chapter fifteen

1.2K 81 0
                                    

2 bulan kemudian,

Kerlipan lampu yang menerangi dewan yang tesergam indah. Langsir putih digantung di setiap jendela serta terdapat beberapa buah kerusi meja yang dilitupi kain putih telah tersusun rapi. Makanan telah terhidang untuk tetamu tetamu yang hadir di majlis itu. Sebuah pelamin berlatarbelakangkan warna putih menandakan kesucian sesebuah mahligai.

Di ruang menunggu,

Seorang gadis jelita yang mengenakan baju kurung pahang di tubuh kecilnya. Seledang putih dililitkan di kepalanya serta veil dipinkan pada tudungnya. Tidak lupa juga tiara terletak elok di kepalanya untuk menaikkan seri pengantin. Dibelek wajahnya yang hanya mengenakan solekan ringkas tapi masih kelihatan cantik. Natural beauty !

Alana Sofea menghempas tubuhnya perlahan di atas sofa. Dia mengeluh perlahan.

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu dibuka perlahan dari luar. Hani Raudhah memasuki ruangan beserta senyuman manis di wajahnya.

Hani mengambil tempat di sisi sahabatnya.

" Hye kau okey tak ? " soal Hani. Dia membetulkan sedikit veil di kepala sahabatnya.

Alana menjatuhkan kepala sebagai  jawapan.

Mereka mendiamkan diri buat seketika.

" Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni ? " soal Alana perlahan.

" Apa maksud kau ? Aku tak paham. "

" This wedding. " ujar Alana ringkas.

Laju Hani memandang wajah manis sahabatnya itu.

" Ha kau jangan macam macam. Kau tak payah nak buat aksi drama melayu pukul 7 tu. Aku lempang kau karang. " ujar Hani mendatar.

" Woi kau ingat aku nak lari dari perkahwinan aku ke ha ? Takde masa aku nak main lari lari. " kata Alana malas.

" Saja mengingatkan. Kau ni bukan boleh jangka. Ada je perkara tak masuk akal yang ada kat kepala kau tu. " perli Hani.

Alana menampar perlahan bahu gadis dihadapannya.

Hani sungguh cantik yang hanya mengenakan sepasang baju kurung moden bewarna ungu beserta tudung bawal dililitkan di kepala.

Alana tersenyum apabila teringatkan kejadian 3 minggu lalu.

* flashback *

Encik Ilham dan Puan Mastura menjemput bakal besan ke rumah.

" Jemput masuk ya. " kata Puan Mastura mesra. Bibirnya diukir senyuman manis.

Mereka bersalaman antara mereka sebelum memasuki rumah agam itu.

Adam Muayyad terpana melihat dekorasi rumah itu. Biasalah first time datang rumah bakal mertua.

" Jemput duduk ya semua. Saya nak ke dapur. " ujar Puan Mastura. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Sebab tu mukanya masih kelihatan muda walaupun dimamah usia. Rahsianya adalah sentiasa tersenyum.

" Aku tolong sekali ya ? " soal Puan Maria ingin memberi ruang kepada kaum adam untuk berbual.

Puan Mastura menganggukkan kepalanya.

" Ha Adam, kamu apa khabar ? Dah besar dah kamu sekarang. " kata Encik Ilham sebagai pembuka bicara.

Adam tersenyum nipis. " Alhamdulillah uncle. Adam sihat walafiat. Uncle sihat ? "

" Alhamdulillah uncle pon sihat. Tapi biasalah orang tua, sakit sakit badan sikit. " kata Encik Ilham.

" Dah tau sakit badan still kerja lagi. Aizad dah bagitahu kan suruh duduk rumah. Company biar Aizad handle. " bebel Akhmal.

Encik Hadi tertawa kecil. " Pandai Si Aizad ni bebel ya. " kata lelaki itu.

Akhmal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih hingga menayangkan giginya yang tersusun cantik.

" Tulah. Ikut perangai ibu dia. " kata Encik Ilham lantas dia tertawa kecil.

" Amboi perli kita nampak. Orang bebel ke dia sebab orang sayang dia. " kata Puan Mastura sambil menatang dulang yang berisi beberapa buah cawan dan kuih muih untuk santapan sebelum waktu makan tengah hari.

Puan Maria datang membawa sejug air manis di tangannya. Dia menghampiri ruang tamu itu.

" Jemput minum ya semua. Nanti tengah hari kita makan makanan berat pulak. " pelawa Puan Mastura.

Puan Mastura dan Puan Maria mengambil tempat di sisi suami mereka.

" Eh mana anak dara kau Mas ? Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia. " ujar Puan Maria.

" Dia kerja. Tengah hari nanti dia balik. " jawab Puan Mastura lembut.

" Alana kerja kat mana, Am ? Aku rasa dia tak minat kan kerja bab bab company ni ? " soal Encik Hadi pada sahabatnya.

For your information, mereka berempat satu sekolah dulu. Aku malas nak panjangkan cerita. Dah sambung balik.

" Haah betullah tu. Sekarang ni dia kerja kat cafe kawan dia. Hani Raudhah namanya. " jawab Encik Ilham.

Akhmal dan Adam hanya mendengar perbualan ibu bapa mereka sambil menjamah kuih muih di atas meja. Nak main game macam tak beradab pulak. So makan jelah.

1 jam mereka berbual. Maklumlah dah lama tak berkumpul macam ni sebab tu lama berborak. Anak teruna mereka pon hilang ke mana. Mungkin di bilik game. Jam sudak beranjak ke angka 11. Satu jam lagi sudah masuk waktu makan tengah hari.

" Mas nak pergi dapur dulu ya abang. Nak masak. " kata Puan Mastura kepada suaminya. Dilemparkan senyuman lembut.

Encik Ilham menganggukkan kepalanya.

Puan Mastura berlalu ke dapur. Otaknya ligat memikir mahu masak apa untuk juadah makan tengah hari.

Puan Maria memandang Encik Hadi. Suaminya menjatuhkan kepalanya memahami maksud isterinya.

Puan Maria juga berlalu ke dapur menolong sahabatnya memasak.

" Assalamualaikum. " ucap Alana. Dia menanggalkan kasutnya lantas melangkah masuk selepas membaca doa sebelum memasuki rumah.

اللهم  اِنِّىْ اَسْأَلُكَ الْمَوْلِجِ الْمَخْرَجِ اللهِ لَجْنَا اللهِ خَرَجْنَا لَى اللهِ ا لنَا

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu tempat yang baik untuk masuk dan tempat keluar yang baik. Dengan nama Allah kami masuk, dan dengan nama Allah kami keluar, dan kepada Allah Tuhan kami kami bertawakkal."

" Waalaikumussalam. " jawab Encik Hadi Encik Ilham.

Alana menghampiri mereka. Dia mencapai tangan kedut papanya lantas dicium lembut.

" Baru balik Lana ? " soal Encik Ilham.

Terasa bodoh pulak soalan ni.

" Ya pa. " jawab Alana lembut. Dia memandang Encik Hadi lalu ditundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

Encik Hadi membalas tundukan itu.

" Mana mama ? " soal Alana. Matanya meliar mencari susuk tubuh mama kesayangannya itu.

" Mama kamu ada kat dapur dengan aunty Maria. Pergi la tolong dorang masak. " kata Encik Ilham lembut.

" Baik papa. Lana pergi dapur dulu ya. " pamit Alana.

Alana meletakkan sling begnya di atas meja makan. Malas nak naik tangga.

Dia bergegas ke bahagian dapur.

Seseorang memerhati gadis itu dari tingkat atas. Bibirnya diukir senyuman nipis.













saya dah bagi doa sebelum masuk ke rumah so boleh amalkan ya. Banyak manfaat dia yg boleh kita peroleh. Salah satu dia
' terpelihara daripada syaitan yang akan mengganggu keluarga  yang akan menimbulkan ketidakselesaan di rumah. '

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now