chapter twenty four

1.4K 88 4
                                    

" Alana ! Ada orang call ni ! " jerit Hani di bahagian kaunter. Nasib tiada pelanggan masa tu kalau tak mahu kena cop orang tak berapa nak siuman.

Alana bergegas mendapat telefon pintar. Mana tau encik shuben call... nak lepas rindu hoho

Eyy gediklah kau Lana !

Ternaik kening gadis itu. Unknown number. Siapa pulak ni ?

Alana merapat telefon pintar ke telinganya. " Hello ? "

" Hello. " sapa si pemanggil. Lelaki.

" Siapa ni ? " soal Alana, pelik. Hani memandang gadis itu. " Siapa ? " soal Hani tanpa mengeluarkan suaranya. Alana hanya menangkat bahu sebagai jawapan.

" Aik takkan tak dapat cam suara ni. Sampai hati. " ujar lelaki itu separuh kecewa.

Alana mengeluh perlahan. " Maaf ya encik. Saya rasa encik salah orang ni. Saya letak dulu. "

" Eh eh ! Ini Raf la ! Hazim Rafael. Ha ingat tak ? " soal Raf.

" Raf dapat mana nombor Alana ni ? " soal Alana tak puas hati. Hish siapa pulak jual nombor aku ni !

" I know everything about you, princess. " kata Rafael.

Macam stalker pulak mamat ni ! Desis hati kecil Alana Sofea.

" Erkk ada apa Raf call la ni ? " soal gadis itu, perlahan. Awkward.

" Hm Raf nak ajak Lana keluar lunch. "

Alana terdiam. " Hm okey. "

" Okey good ! Nanti Raf ambil Lana kat cafe ya ! " ujar Rafael, ceria.

" Okey " jawab Alana mendatar. Dia memutuskan panggilan dan mengalihkan pandangan ke rakannya, Hani Raudhah.

" Dia nak apa call kau ? " soal Hani, dingin. Gadia ini memang anti betul dengan Rafael. Sebab ? Haaa...

" Dia ajak aku lunch. " jawab Alana perlahan. Jarinya lincah bermain di keyboard iphonenya.

Me :
Adam, nanti saya keluar lunch dengan kawan saya tau.

ayyad shuben :
Siapa kawan kau tu ? Hani ?

Alana terdiam. Aduh nak jawan apa ni ? Kalau aku jawab Rafael mahu kena jawab 1001 soalan dia ni ! Desia hati gadis itu.

Me :
Haah. Hani. Boleh ke ?

ayyad shuben :
Hm okey. Jaga diri elok elok. Apa apa hal call aku. Paham ?

Me :
Okey noted !

Sorry Adam ! Terpaksa tipu awak ! Alana menutup telefon pintarnya dan meletakkannya di atas meja kaunter. Kini fokusnya 100 peratus ke rakannya yang sedang membebel. Kesian minah ni membebel sorang sorang. Hm.

" Kau dengar tak apa aku cakap ni ?! " jarkah Hani dan tangannya turut main peranan. Memukul meja kaunter kuat hingga Alana tersedar dari lamunan.

" Ya ya aku dengar. " jawab Alana. Padahal tak dengar pon. Takpe tipu sunat. Hehe..

" Ni kau keluar ni Adam tau tak ? "

" Tau. "

" Dia bagi ke kau keluar dengan bestie kau tu ? "

" Bagi. Btw sejak bila si Raf tu bestie aku ? Pandai pandai je kau ni ! "

Hani mencebik. " aku gurau je. Takpayah nak serious sangat. "

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now