Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

chapter twenty seven

1.5K 89 2
                                        

Alana melihat jam yang tergantung di ruang tamu rumahnya.

8:15 a.m.

" Hishh mana dia ni ! Janji pukul 8 ! " Alana menghembus nafas kasar. Dasar janji melayu !

Alana cuba membuat panggilan suaminya dan..

' Nombor yang ada dail tidak dapat dihubungi... '

" Lain kali buang je la handphone tu ! Bagi kambing guna ! " Sudah lama dia menunggu kepulangan suaminya. Semangat punya pasal, tepat pukul 7 dia sudah siap berdandan, menyarung abaya hitam agar kalihatan cantik untuk suami tercinta, selendang hitam terletak kemas di kepala.

" Husnuzon. Maybe jalan sesak. Kita tunggu 15 minit lagi okey ? " katanya perlahan. Lebih tepat untuk dirinya.

Ting !

Cepat cepat dia membuka iphonenya. Mana tahu mesej tu dari Adam... Kan ?

Dia membuka ruangan mesej dan terpampanglah beberapa gambar dirinya dan seorang lelaki di atas.... katil.

Tangannya menggeletar. Dia melihat nombor penghantar gambar itu.

+60 13 **** ****

" Ya Allah... dugaan apa yang Kau cuba sampaikan.. " Alana menutup wajahnya. Matanya berkaca, bibirnya menggeletar menahan tangisan.

Macam mana kalau Adam tahu tentang gambar ni ? Jijikkah dia dengan ku ?

" Assalamualaikum. " ucap Adam di muka pintu. Dahinya berkerut melihat bahu isterinya terhinjut hinjut seperti sedang menangis. She's crying ?

Adam mendekati isterinya seraya melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Adam menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Matanya melihat foto aib gadis itu bersama seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah penyebab Alana tidak berlaku jujur dengannya.Ya, Hazim Rafael.

Matanya dipejam rapat. Dia mengelus lembut belakang isterinya. Alana menangis sepuas puasnya di dalam dakapan itu.

" Shhs it's okay. I'm here for you, flower. " pujuk Adam,lembut. Dia dapat merasakan tangan kecil isterinya menggenggam erat kemejanya.

Selepas 10 minit, tangisan itu kembali reda. Adam mendongakkan kepala isterinya. Wajah itu kelihatan merah dan pipi itu mempunyai sisa air mata. Bibir mungil masih mengeluarkan tangisan perlahan. Nasib gadis itu tidak mengenakan make up tebal di mukanya. Kalau tidak.... mahu Si Adam duk menyakat sampai 7 keturunan.

Adam senyum manis. " Dah okey ? "

Alana angguk perlahan.

" Buruk dah muka tu. Tengok tu.. hingus meleleh keluar. Selekeh betul isteri aku ni. " usik lelaki itu. Dia mencapai beberapa helai tisu lalu dilap sisa sisa air mata di wajah itu.

Alana memukul perlahan bahu tegap suaminya.

Adam melemparkan senyuman manis buat isterinya.

Masing masing diam.

Adam hanya membiarkan gadis itu menenangkan hatinya terlebih dahulu.

5 minit berlalu...

" Awak taknak tanya saya apa apa ? " soal Alana perlahan. Dia sudah bersedia untuk menerangkan semuanya kepada suaminya. Adam berhak tahu ! Lelaki itu suami kepada Alana Sofea.

Adam senyum. " Memang banyak soalan yang saya nak tanya kat awak tapi awak dah ready untuk jawab kesemua soalan saya ni ? " soal lelaki itu lembut.

Alana terdiam. Bukan sebab soalan lelaki itu tapi bahasa yang digunakan oleh suaminya. Seriously ?! Awak ? Saya ?

Alana membalas senyuman manis itu. Semalam suami aku jadi singa tak cukup kasih sayang sekarang dah jadi kucing parsi. Tangan tu duk pegang sampai taknak lepas ! Jin mana yang merasuk dia ni ? Bisik hati gadis itu. 

Gadis itu melihat tangannya sudah ditenggelami ke dalam tangan besar milik Adam Muayyad. Dia senyum. Saya suka ! Saya suka !

Adam menjongketkan keningnya. " Ha apahal senyum sorang sorang ni ? Gila ? "

Alana menjeling tajam ke arah suaminya. Hish sehari tak sakitkan hati aku memang tak sah !

" Ha molek la tu kutuk suami sendiri dalam hati. Memang saya tak dengar tapi yang kat atas tu dengar " usik Adam dia. Dia mencuit hidung gadis itu.

Cepat cepat Alana mencium tangan suaminya. " Sorry. " ucap Alana perlahan. Bibirnya digigit sedikit.

" Don't bite your lips, flower. Kang lain pulak jadi malam ni. " kata Adam mendatar.

Alana ketawa perlahan. " Aik.. tergoda ? " usik gadis itu.

Adam senyum sinis. Laju dia berdiri lantas mencempung badan kecil gadis itu. Terjerit Alana dibuatnya. Random betul mamat ni !

" Awak nak buat apa ni ? " soal Alana cuak. Tangannya merangkul leher suaminya untuk elak terjatuh. Dah la si Adam tu tinggi macam tiang lampu. Kalau jatuh tu mahu patah riuk segala tulang.

" First of all, i'm so sorry sebab lambat pulang. Jalan jemmed tadi. And you ada hutang dengan i okay ? "

" Hutang ? What hutang ? "

" About the photos. "

Alana melirik telefonnya di atas sofa. Alana mengeluh perlahan seraya senyum nipis. " Okey. "

" Jom sayang kita buat pahala. " kata Adam. Matanya dikenyit nakal buat isterinya.

" Hold on. Kata nak dinner kat luar. " ujar Alana,pelik.

" Cancel. " Adam melangkah menuju ke ruang beradu milik pasangan itu.

Adam Muayyad is Alana Sofea's happiness. He also her cure. His smile made her forget the painful story. Oh Allah, thank you for giving him to me. Bisik hati gadis itu.



Aduhhh saya tak sampai hati nak bagi dorang gaduh lama lama !! But it's okay.. kita tunggu chapter seterusnya~~~~ kita bagi dorang happy ii dulu okay ? Just wait and see~~~

Happy reading sayang sayang semua 🖇


MR ADAM'S WIFECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang