Chapter 29

4 1 0
                                    

"Okay, guys. Kita dah pun sampai di last destination kita untuk hari ini before kita balik semula ke camping site." kata Yera.

"Kita kat mana ni?" soal Taehyung.

"Pantai Ilsan!" kata Jisung teruja.

"Betul!"

Berhenti sahaja bas itu, mereka semua mula turun dan terpegun melihat keindahan pantai di petang menjelang malam hari.

"Untuk last destination ni, saya bagi peluang dekat semua untuk berehat and menikmati sunset dengan angin malam kat sini. Tapi sampai pukul 8 sahaja and kita akan balik semula dekat site. Okay?"

"Baik."

Mereka semua pun berjalan-jalan di sekitar pantai itu.

Mereka semua mula berpecah mengikuti tujuan masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka semua mula berpecah mengikuti tujuan masing-masing. Ada yang mengambil gambar, ada yang membeli minuman dan ada juga yang duduk menikmati keindahan di pantai itu. So Min berjalan mendekati air pantai dan mencangkung untuk menyentuh air pantai itu. Jimin mendekati So Min dari belakang dan duduk tidak jauh dari tempat So Min yang sedang bermain air.

"Cantiknya..." kata So Min seraya memandang langit.

So Min berpaling kebelakang dan melihat Jimin juga berada di situ. Dia berdiri lalu duduk di sebelah Jimin yang sedang melihat matahari terbenam.

"Cantikkan sunset tu?" soal So Min.

"Cantik sangat. Sampaikan matahari sendiri pun tengok pantulannya setiap hari ke dalam lautan yang tak terhingga tu." kata Jimin yang menunjukkan ketenangannya ketika itu.

So Min tersenyum mendengar jawapan Jimin. Mereka diam seketika sehingga warna langit yang kemerahan mula bertukar menjadi biru.

"Tak sangka esok last day kita kat Ulsan, kan?" soal So Min pada Jimin.

"Tu lah. Dah lama aku tak camping since last time pergi dengan mak aku masa aku kecil." ujar Jimin.

"Encik mesti sayang sangat dengan mak Encik, kan? Ada je perkara kecil yang mengingat Encik pada dia."

"Siapa je tak sayang mak yang dah penat-penat lahirkan kita? Dia bertarung nyawa untuk bagi kita dapat rasa kehidupan yang kita lalui sekarang ni."

"Tapi macam mana pula dengan orang yang tak tahu sama ada sebenarnya dia ni memang layak untuk hidup atau tak?" soal So Min lagi.

Jimin memandang kearah So Min apabila soalan itu keluar dari mulutnya.

"Siapa kita nak tentukan sama ada diri kita layak atau tak sedangkan Tuhan dah bagi peluang dan nyawa untuk kita merasakan apa erti hidup? Kau patut bersyukur tau sebab dapat peluang tu." balas Jimin tenang lalu memandang kearah matahari terbenam itu semula.

"Tapi kenapa saya?"

"So Min-ahh.. kau ingat tak yang kau pernah kata Tuhan sayangkan kau? Dia bagi kau jumpa orang yang baik-baik yang dapat tolong kau kat dunia ni. Dari kau kecil sampailah kau yang sekarang ni, kau sentiasa di kelilingi orang yang baik." ujar Jimin.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now