"AHMAD!!!"
Semua yang berada di situ terkejut melihat perbuatan Ahmad yang sedang menumbuk Irsyad bertubi-tubi. Tidak cukup dengan itu, perut kempis jejaka itu turut disepak beberapa kali.
Irsyad tiada daya untuk melawan. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Dia hanya mampu berserah.
"Ahmad berhenti! Kau dah gila ke?!" Jerit Fahim.
Badan rakannya itu dipeluk lalu ditarik menjauhi Irsyad. Fathi turut sama menahan Ahmad daripada terus mara ke arah Irsyad.
"Jangan jadi bodoh, Ahmad! Kau nak bunuh dia ke?!" Jerkah Fathi apabila Ahmad mahu bertindak ganas sekali lagi.
"Lepaskan aku! Eh, kalau kau nak sangat betina ni, kau amiklah! Kau ingat aku heran ke hah?!" Jerkah Ahmad lalu menolak Fahim jauh.
Afisya dan Qamariah pantas mendapatkan Irsyad yang terbaring di atas lantai lalu membawanya pergi ke unit kesihatan sekolah. Tidak tahulah apa nasib lelaki itu jika dibiarkan lebih lama.
Aisyah membantu Fahim yang sudah tersungkur itu bangun. Ahmad menghembus nafas kasar lalu berlalu pergi. Dia tahu kali ni dia sudah melampau namun dia puas dengan kelakuannya itu. Sangat puas.
Hawa yang masih statik di tempatnya pantas ditolak oleh Syaiful yang daripada tadi merakam semua aksi itu.
"Pergi amik gambar dia, Hawa. Kau tak nak untung ke hah?!" Bisik Syaiful.
Hawa menggeleng. Dia takut melihat keganasan lelaki itu. Sungguh dia sudah tidak berani untuk menegur Ahmad selepas ini. Biarlah lelaki itu tidak tahu akan kewujudannya.
"Pergilah bodoh!" Marah Syaiful yang masih lagi merakam.
Hawa dengan terpaksa pantas mengikut langkah Ahmad yang sedang menuruni anak tangga. Lensa kamera difokuskan ke arah Ahmad. Beberapa gambar milik lelaki itu diambil bagi memuaskan hati Syaiful.
Ahmad yang perasan lantas berpaling ke arahnya.
"Jangan kacau aku." Katanya perlahan.
Hawa yang tidak sedar terus sahaja mengambil gambarnya.
"Jangan rakam akulah sial!" Dengan sekelip mata kamera bertukar tangan lalu dihempas kuat ke atas lantai.
Prak
Semua yang berada di situ terpaku melihat Ahmad dan Hawa. Tubir mata Hawa berair apabila melihat kamera kesayangannya sudah hancur di depan matanya. Sampai hati lelaki itu.
"Sukalah kau kan tengok aku macam ni? Aku ingat kau lain, Hawa. Aku ingat aku boleh percayakan kau. Tapi kau sama je dengan semua orang. Kau jangan berani-berani muncul depan aku lagi, Siti Hawa. I warned you." Bahu gadis itu dilanggar kasar lalu pergi meninggalkan mereka semua.
Aisyah pantas mendapatkan Hawa yang sudah terjelopok di atas lantai itu. Tubuh kecil itu dipeluk erat.
"I'm sorry, Hawa." Pintanya apabila melihat gadis itu sudah menitiskan air mata.
'Sampai hati awak, Ahmad. Saya benci awak!' Jerit sekeping hati milik si gadis malang, Siti Hawa.
•
Keadaan di ruangan menunggu hospital ketika itu sungguh sunyi. Hanya kedengaran tapak kasut daripada jururawat yang lalu lalang di situ.
Afisya berpeluk tubuh sambil merengus tidak berpuas hati. Dia berpaling ke arah Qamariah yang duduk tidak jauh daripadanya.
"Puas hati you sekarang ni? I tanya you puas tak?! Jawablah!" Marah Afisya yang melihat Qamariah yang seakan tenang itu.
"Afisya, I'm really sorry. I tak sangka yang Ahmad akan bertindak macam tu..." Belum sempat menjawab lebih lanjut, pipinya terasa pijar setelah ditampar oleh gadis itu.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Genç Kurguqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...