chapter twelve

1.2K 67 0
                                    

" Alana Sofea. " Panggil Puan Mastura.

Alana tersedar dari lamunannya. " Yes ma ? "

" Kamu menungkan apa Lana ? Banyak kali mama panggil kamu, Lana langsung tak menyahut. Kamu ada masalah ? "

" Sorry ma. My fault. Tiada apa apa la. Cuma penat sikit je. Mama nak tau cafe Hani tu makin hari makin ramai orang datang. " Kata Alana bersungguh sungguh menutup kegusarannya.

" Alhamdulillah rezeki dia. " ucap si ibu seraya tersenyum manis. Diusap lembut rambut anaknya.

Alana hanya mengukir senyuman nipis buat syurganya.

" Lana, dah sebulan. " Puan Mastura pasti anaknya paham apa yang dimaksudkan olehnya.

Alana mendiamkan diri.

" Lana erm... "

" Kalau kamu tak suka cakap. Jangan bagi orang tertunggu tunggu. Mama tak mahu paksa anak anak mama kahwin. Mama taknak kamu kahwin tak sampai setahun dah cerai berai. Mama tak suka semua tu. " ujar si ibu lembut. Diambil tangan anaknya lalu diletakkan di atas pehanya. Lantas diusap lembut.

Alana menarik nafas dalam dalam lalu dihembus perlahan. Bibir mungilnya diukir senyuman manis.

" Alana setuju. "

" Alhamdulillah. " Puan Mastura mengucap syukur. Dia memeluk erat anaknya. Gadis itu membalas pelukan itu.

Betul ke apa aku buat ni ?

Alana mengukir senyuman hambar.

•••••••

Alana membaringkan badan kecilnya di atas katil. Tangannya diletak ke atas dahi.

" Siapa lelaki tu ? " soal Alana perlahan.

* flashback *

" Hish kau ni ! Time time ni jugak la minyak kereta ni nak habis. Dah la jalan ni sunyi semacam. " kata Alana perlahan. Lengannya diramas lembut. Sejuk !

Dua buah motosikal berhenti dihadapannya. Empat orang lelaki mendekatinya sambil tersenyum nakal. Alana mengundur satu tapak kebelakang.

" Hai cik adik. Buat apa malam malam buta ni. Bahaya tau keluar malam malam macam ni. Tak takut ke ? " ujar seorang lelaki kurus. Digaru kasar rambutnya itu. Ada kutu ke mamat ni ?

" Rezeki depan mata. " kata seorang lelaki berambut kerinting. Mereka menghambur ketawa kuat apabila melihat reaksi ketakutan di wajah manis gadis itu.

Alana mengundur kebelakang hingga badannya bertemu tingkap keretanya.

" T...tolong jangan a..pa apakan saya. A...wak nak duit sa..saya boleh ba..bagi. " Tergagap gagap Alana berkata. Matanya bertakung dan badannya menggeletar hebat.

' Mama, papa tolong Lana. Ya Allah kau tolong la hambamu ini. ' rintih Alana dalam hati.

" Hey hey jangan nangis. Enjoy je okey ? " Tak sempat tangan lelaki botak ingin menyentuh wajah gadis itu, Si Dia memegang erat tangan itu lalu dipulas. Lelaki botak mengerang kesakitan.

" Hoi hoi lepas la bodoh. Sakit sial ! " Jerit lelaki botak.

Si dia melepaskan genggamannya lalu disepak lutut lelaki itu. Si botak duduk melutut dihadapannya sambil mendesis sakit.

Si dia memijak kuat tangan lelaki itu manakala tangannya menampar kuat pipi lelaki itu.

Nak tarik rambut tapi lupa lelaki ni botak hm.

" Tangan ni yang kau cuba nak sentuh wajah gadis aku. " kata Si dia dingin di balik masker hitam. Kakinya memijak tangan lelaki botak itu lalu ditekan kuat.

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now