"Hawa!"
Hawa dan Ahmad berpaling apabila mendengar jeritan itu. Kelihatan Hazim dan Fahim sedang bersusah payah memikul Ali keluar daripada permukaan air.
Hawa bergegas mendapatkan adiknya yang sudah terbaring tidak sedarkan diri itu.
"Kenapa ni korang? Macam mana Ali boleh jadi macam ni?" Tanya Hawa cemas.
"Tadi kami main tahan nafas dalam air. Lepastu Ali tak naik-naik. Kami tengok Ali dah tak sedarkan diri." Jelas Fahim.
"Apa?! Kau tau kan Ali ada semput, Zim?!" Marah Hawa.
"Aku minta maaf, Hawa." Pinta Hazim. Sungguh dia risau apa yang akan jadi kepada adik sepupunya itu.
"Sudah, sekarang ni bukan masa untuk marah-marah." Tegas Ahmad berkata.
Dia mengambil tempat berhadapan Hawa. Gadis itu hanya diam memerhati tindakan Ahmad.
Dada Ali ditekan beberapa kali untuk mengeluarkan air yang sudah memasuki rongga udaranya. Seketika kemudian, pernafasan daripada mulut ke mulut dilakukan kepada remaja itu.
Ahmad sudah biasa dengan aktiviti segenting ini kerana pekerjaannya sebagai anggota tentera. Sudah banyak nyawa yang telah diselamatkan olehnya.
Keadaan begitu tegang ketika itu. Mereka semua hanya mampu melihat tindakan Ahmad untuk menyelamatkan Ali.
Setelah beberapa kali membuat CPR akhirnya Ali tersedar lalu terbatuk-batuk mengeluarkan air. Hawa yang melihat Ali sudah sedar lantas terus memeluk adiknya erat. Pecah tangisnya akhirnya.
"Ali jangan buat macam tu lagi. Risau tau akak!" Sebak Hawa.
Ali hanya membalas pelukan itu lalu tersenyum kecil.
"Sayang juga eh akak kat Ali."
Kata-kata itu hanya dibalas dengan ketukan di kepala.
"Terima kasih, Abang Mad sebab selamatkan Ali. Ali nak abang jadi abang ipar Ali tau. Ali tak nak orang lain." Kata Ali lagi.
Ahmad hanya tersenyum lalu menggosok kasar rambut Ali. Serentak matanya berpandangan dengan Fahim.
"Dah, jomlah kita balik." Ajak Hazim lalu memandang Ahmad dan Hawa berulang kali.
Mereka mula berkemas dan bergerak ke tempat parkir. Fahim pula mengambil tugas mengendong Ali di belakang.
"Lari Abang Him. Laju lagi!" Jerit Ali riang.
"Eh diamlah! Dah lah berat oi!" Bentak Fahim.
Hazim yang mengikut langkah mereka sudah tergelak besar. Mereka bertiga sudah berjalan meninggalkan Hawa dan Ahmad di belakang berdua.
Hawa hanya diam berjalan di samping Ahmad yang sedang mengelap rambutnya yang basah. Bakul makanan digenggam erat.
"Err, terima kasih Ahmad. Sebab dah selamatkan adik saya. Kalau awak tak ada tadi, tak taulah apa yang jadi. Terima kasih sangat-sangat." Ucap Hawa setelah sekian lama.
"Hmm." Ahmad terdiam seakan berfikir.
"Buat masa ni saya tak nak terima ucapan awak tu. Saya nak ganjaran lain." Katanya sambil tersenyum lalu meninggalkan Hawa keseorangan.
Hawa sudah tercengang mendengar kata-kata lelaki itu.
"Apa?!"
•
"Makanlah lagi Ahmad, Fahim. Tambah lagi makanan ni." Kata Mak Idah lalu menyendukkan makanan ke dalam pinggan mereka.
"Eh, makcik dah banyak dah makanan ni. Tak habis pula nanti." Kata Ahmad.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Fiksi Remajaqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...