" Eh awak tak pergi kerja hari ni ? " soal Alana,pelik. Lepas solat subuh jemaah, suaminya terus hilang. Ingatkan bersiap pergi kerja rupanya tak.
Adam memusingkan tubunhya hingga menghadap isterinya. Dia menarik senyuman manisnya. " Nope. Hari ni saya cuti. "
Terangkat kening gadis itu. " Tak payah lah nak buat muka pelik tu. " kata Adam seraya mencuit hidung isterinya. " Let's breakfast okay ? " Adam menarik tangan isterinya hingga ke meja makan. Dia menarik kerusi buat gadis itu lantas Alana melabuhkan punggung ke atasnya.
" Awak ke yang masak semua ni ? " soal Alana teruja. Bersinar sinar matanya melihat juadah di hadapannya. Nasi goreng kampung beserta telur mata dan beberapa jenis kuih muih.
Adam mencabut apron di tubuhnya lantas mengambil tempat di hadapan gadis itu. " Of course lah saya masak. Special for you. " jawab Adam , lembut. Bibirnya diukir senyuman manis.
" Thanks Ayyad. I'm really appreciate it. " ujar Alana, terharu.
Adam angguk kecil. " Let's eat , sayang. Saya lapar. "
Alana ketawa kecil. " Okey jom. " Dia mengisi dua senduk nasi goreng di dalam pinggan dan satu telur mata lantas dihulur kepada suaminya. " Awak nak minum air apa ? "
" Coffee please. "
Alana angguk kecil. Dia mengambil cawan kecil di atas dulang lalu mengisi air kopi ke dalamnya. " Nah kopi awak. "
" Thanks sayang. "
••••••••••
" Saya nak awak naik atas pergi bersiap. Kerja ni biar saya sambung. " arah Adam. Dia mencapai pinggan kotor di tangan isterinya itu.
" Nak pergi mana ? "
" Date. " jawab Adam sepatah lantas meninggalkan gadis itu.
Alana diam. Dating ?
Dia mengikut langkah besar suaminya. " Takpelah biar saya basuh. Lepas ni baru saya bersiap eh. " Baru sahaja dia ingin capai pinggan, cepat cepat Adam menghalangnya.
" No. Awak bersiap tu dah lah lama. Dah pergi bersiap. " kata Adam.
" Hm okey. "
Adam semyum nipis. " That's my girl. Awak pakai baju yang saya baru beli semalam. Baju tu ada dalam bilik sebelah. "
Alana angguk kecil.
•••••••••
Alana membuka pintu bilik tetamu dan dia melihat satu bungkus beg kertas di atas katil. Dia mengeluarkan sehelai robe longue berwarna biru. " Cantik. "
Dia terus membawa pakaian itu ke dalam biliknya. Dia membuka wardrobe dan memilih selendang coklat untuk dipakainya nanti. Dia menggosok pakaiannya dan kemeja biru untuk suaminya. Baru sedondon.
YOU ARE READING
MR ADAM'S WIFE
Romance𝓶𝓻 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 " 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓻𝓮𝓹𝓵𝓪𝓬𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 " ADAM MUAYYAD seorang jejaka dingin. Tetapi sikapnya akan berubah 360 darjah apabila bersama keluarganya. Mempunyai rupa paras yang amat digilai oleh setiap...