" Lia, kak long nak singgah kedai tu sekejap. Lia nak ikut ? " soal Alana. Matanya lunak memandang wajah manis adik iparnya.
Aulia senyum. " Okey. Jom ! "
Mereka berjalan beriringan menuju ke kedai baju eksklusif itu. ' Men's clothes ' . Kedai pakaian khas untuk kaum adam sahaja.
" Kak long nak beli baju untuk along yaa ? " usik Aulia. Jari telunjuknya digoyang beberapa kali dihadapan wajah gadis itu.
Alana menepis perlahan jari yang disarung cincin itu. " Yalah. Untuk siapa lagi. " katanya lantas membuka langkah menjauhi gadis itu.
Alana memilih 3 helai kemeja kerja pelbagai warna untuk suaminya. Dark blue, hitam dan kelabu.
Inilah persamaan pasangan ini. Suka warna gelap berbanding warna pastel. Kata mereka warna sebegini lebih premium.
Perbuatannya terhenti apabila mendengar pertengkaran lelaki dan perempuan yang dia lihat di cafe. Dia menghampiri pasangan itu.
" Baju ni sesuai untuk kau. " ujar gadis bertudung hitam. Gadis itu menghulur sehelai kemeja berwarna baby pink kepada seorang lelaki. Mungkin kekasihnya ?
" Eee kenapa pink ?! Kau tengok muka aku ni...sesuai ke warna tu dengan aku ?! " kata jejaka itu,geram. Dia mengambil baju itu di tangan gadis ' kesayangannya ' lantas diletakkan di tempatnya semula.
Pekerja wanita menghambur tawa kecil melihat pergaduhan kecil itu.
Alana ketawa lucu.
" Aku tengok kau sakmo pakai baju sama. Always black ! Kau tak basuh baju ke ha ? " soal gadis itu selamba.
Lelaki menarik nafas dalam dalam. Dia melonggarkan necktie nya lantas rambut hitamnya diraup ke belakang.
Sabar ! Sabar !
Gadis itu menyangkan wajah selamba. Tanggannya disilang ke dada.
" Kau ingat aku sengkek sangat ke ? Rumah aku ada mesin basuh ! And satu lagi wardrobe aku penuh pakaian hitam. You know why ? "
Gadis itu hanya diam. Malas mahu menjawab.
" Black is premium. " kata lelaki itu.
" Dasar hidup takde warna ! Membosankan ! " kutuk gadis itu. Laju dia menjauhkan diri dari lelaki itu. Matanya meliar lantas dia terkaku.
Alana senyum manis. Dia mendekati gadis itu. " Long time not see, Hani Raudhah. "
Hani menjerit kecil lantas memeluk rakannya. Erat.
Hanya 3 detik, dia menjauhkan badannya dari sahabatnya itu. Laju tangan kecilnya memukul bahu milik Alana. " sejak kau kahwin, payah betul aku nak jumpa kau. Mentang mentang dah ada laki...dah tak sudi nak singgah cafe aku tu. " ujar Hani.
Zharif melihat Hani bersama seorang gadis. Laju dia mendekati gadis gadis itu. " Eh hai Alana ! You datang dengan siapa ? Tak silap I Adam pergi Singapore kan ? "
" Haah. I datang dengan Aulia. "
" Where' she ? " soal Hani pula.
" Tu kat sana. Katanya nak beli baju untuk boyfriend dia. " Jari telunjuknya menghala ke arah bahagian hoodie dan sweetshirt. Terlihat seorang gadis sedang membelek pakaian itu.
" Kusyuk sangat memilihnya. " ujar Hani hingga mengundang tawa kecil Alana.
Zharif diam. Matanya melihat kemeja hitam di hadapannya itu.
" Hishh aku dah pilih kan kemeja tadi. Mana baju tu ? " soal Hani tak puas hati. Dia mengambil kembali baju tadi dan menghulur kepada Zharif.
Dengan hati tak rela dia mengambil huluran itu. " Puas ? "
Hani angguk laju. Bibirnya diukir senyuman manis buat jejaka itu. Zharif hanya mengukir senyuman paksa.
" Udah udah la bertengkarnya. Kang tiba tiba korang berjodoh baru tahu. " usik Alana.
" Memang berjodoh pon. " ujar Zharif selamba.
Alana terdiam.
Hani menunjuk cincin di jari manisnya.
Zharif menjongketkan keningnya beberapa kali. Muka bangga ditayangkan.
•••••••••
" Assalamualaikum ! " Laung Alana di luar rumah. Pintu diketuk beberapa kali.
" Waalaikumusalam ! Sekejap sekejap ! " jawab seorang wanita dalam rumah. Dia membuka pintu lantas tubuhnya dipeluk erat. Badannya kaku.
" Rindu mama. "
Puan Mastura membalas pelukan itu. " Mama pon rindukan kamu. " Dia menolak sedikit badan anak gadisnya lantas bibirnya diukir senyuman manis.
" Jom masuk. "
Alana angguk kecil. " Papa ngan along ada ke ? "
" Along kamu lepak ngan member dia. Kejap lagi dia balik la tu. Papa ada kat atas. Tengah solat dhuha. "
Alana hanya mengangguk kepala. Puan Mastura menarik tangannya ke ruang tamu. " Kamu tunggu kejap , mama nak buat air. "
" Eh tak payah ma. Lana anak mama bukan tetamu. Tak payah buat air bagai. Kalau Lana haus, Lana pergi ambik air sendiri. " ujar Alana lembut. Mereka mengambil tempat di sofa berkembar. "
" Suami kamu mana ? " soal Puan Mastura.
" Oh Adam outstation kat Singapore. Lusa balik. "
" Habistu kamu datang ngan sapa ? "
" Dengan Aulia. Adik Adam. "
Puan Mastura angguk kecil.
" Eh Lana ! Bila kamu sampai ? " soal Encik Ilham di belakang wanita wanita kesayangannya itu.
" Baru je pa. Papa sihat ? " Alana memghulur tangannya ke papanya.
Encik Ilham menyambut huluran itu. " Alhamdulillah sihat. " Alana memcium lembut tangan tua milik papanya. Dia duduk semula bersebelaban Puan Mastura
Encik Ilham melabuhkan punggungnya di sofa single bersebelahan sofa yang diduduki oleh anak dan isterinya itu.
" Lana makan sini ya ? Kamu bagitahu je nak makan apa. Mama masakkan. "
Alana mengetuk dagunya lagak seperti sedang berfikir.
" Hm Lana dah lama mengidam nak makan ikan siakap tiga rasa. Mama boleh masakkan ? "
" Aik mengidam ? Dah ada isi ke ? " usik Encik Ilham.
" Hish takde lah. Mengarut je papa ni. " ujar Alana.
" Apa yang mengarutnya. Mama teringin sangat nak ada cucu sendiri sebelum mama tutup mata. "
" Hish ! Apa mama mengarut ni. Tak suka la cakap macam tu. "
Alana baru teringat yang dia sudah lewat datang bulan.
" Ha mula dah drama mama kamu ni. Malas papa nak layan. " kata Encik Ilham lantas mengambil helaian akhbar di atas meja.
" Saya tak suruh pon abang layan saya. " ujar Puan Mastura, geram.
Alana ketawa kecil.
" Jom Lana. Tolong mama masak. "
" Jom "
" Abang tolong along. Suruh dia balik sekarang. Kata ke dia adik kesayangan balik. " tanpa mendengar balasan suaminya, terus dia menarik anaknya ke dapur. "
" Hm mama pergi dapur dulu. Lana nak naik atas. Nak cabut tudung semua. "
Puan Mastura angguk kecil.
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...