Hampir sejam mereka berperang di dapur akhirnya siap sudah hidangan makanan tengah hari.Alana menghidang makanan itu di atas meja makan. Dialih begnya ke kamar tidurnya.
Dia berjalan menuju ke ruang tamu. " papa,makanan dah siap " ujar gadis itu mesra.
Encik Ilham menganggukkan kepalanya.
" Mari semua kita makan. Makanan dah siap tersedia dah tu. " kata lelaki itu.
•••••••
" Bissmillahirrahmanirrahim. " doa makan dipimpin oleh Adam Muayyad.
Mereka menikmati makanan tengah hari dengan penuh berselera.
Encik Ilham memandang jam dinding.
1 : 05 p.m.
Lagi 20 minit azan zohor berkumandang.
Encik Ilham mendehem kecil menggamit perhatian orang di meja makan itu.
" Adam. " panggil Encik Ilham. Dia meneguk minuman manis di hadapannya.
" Ya uncle. " jawab Adam.
" Zohor dah nak masuk. Nanti kamu imamkan kami ya ? " pinta Encik Ilham. Dipandang wajah tampan milik bakal menantunya.
" Baik uncle. " jawab Adam. Diukir senyuman manis.
Encik Hadi dan Puan Maria memandang antara satu sama lain lalu diukir senyuman bangga buat anak terunya itu.
•••••••
' Allahuakhbar Allahuakhbar '
Sayu sayap suara azan berkumandang. Alana menyiapkan ruangan solat sementara yang lain sedang bersiap sedia untuk melakukan suruhan–Nya.
Adam memasuki ruangan itu. Jejaka itu segak berpakaian tshirt putih , kain pelikat beserta kopiah putih di kepala.
" Kau tak siap lagi ? " soal Adam.
Ternaik bahu Alana apabila terdengar suara garau di belakangnya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap bakal suaminya.
" Hish terkejut saya. Nak pergi mana ? " soal Alana kembali.
" Kita nak solat berjemaah sayang. Mana telekung kau ? " Dia melihat penampilan gadis itu. Masih tersarung tudung di kepala.
" Erm... saya.. " Alana menundukkan kepalanya.
Adam menjongketkan keningnya seraya diukir senyuman sinis di bibir merahnya.
Dia menghampiri gadis itu lalu dibongkokkan sedikit badannya agar ketinggiannya sama dengan bakal isterinya.
" Kau period ke sayang ? " soal Adam.
Laju Alana menaikkan wajahnya. Pandangan mereka bertaut. Lama.
Adam terpaku akan wajah manis itu.
Alana terpana melihat iris unik itu.
1 saat
2 saat
3 saat
4 saat
5 saat
Akhmal mendehem kuat. " Korang buat apa ? " soal jejaka itu. Mendatar.
Mereka menjarakkan badan mereka masing masing.
Wajah Alana membahang. Adam pula menayangkan wajah selamba. Seperti tiada apa apa yang berlaku.
" Ha Aizad. Yang kamu tercongok kat depan pintu ni kenapa ? " soal Encik Ilham pelik.
" Nothing pa. " kata Akhmal ringkas.
" Erm Lana keluar dulu. " Berdesup gadis itu berlari. Malu punya pasal.
Akhmal menggelengkan kepalanya. Dia melihat senyuman yang terlakar di wajah sahabatnya itu.
Adam menyedari renungan tajam seseorang lantas dia berdiri di bahagian imam.
" Allahuakhbar. "
•••••••
Alana berjalan di hadapan bilik solat. Dia berhenti melangkah selepas mendengar bacaan merdu milik seseorang.
Dia membuka sedikit pintu seraya matanya melilau mencari dari mana datangnya suara itu.
And.....yess jumpa !
Alana melihat susuk tubuh seseorang. Jejaka itu sedang mengaji membelakanginya.
Dia terhanyut akan suara merdu itu. Dia tersedar selepas jejaka itu berhentikan bacaannya.
Jejaka berkopiah putih memusingkan tubuhnya.
Mata bertentang mata buat kali kedua. Lama.
Laju Alana mengalih matanya. Dia beristighfar di dalam hati. ' Zina mata, Lana ' bisik gadis itu.
Adam mendeham kecil. Dia menutup mashaf Al Quran lalu diletakkan di tempat yang sesuai. Dia mencabut kopiah putihnya seraya diletakkan di atas sejadah.
Adam menghampiri gadis itu. Alana berundur beberapa tapak.
Jejaka itu menutup perlahan pintu itu.
Dia memusingkan tubuhnya menghadap bakal isterinya." Dah berapa lama kau curi curi dengar aku baca quran tadi ? " soal Adam. Disilang tangan kekar ke dada tegapnya.
" Erm..ermm..dah... " tergagap gagap Alana menjawab soalan lelaki itu. Mukanya berubah tona.
" Dah berapa lama sayang ? " soal Adam meleret. Segaja mahu menyakat gadis itu. Dia suka melihat wajah merah gadis kesayangannya itu.
Kesayangan ?
" Erm.. 5 minit ? " jawab Alana perlahan. Tidak berani memandang mata tajam lelaki itu.
" Muka aku kat sini Sofea. Bukan kat lantai. " kata Adam mendatar.
Laju Alana mengangkat wajahnya. Sofea ?
" What did you call me just now ? " soal Alana
" Sofea. " jawab Adam ringkas. Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu.
Alana terpaku.
" Sofea ? " kata Alana perlahan. Semyumannya tidak dapat ditahan. Ditekup wajah merahnya dengan tapak tangannya.
Adam tersenyum lucu melihat perlakuan bakal isterinya.
" Cute. " pujinya perlahan.
* end flashback *
Okey hambar.

YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romantik𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...