chapter ten

1.2K 76 0
                                    

" Kak Siti, ada meeting lagi ke lepas ni ? " soal Adam Muayyad mendatar. Matanya tertumpu pada kertas kerja dihadapannya. Dia melonggarkan necktie di lehernya. Penat !

" Tiada mr. Adam. " jawab Siti perlahan. Ya ,  pekerja Ad's Company  memanggilnya gelaran ' mr ' dihadapan namanya. Zhafri juga diberi gelaran ' mr ' .

" Ok. "

" Kalau takde apa apa saya keluar dulu. " kata Siti perlahan.

" Hm. " Siti menundukkan sedikit kepala lalu berjalan keluar. Tidak sempat wanita itu memegang tombol pintu, ia telah dibuka kasar dari luar.

Ternaik bahu wanita tersebut.

" Eh eh Kak Siti okey tak ? Sorry sorry saya ingatkan Adam sorang je dalam bilik ni. " gelabah Zhafri memohon maaf.

Siti mengusap dadanya perlahan. Kus semangat ! Dia mengukirkan senyuman kecil kepada jejaka dihadapannya.

" Saya okey. " laju dia melangkah keluar bilik itu.

Zhafri menutup pintu perlahan. Dia mengambil tempat dihadapan rakannya lalu dihempas tubuhnya di atas kerusi yang telah disediakan di dalam bilik itu.

" Huish busy nampak. " ujar Zhafri. Dia meraup rambutnya kebelakang.

Adam hanya menggumam.

Zhafri mencebik. Ceh taknak layan aku eh ?!

" Bro jom lunch. " ajak Zhafri. Adam membuat roller eyes. Dari chapter pertama sampai chapter sepuluh asyik makan je kerja !!

" Kau tak nampak ke aku busy sekarang ni ? " kata Adam. Dia hanya memandang sekilas rakannya itu.

" Alaaaa Adammm... jomlaaa " rengek Zhafri. Adam memandang jelek ke arah jejaka dihadapannya.

" Shut up Zhaf ! Pergi ajak orang lain. Takpun kau ajak Kak Siti makan. " marah Adam.

" Kau gila ke apa ?! Mahu aku kena parang dengan laki dia. Dah la husband dia askar. Jangan cari pasal !! " kata Zhafri. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Bodoh Adam !

" Kau pergi je la sorang. Apa susahnya ? " Adam mengeluh perlahan. Penat la dapat member perangai macam budak tak cukup umur.

Zhafri membuat muka sayu. Dah start dah drama dia !

one !

two !

three !

action !

" Sampai hati kau bro buat aku macam ni. Apa salah aku.. aku ajak kau makan je pon, takkan tu pon kau nak marah aku. How could you Adam ! Dah la bro aku cau dululah. Sambung la berhoneymoon dengan kerja kau tu. Selamat tinggal sahabatku ! Selamat tinggal dunia !! " jerit Zhafri.

" Enough Zhaf. " kata Adam dingin. Dia mengemas kertas kerja lalu diambil dompet, phone serta kunci kereta. Zhafri memandang pelik.

" Kau nak pergi mana Dam ? "

" Kau kata nak pergi lunch. Ha cepatlah ! "

Zhafri tersenyum suka. Yeay ! yeay ! dapat makan.

Tergesa gesa dia mengikut langkah rakannya.






••••••••••






" Apa !! Kau nak kahwin ?!!! " terkejut bukan kepalang Si Zhafri. Adam memberitahunya tentang perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kedua dua belah pihak. Dah macam drama melayu pulak !

Adam hanya menggumam. Dia menyedut minuman untuk hilangkan rasa haus di tekaknya.

" Dengan sapa bro ?! Aku kenal ke ? "

" Aku tak kenal perempuan tu. Aku taktau kau kenal tak calon menantu ibu aku tu. " ujar Adam mendatar.

" Apa nama dia ? "

" Alana Sofea. Anak kawan ibu aku. "

" Fuyoo klishe siot jalan hidup kau. Dah macam drama kat tv pulak. " terkekek Zhafri ketawa. Pity on you Adam.

" Stop bodoh ! Kau ingat lawak ke ha ?! "

" Sebab lawak la aku gelak bangang. Takkan kau nak aku meratap pasal ni kot. " terbahak bahak Si Zhafri ni ketawa.

Pandai eh kau gelakkan orang Zhaf. Kau tunggu story kau nanti!

Adam hanya berlagak selamba. Malas aku nak layan mamat sewel ni. Dia menyambung menikmati makanan dihadapannya.






••••••••••





Smiley Cafe,

" KAHWIN ?!!! " jerit Hani kuat. Sebahagian pelanggan memandang ke arahnya.

" Slow la sikit suara kau tu ! "

" Weh gila ! Aku jerit sebab aku terkejut la ! Siapa mamat tu ? Sejak bila pulak kau ada pakwe ni ? Aku taktau pon. " ujar Hani. Dia menunggu balasan rakannya itu.

" Actually aku pon tak kenal mamat tu siapa. Yang pasti dia anak kawan mama aku. "

" Siapa nama dia ? " soal Hani teruja. Aik siapa yang kahwin sebenarnya ni ?

" Adam Muayyad. "

Hani membulatkan matanya. Mulut ditekup dengan tangan kanannya.

" Kau kenal ke ? " soal Alana pelik.

" Gila tak kenal !! Adam Muayyad uasahawan muda terkenal. Ada rupa. And yang paling penting mata dia. Mata dia warna hijau matt !! Unik gila ! Untung do kau. Mesti warna mata turun kat anak kau. " kata Hani teruja.

" Apa kau merepek ni ? Aku tak kahwin lagi dengan dia dah pikir pasal anak. "

Hani tersengih. " mana tau rezeki kau kahwin dengan mamat mata hijau tu. Untung badan. "

" Kepala hotak kau untung ! Kalau kau kagum sangat dengan mamat tu, kau pergi la nikah dengan dia. " marah Alana.

" Hm boleh tahan bernas jugak idea kau ni. " kata Hani. Dagunya diketuk beberapa kali.

" Woi kau gila ke ? " kalut Alana.

Hani memandang pelik. Laa pulak ?

" Apa salahnya. Kau taknak dengan dia, kau bagi jelah kat aku. Aku single dia pon single. Comey dah tu. " tersengih Hani.

" Teruskan berangan ya Cik Hani. " ujar Alana lembut.

Hani menyimpan senyum.

"Eleh tadi kata tak suka. "

" Siapa kata tak suka ? "

" kau "

" Bila ? "

" tadi "

" mana ada. " Alana berdiri lalu melangkah kebahagian dapur. Baik kerja dari layan perangai gila minah ni !

Hani tersenyum lucu. Saja mahu menyakat gadis kecil itu. Memang dia ter on–crush dengan usahawan terkenal tu tapi takdelah sampai nak kahwin. Hanya sekadar suka tak lebih dari itu. Lagi lagi jejaka itu bakal imam sahabatnya. Dia bukan watak antagonis dalam cerita ni.

" Semoga kau bahagia Lana. I hope you forgot about him. You deserve to be happy, Alana Sofea. " kata Hani perlahan.

sorry hambar.

MR ADAM'S WIFEWhere stories live. Discover now