"Bae So Min.. na.. jeongmal saranghaeyo (aku.. betul-betul sayangkan kau)."
"Encik? Helo?" panggil So Min sambil melambai-lambai kepada Jimin.
Jimin yang tersedar dari lamunan menyedari yang dia masih lagi duduk di sebelah So Min.
"Encik dengar tak saya tanya tadi?" soal So Min sambil memandang Jimin pelik.
"Ne?"
"Saya tanya, betul ke apa yang saya dengar pagi tadi? Yang Encik cakap dengan Cik Mi Ran tu?" soal So Min lagi.
"Betul." kata Jimin sambil menganggukkan kepala.
"Kenapa lah Encik tak-"
Kata-kata So Min tergantung apabila Jimin mendaratkan bibirnya pada milik So Min buat kali kedua, menghapuskan segala kata-kata yang tidak sempat diungkapkan. So Min yang terkejut buat seketika perlahan-lahan mula memejamkan matanya dan dengan lembut membalas ciuman itu. Dalam kucupan itu, mereka merasakan sebuah komunikasi yang lebih dalam daripada kata-kata, di mana setiap rasa dan emosi disampaikan dengan lembut dan penuh makna.
Di dalam kesunyian malam itu, bulan dan bintang menjadi saksi, angin yang mendayu-dayu seperti mengerti akan suasana, bahkan alam semesta turut merestui hubungan mereka. Apabila kucupan itu berakhir, mereka saling menatap dengan mata yang penuh makna. Seolah-olah dunia luar hilang dan hanya ada mereka berdua dalam detik penuh kehangatan tersebut. Dengan penuh kelembutan, tangan Jimin menyentuh pipi gebu So Min sambil menujukkan senyuman manis diwajahnya.
"Bae So Min.. saranghaeyo." kata Jimin dengan penuh kejujuran.
"Nado.. saranghaeyo." balas So Min yang memandang Jimin dengan mata yang berbinar.
"Tapi tadi takda lah susah sangat."
"Ya ke? Ish, aku dah sorok kat tempat yang susah dah pagi tadi."
Dengar sahaja ada yang menghampiri khemah itu, Jimin dan So Min terus memperbaiki posisi kedudukan mereka.
"Gweanchana, eonnie. The game is still fun."
"Tch. Eoo? So Min-ahh." tegur Yera apabila melihat So Min lalu memandang kearah Jimin yang di sebelahnya.
"Eoo, eonnie. Waegurae?" soal So Min dengan senyumannya.
"Ani.. tangan So Min okay?" soal Yera.
"Ahh.. okay je. Sakit sikit je ni. Hehe." sengih So Min.
"Perempuan tu memang dah melampau. Nasiblah bukan ex aku, kalau tak dah lama aku tampar muka dia." kata Taehyung geram lalu berjalan mendekati So Min dan Jimin.
Yera dan Hani turut mengikuti Taehyung dari belakang dan duduk sekali bersama mereka.
"Tak apalah, benda nak jadi." kata So Min cuba menenangkan keadaan.
"Mana boleh tak apa macam tu. Kalau dia buat lagi teruk macam mana?" soal Yera.
"Eonnie, ni Bae So Min lah. Mesti boleh lawan punya." kata So Min bangga.
Jimin tergelak mendengar ayat So Min sehingga membuatkan yang lain memandang kearahnya.
"Oppa, waeyo?" soal Hani pelik.
Jimin memandang mereka semua yang sedang keliru dan sambung ketawa.
"Yah, korang tahu tak apa yang So Min buat masa Mi Ran datang rumah aku baru-baru ni?" soal Jimin yang masih lagi separa ketawa.
"Omo! Dia datang rumah kau?" soal Yera terkejut.
"So Min buat apa?" soal Taehyung pula ingin tahu.
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...