2 - Rehat

271 13 33
                                    

Ahmad berjalan meninggalkan Afisya dan kawan-kawannya yang lain di kantin lalu menuju ke tandas lelaki yang terletak di hujung blok.

Pintu tandas ditolak kasar lalu menuju ke cermin besar di sinki. Dia menatap tajam pantulan dirinya. Tanpa kata tangannya digenggam lalu menumbuk kuat cermin itu sehingga pecah dibuat olehnya. Darah yang mengalir akibat tertucuk kaca pada tangannya tidak dihiraukan. Nafas dihela kasar bagai melepaskan beban yang berat. Turun naik dadanya mencari udara. Hatinya begitu sakit apabila mengimbau kembali peristiwa di kantin tadi.

"Kau tunggu Afisya."

Irsyad menolak lembut tubuh genit Afisya pada dinding sekolah. Kini mereka berdua berada di bangunan lama sekolah. Hanya mereka berdua.

"You memang sengaja kan?" Irsyad bersuara halus.

Kedudukan mereka begitu dekat sekali ketika ini. Begitu intim sehinggakan Afisya dapat menghidu nafas Irsyad yang berbau mint itu.

"I buat apa sayang? I tak buat apa-apa pun." Jawab Afisya sambil merangkul leher milik kekasih gelapnya. Tangan Irsyad pula sengaja diletakkan di pinggang ramping miliknya.

Ya, Afisya telah mencurangi Ahmad dengan kawan baik lelaki itu sendiri iaitu Irsyad. Mereka langsung tidak berasa bersalah sama sekali terhadap perasaan Ahmad. Mereka hanya mahu melunaskan nafsu mereka semata-mata.

"You tergedik-gedik dengan Ahmad depan I. Berbaby-baby dengan jantan tu. But at the same time, your leg rub my leg until I feel horny. What do you think huh? You seksa I tau tak? I nak you jujur dengan I sekarang ni. You pilih I atau Ahmad. Answer me now." Walaupun Irsyad tidak menjerit, tetapi Afisya tahu lelaki itu berasa sangat marah sekarang ini.

Afisya mula tersenyum manja lalu mengusap wajah tampan milik Irsyad.

"Mestilah I pilih you, sayang. Takkanlah I nak pilih dia pula, kan. Ya, I admit I still tak boleh nak minta putus daripada dia. I don't know why. But as long dia tak tau tentang kita, we just keep our relationship, okay dear." Dada bidang Irsyad pula diusapnya.

"Okay, tapi you kena bertanggungjawab dengan apa yang you dah buat pada I sekarang ni." Irsyad tersenyum sinis lalu merapatkan wajah mereka berdua.

"My pleasure, sayang." Jawab Afisya tanpa rasa gentar.

Mereka mula berkelakuan tidak senonoh di bangunan lama itu tanpa rasa takut. Sedarkah mereka bahawa mereka masih lagi pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan besar pada akhir tahun kelak?

Hawa terhenti lalu berpaling ke arah Ahmad. Mahu apakah lagi lelaki ini?

"Kenapa?" Dia bertanya.

Ahmad tidak menjawab malah bergerak ke arah tempatnya berdiri tadi lalu mengambil sesuatu.

"Tak payah nak takut sangat dengan aku sampai tertinggal benda ni. Gelabah sangat dah kenapa? Aku ni bukannya jahat sangat pun. Lagipun aku ni dah ada girlfriend, so aku takkan pandang perempuan lain." Ahmad menghulurkan penutup kamera Nikon milik Hawa lalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian.

Hawa terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Ayatnya itu seperti mahu mengatakan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Huh perasan betul!

"Eh, awak jangan nak perasan sangatlah!" Jeritnya sengaja bagi memudahkan Ahmad mendengar.

Ahmad Izuan tidak menghiraukan jeritan itu namun tetap sahaja dia tertawa halus melihat gelagat gadis pendek itu.

Hawa berjalan menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 2 bersebelahan bangunan lama yang tidak berpenghuni. Sambil-sambil dia berjalan dia melihat dua orang pelajar yang amat dikenalinya. Matanya ditajamkan melihat kelakuan mereka berdua yang tidak dapat dia ungkapkan sekarang ini.

"Astaghfirullah." Luahnya lalu dengan pantas dia berlari mendaki anak tangga. Habis rosak matanya melihat perkara yang tidak patut dilihatnya.

Setelah sampai di hadapan kelasnya dalam keadaan tercungap-cungap, Hawa mengetuk pintu bagi meminta izin untuk masuk ke dalam.

"Hawa? Lambat awak masuk hari ni. Awak pergi mana?" Tanya Puan Ros, guru matapelajaran fizik kelasnya.

"Maaf cikgu. Saya daripada tandas tadi, saya sakit perut pula." Tipunya.

Puan Ros hanya menggelengkan kepala. Pandangannya dihala ke arah seseorang.

"Hah, Ahmad dari mana pula? Training dah habiskan? Boleh pula awak dan Hawa masuk kelas sama-sama ya. Pergi dating ke?" Soalan Puan Ros itu membuatkan Hawa berpaling ke belakang. Terserlah wajah beku milik Ahmad di belakangnya. Dia berganjak sedikit bagi mencipta ruang antara mereka.

Ahmad tersengih sambil menggosok tengkuknya. Segan pula apabila menjadi tumpuan rakan-rakan kelasnya.

"Eh tak, cikgu. Saya jumpa coach sekejap tadi. Maaf ya." Pintanya.

Sekali lagi Puan Ros menggeleng.

"Ha, masuklah. Cikgu nak mengajar ni." Arahnya lalu menyambung menulis di papan putih.

Hawa berjalan mendahului Ahmad ke tempat duduknya. Ahmad memandang saja gadis itu.

'Sama kelas rupanya. Kenapa aku langsung tak cam kau eh?' Monolog Ahmad.

"Woi, Mad! Kenapa tangan kau berbalut-balut ni?! Kau bergaduh dengan siapa? Pergh tak ajak eh. Inilah kawan...adoi!" Fahim mengusap kepalanya yang diketuk oleh helmet Fathi.

"Kau dah kenapa hah, bengap? Tanyalah elok-elok sikit." Fathi berkata lalu menyarungkan helmet ke kepalanya.

Ahmad menggelengkan kepalanya melihat perangai tidak semenggah kawannya itu.

"Tak adalah. Aku bukan apa mana tau dia tumbuk muka si Sya..hmm hmm..." Tidak sempat Fahim berkata, pantas mulutnya dicekup Fathi.

"Kau ni memanglah, Him!" Bisik Fathi.

Ahmad berkerut dengan kelakuan mereka yang mencurigakan itu.

"Sya apa? Siapa?"

"Eh, mana ada aku cakap sya. Aku nak cakap syantik betul balutan tu. Siapa yang buatkan? Kemas je aku tengok." Berpeluh-peluh dahi Fahim mereka alasan.

Ahmad malas mahu mengambil pusing perangai gila lelaki itu lalu menyarungkan helmet ke kepalanya. Enjin motosikal Ysukunya dihidupkan. Baru sahaja hendak bergerak, matanya melihat ke arah seseorang yang sedang berjalan ke arah pintu pagar sekolah bersama rakan-rakannya.

"Hawa, kau dari mana tadi? Lambat betul masuk. Selalunya kitorang tak siap makan lagi kau dah terpacak kat dalam kelas. Kali ni cikgu dah masuk pun kau tak muncul-muncul lagi." Qamariah bertanya diangguk Aisyah.

"Haah betul tu. Kau pergi dating ke? Tapi kau kan single. Eh, ke kau dah ada boyfriend sekarang? Pergh tak nak cakap-cakap kan? Teruklah kau ni!" Aisyah pula bersuara tidak puas hati.

Hawa mengecilkan matanya melihat karenah dua rakannya itu. Beg di bahu yang terlucut dibetulkan seketika.

"Kau tu yang teruk tau tak? Main menuduh je kerjanya. First of all, aku masih single ya. No couple-couple until SPM. Second, kan aku dah cakap aku sakit perut tadi. Pekak eh?" Selamba dia menjawab soalan-soalan rakan-rakannya itu.

Mereka berdua hanya mengangguk lalu meneruskan perbualan. Seketika fikiran Hawa kembali menerawang mengingati kejadian yang dilihatnya ketika dia menaiki tangga tadi. Pantas sahaja dia menggeleng laju bagi menghapuskan ingatan itu.

"Ni dah kenapa pula? Tergeleng-geleng. Biul ke?" Savage pula gadis bernama Aisyah pada hari ini.

"Hah, eh tak ada apa-apalah. Jomlah, naik bas. Dah lambat ni." Baru sahaja Hawa hendak melajukan langkahnya, lengannya dipaut.

"Hawa, Ahmad tengok kaulah!" Bisik Qamariah.

Hawa yang mendengar pantas memandang ke arah Ahmad yang berada di tempat parkir motosikal. Dan sekali lagi pandangan mata mereka bertaut kembali.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now