19 - Pertama Kali II

266 7 0
                                    

Pantai Batu Buruk,
Terengganu.

Perjalanan yang memakan masa selama hampir 5 jam itu akhirnya berakhir apabila kereta yang dipandu oleh Ahmad berhenti di hadapan sedampar lautan yang begitu luas.

Ahmad pantas keluar daripada kereta lalu meregangkan otot-otot badannya yang seakan tegang akibat memandu terlalu lama.

Pandangan di hala ke arah hadapan. Tenang jiwanya apabila melihat pemandangan waktu petang yang begitu mendamaikan itu. Ditambah lagi dengan angin sepoi yang turut menampar halus wajah tampan miliknya.

"Dah sampai ke, Mad?" Tanya Fahim sambil menguap.

"Kau ni sepanjang jalan asyik tidur je. Bukannya nak tukar drive. Tak guna punya kawan." Bebel Ahmad.

Fahim hanya tersengih mendengar bebelan rakannya itu. Dia melihat ke arah papan kenyataan yang terpacak di sekitar situ.

"Pantai Batu Buruk. Kau nak tau tak, Mad? Orang cakap kan pantai ni, pantai jodoh tau. Sebab sesiapa yang datang sini mesti jumpa jodoh diorang." Kata Fahim penuh beriya.

Ahmad yang mendengar sudah berdecit sinis.

"Kau jangan nak merepeklah, Fahim. Khurafat kau tau tak semua tu? Jodoh ni kalau nak datang, tak kisahlah kat mana sekalipun tempatnya." Jawab Ahmad pula.

Fahim hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda menyerah.

"Eh, ada kedai makanlah. Jom makan kepok lekor, Mad. Aku dah lapar ni." Terus sahaja dia bergerak ke arah kedai itu.

"Oi, tunggu aku!" Berlari Ahmad mengejar langkah Fahim.

"Assalamualaikum, kak nak order." Panggil Fahim setelah mengambil tempat duduk.

Hawa yang sedang mengelap meja makan pantas berpaling. Terbuntang besar matanya melihat dua makhluk ciptaan tuhan di hadapannya ini. Dia terkejut melihat kehadiran Fahim ketika itu. Namun, lebih terkejut lagi apabila melihat Ahmad turut bersama.

Terus sahaja dia berpaling semula lalu masuk ke dalam bahagian dapur. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka.

'Argh, kenapa mesti muncul sekarang? Just why?! Aku tak nak!' Jerit hatinya.

Fahim dan Ahmad berpandangan sesama sendiri. Pelik melihat kelakuan gadis muda itu yang terus sahaja pergi dari situ.

"Kenapa dia lari, Mad? Muka aku ni menakutkan ke? Ada taik mata ke?" Bertalu-talu soalan ditanya Fahim.

Ahmad menggeleng.

"Tak, tak ada pun. Tak tau kenapa. Ehem, kak kami nak order." Panggil Ahmad sekali lagi.

Hawa yang sedang menyorok di sebalik dinding ditegur oleh ibunya.

"Kakak, kenapa ni? Ada pelanggan nak order tu. Pergi ambil order sana." Arah Mak Idah.

"Ala, mak. Mak tolong ambilkan. Kakak tak naklah." Pinta Hawa.

"Jangan nak mengada. Mak nak goreng kepok ni. Dah pergi sana."

"Biarlah diorang pergi cari kedai lain auch sakit mak!" Tangannya menggosok kesan cubitan daripada ibunya.

"Ish pergi sana." Tubuh langsingnya pantas ditolak oleh Mak Idah.

Mahu atau tidak, terpaksa jugalah dia pergi ke arah meja yang menempatkan Ahmad dan Fahim.

Mujur sahaja di dalam apronnya terdapat sekeping mask muka. Terus sahaja dia memakai bagi mengelakkan dirinya daripada di cam oleh mereka berdua.

"Hmm, maaf lambat. Encik nak order apa?" Hawa hanya menunduk menunduk tidak mahu memandang mereka.

"Kat sini apa yang sedap?" Tanya Fahim.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now