dinner dengan client. So petang ni saya nak rest sampai maghrib. "

" Rehat rehat juga. Solat jangan lupa. " pesan si isteri, lembut.

Adam senyum manis. " Baik sayang. "

" Good boy. " Alana ketawa kecil. " Dah la awak tidur. Biar saya temankan awak. "

" Dodoi saya. "

" Eyy dah tua bangka nak dodoi bagai. Malas aku. "

" Amboi sedap engko je cakap aku tua. Eh aku baru umur 27 tahun tau. Tak jauh pun beza umur awak dengan saya. " kata Adam,geram.

" Baiklah imam saya. Dah tidur cepat. "

Adam memejam matanya. Bayangkan si isteri berada di sisinya sambil mengelus rambut hitamnya. Dia senyum manis. Arghhhh rindu !!

•••••••••

Adam hanya memakai kemeja bewarna hitam beserta seluar jeans hitam.

Black outfit. His favourite colour !

Destinasinya pada malam itu ialah di One Ninety Restaurant. Dia menaiki kereta miliknya ke restoran mewah itu. ( Adam pergi Singapore naik kereta ) Dia memakir kereta di tempat yang sepatutnya.

" Hi sir. Have you made a reservation ? " soal gadis muda selaku pekerja di restoran itu.

" CEO Coltex Empire. " kata Adam mendatar tanpa menjawab soalan gadis itu.

Gadis itu senyum manis. " follow me. "

Adam mengikut langkah kecil pekerja itu. Banyak mata mata memandang ke arahnya lagi golongan wanita. Dia hanya mengabaikan pandangan itu. Maleh aku layan ! Aku ada bini kat rumah !

" Mr. Hazim. " panggil gadis itu. Lelaki yang bernama Hazim itu menoleh ke arah mereka lantas tersenyum kecil.

" Thanks miss. " ucap Hazim. Gadis itu mengangguk kecil seraya beredar menuju ke pintu utama.

" Hazim Rafael, CEO Coltex Empire. " kata Hazim lalu menghulur tangannya. Dia senyum nipis.

" Adam Muayyad, CEO Ad's Company. " Adam menyambut huluran itu tanpa memabalas senyuman itu.

" Have a seat. " ujar Rafael seraya menarik tangannya.

Adam mengambil tempat di hadapan lelaki itu.

" Kita tunggu my PA. Dia on the way. " kata Rafael.

" Okey. " jawab Adam ringkas. Dia mengambil telefon pintar di kocek seluarnya lantas diletakkan di atas meja.

" So... Alana apa khabar ? " soal Rafael selamba.

" She's okay. Dia bahagia dengan suami dia. " jawab Adam.

Rafael senyum nipis. Bahagia ?

Tidak lama selepas itu, seorang gadis berpakaian formal menghampiri meja mereka. " Sorry bos. I'm late. Jalan jammed. " ujar gadis itu lembut.

" Its okay. Ni  I kenalkan Mr. Adam Muayyad, CEO Ad's Company. And Adam.. ni PA aku Jesnita. "

Jesnita menghulur tangannya tetapi tidak di sambut. Adam menundukkan sedikit kepalanya sebagai balasan.

" He's muslim, Jes. " kata Rafael,mendatar.

" Oh..i'm sorry Mr.Adam. " ujar Jesnita lembut. Matanya galak memandang lelaki itu. Handsome !

" Sokay. " jawab Adam ringkas. Dia mengabaikan pandangan jelek itu. Dasar perempuan gatal !

" Duduk Jes. "

Jesnita menangguk kecil. Dia mengambil tempat di sisi Adam tanpa rasa malu. Terjongket kening Adam melihat perlakuan gadis itu. Dia menjarakkan kerusinya agar tidak terlalu dekat dengan pekerja lelaki korporat dihadapannya itu.

Rafael senyum kecil. Jesnita hanya diam.

Seorang pelayan menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Dia menghulur 3 menu kepada mereka.

" I want fish and chips also apple juice. " pesan Jesnita lantas menghulur kertas menu ke pekerja itu.

" Same with her. " ujar Rafael ringkas.

" Classic beef lasagne and ice americano. "

Pekerja itu tersenyum kecil. Dia mengambil kertas menu lantas membuka langkah menuju ke bahagian dapur.

" So..."

Adam dan Jesnita mendengar bicara Rafael. Semestinya hal kerja....









MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now