chapter fourteen

1.2K 70 0
                                    

Masing masing mendiamkan diri.

" Adik aku setuju. " ujar Akhmal. Matanya difokuskan kepada Adam.

Adam hanya menayangkan riak selamba manakala Zhafri membuntangkan matanya. Mulutnya ditekup menggunakan tapak tangannya.

" Serious arh bro ? " soal Zhafri. Akhmal menganggukkan kepalanya. Dia mengeluh perlahan.

" Takde can aku nak jadikan kau sebagai abang ipar aku huhu. " sayu suara jejaka  itu berkata.

" Eiii tak ingin aku nak jadi abang ipar kau. "

Zhafri memeluk tubuhnya lalu bibirnya dimuncung kehadapan.

" Aku dah nak kahwin. Korang bila lagi ? " soal Adam bongkak. Keningnya dijongket beberapa kali.

" Eleh kau. Tak kahwin lagi dah berlagak. " kata Zhafri.

" Sekurang kurangnya ada orang nakkan dia. Kau ada ? " sindir Akhmal.

" Eleh kau. Ada orang nakkan kau ke bro ? Beria kau sindir aku. "

" Of course ada. Kau ingat aku tak laku macam kau ke ? " jawab Akhmal. Disilang tangannya ke dada bidangnya.

Zhafri membuat roller eyes. " Eleh setakat makwe haram kau tu, aku tak heran la weyy ! " ujar Zharif pedas.

Akhmal menjeling tajam. Sentap !

Adam hanya melihat pertengkaran mulut antara dua babun itu. Airnya disedut laju.

Masing masing mendiamkan diri untuk beberapa minit.

" Adam. " panggil Akhmal.

Adam menaikkan keningnya.

" Jaga adik aku elok elok. Jangan sakitkan dia. Aku sayang dia sepenuh hati aku. Kalau aku dapat tau kau lukakan hati adik aku, nahas kau aku kerjakan. " kata Akhmal serius.

Adam menganggukkan kepalanya. " i will. "

" Korang dah ada pasangan. Aku bila lagi ? " ujar Zharif sadis. Kepalanya dilentokkan ke bahu lebar Akhmal. Dipeluk lengan rakannya itu.

USTAZ ! TENGOK DIA NI USTAZ !!

Akhmal menepis kuat kepala dan tangan Zharif. " Jangan dekat dengan aku bangang. " bahunya disapu kasar. Kena sama' balik nanti.

Zharif mencebikkan bibirnya.

" Adam tengok Akhmal ni~ " rengek Zharif manja.

" Stop it Zhaf. " kata Adam dingin.

Yang kuban kuban je si Zhaf ni.

Zhafri memeluk tubuhnya erat. Dia menarik lembut lengan Hani ketika gadis itu mahu melintas melepasi mejanya.

Mata bertentang mata.

Hani tersedar lalu menampar kuat pipi jejaka itu.

Pangg !

" Aduhh !! K—kau tampar aku minah gilaa ?! " marah Zhafri. Pipinya diusap beberapa kali. Pedih mat !

Alana terkejut lalu mendekati meja itu.

Akhmal terbungkam dengan tindakan gadis itu manakala Adam hanya menayang riak dingin.

Hani beriak selamba. " Padan lah muka kau. Sapa suruh pegang tangan anak orang sesuka hati. Kan dah mendapat. " ujar gadis itu selamba. Tangannya disilang ke dada.

Alana memeluk bahu rakannya lalu diusap perlahan. " Dah Hani. Malu orang tengok. " bisik gadis itu.

" Kau nak gaduh ke perempuan ?! Meh ah ! " lengannya bajunya disinsing ke atas. Rambut perangnya diraup ke belakang. Akhmal menarik lengan kekar rakannya itu. " Dah la gila !! Mengalah lah sikit. Perempuan kot ! " marah Akhmal.

" Ah ada aku kesah ! Dia perempuan ke, laki ke or kurza sekalipun. Dia memang cari nahas. " marah Zhafri.

Jap sekarang ni salah siapa sebenarnya ? Aku pon confius.

" Yang kau nak marah lebih lebih apahal ? Kau yang tarik lengan aku dah kenapa ? Haram ! Tau tak haram tu apa ?! " marah Hani. Mukanya merah menahan amarah.

Zhafri menolak kuat bahu gadis itu lalu berjalan keluar.

" Sorry Hani. Budak tu sewel dari kecik. " Akhmal ternsenyum bersalah.

" Takpe long. Satu je Hani mintak. "

" Mintak apa ? "

" Tolong bawak dia jumpa doktor. Risau tengok kondisi dia. Takut makin melarat. " kata Hani.

Alana menampar lembut bahu gadis itu.

Adam menyimpan senyum.

" Esok along bawa. Along pon risau dengan mamat tu. Makin lama makin bodoh perangai dia. " kata Akhmal.

" Along gerak dulu. Lana, jumpa kat rumah. " tangannya dilambai ke arah dua gadis manis itu.

Adam meletakkan wang rm 100. Alana membuntangkan matanya.

" Ehhh banyak sangat nii. " kata Alana gelabah.

" Nafkah aku sebelum kahwin. " kata Adam selamba. Laju kakinya berjalan keluar.

Hani ketawa kecil. " Tak sabar aku nak makan nasi minyak kat kenduri kau. " usik Hani. Dia menyiku pinggang ramping rakannya.

" Diam lah kau. " ujar Alana mendatar. Mukannya membahang















hospital mana yang perlu saya letakkan si Zhafri ni ehh ?

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now