𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1
" 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 "
ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...
Kedengaran iphone seseorang berdering. Dia tersenyum melihat nama pemanggil.
I miss her !
" Hello dear ! " laung si pemanggil.
" Waalaikumussalam Hani Raudhah. " kata Alana sakrastik. Budak ni memang tak reti beri salam ke apa ?
" Hehe. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai sahabatku yang amat kusayangi. "
Alana menggelengkan kepala.
" Ha apahal kau call aku pagi pagi ni. Baru aku nak rehat sekejap. " ujar Alana malas. Dia merenggangkan tubuh badannya.
" Dia punya cakap macam baru balik dari kerja. Padahal duduk rumah je pon. Itupun nak rehat bagai. " sindir Hani.
" Kau nak call setakat nak sindir sindir bagai, baik aku end call je ! "
" HAHAHA rilek la. Tak payah nak emo sangat. " Alana mendegar helaian ketawa dari corong telefon.
" Ok enough. " Hani mendehem perlahan. " So how ? "
" How what ? " Hani menjuling matanya ke atas. Inilah akibat duduk lama kat rumah. Otak pon dah jadi bebal.
" Ish kau ni ! About yesterday laa. Pasal offer tu. Mama papa kau bagi tak ? "
" yup dorang bagi aku kerja dengan kau. " kata Alana teruja.
Hani menarik senyum suka. Yes !
" Ok good ! So bila kau nak datang cafe aku ? " tanya Hani lembut.
" Hari ni la. Aku bosan la duduk rumah 24 jam. Naik lemau badan aku ni ! " jawab Alana. Bahunya diurut.
" Tulahh kau. Kawan kawan kita yang lain bila habis belajar terus cari kerja. Kau ? Duk lepak kat rumah macam takda masa depan. Mentang mentang keluarga kau kaya takkan kau taknak cari pengalaman kot ? Sijil kau selama ni, kau nak buat apa ? Buat kain buruk ? Tak rasa sia sia ke 3 tahun kau belajar, end up kau duk rumah makan tido, makan tido. " Kata Hani dalam satu nafas. Tercungap cungap gadis itu. Semput !
Alana membuat muka. Dah start dah mak nenek ni !
" Dah ? " Kata Alana malas. Mulut Hani boleh tahan becok jugak. Kalau dia dah start membebel, naik bernanah telinga si pendengar.
Nasib sayang. Kalau tak dah lama Si Alana kerat lidah rakannya itu. Biar tak boleh cakap !
" Dahh !! " marah Hani.
" Kau tunggu aku okey ? Dalam 15 minit aku sampai. Ok bye honey bunny ! Muahh ! " jerit Alana. Saja nak mengelak. Dah tau Si Hani tu nak sambung membebel.
" Hm bye ! Hati hati drive. " kata Hani mendatar. Saja la tu nak mengelak.
Dia memutuskan panggilan.
Laju Alana bersiap. Dia hanya mengenakan blouse berwarna biru tua dan mengenakan seluar palazo putih. Dia melilitkan shawl putih di kepala.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.