18 - Terengganu

234 5 0
                                    

7 tahun kemudian...

Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

"Kakak, jangan lupa siang ikan kat dalam peti tu. Pagi tadi ayah tangkap kat laut. Ayah nak makan singgang ikan yang kakak masak. Mengada betul orang tua tu." Kata Mak Idah sambil memotong keropok lekor.

Siti Hawa yang sedang mengupas kulit bawang hanya tertawa halus.

"Baik mak. Makan ikan singgang dengan sambal belacan. Argh sedapnya!" Teruja Hawa.

Mak Idah hanya menggeleng perlahan  melihat gelagat anak sulungnya itu.

"Kakak." Panggilnya.

Hawa berpaling melihat ibunya.

"Kakak tak mahu sambung belajar ke? Mak bukan apa, mak tengok kawan-kawan sebaya kamu semuanya sedang belajar. Kamu nak masuk universiti kan? Tentang bayaran apa semua, kamu jangan risau. Mak boleh..." Belum sempat Mak Idah menghabiskan kata-katanya Hawa pantas memotong.

"Mak, kita dah bincang kan tentang ni. Kakak tak kisah pun tentang sambung belajar ke tak. Mak janganlah risau. Sambung belajar tu bila-bila pun boleh, kan. Lagipun sijil STPM tu pun dah memadai untuk kakak cari kerja dekat-dekat sini. Kakak okay, jangan risau ya." Lembut Hawa berkata harap ibunya itu memahami.

Mak Idah hanya mampu mengangguk mendengar kata-kata anaknya itu. Bukannya Hawa tidak mahu sambung belajar, tetapi dia hanya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.

"Petang nanti kakak pergi kedai dulu tau, mak. Biar kakak buka dulu."

"Baiklah, kak."

Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam elok terpakir di hadapan sebuah restoran. Kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap keluar lalu melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

"Fuh, raja bukit sudah mari ooo."

Ahmad Izuan berpaling apabila mendengar suara yang begitu 'familiar' pada pendengarannya itu. Pantas sahaja dia bergerak ke arah rakannya itu.

Siapa lagi kalau bukan Fahim Nasar dan Fathi Razin.

"Hello, bro. Lama tak jumpa kau tho." Mereka bersalaman lalu berpeluk kejap.

"Amacam? Sihat?" Tanya Fathi.

"Hm, macam ni lah. Biasa je, nothing changes." Jawab Ahmad.

"Korang berdua macam mana? Any problems?" Tanya Ahmad pula.

Mereka hanya menggeleng.

"Buat masa ni belum ada lagilah hahaha. Weyh Mad, kau memang gilalah. Semua tempat dia tapau. First? Second? Third? Semualah." Teruja Fahim dibuatnya.

Fathi hanya menggeleng melihat telatah rakannya itu. Suara dia sahaja memenuhi ruangan restoran itu. Malu pula dia apabila pelayan yang mengambil order mereka memandang pelik ke arah mereka.

"Aku biasa je lah, Him. Aku underdog je. Lagipun habis season ni aku ingat I wanna take some break." Balas Ahmad.

"So, apa plan kau lepas ni?" Tanya Fathi lagi.

"Holiday maybe? Nak pergi healing. Nak lupakan semua masalah untuk sementara waktu. Korang nak join? Kita dah lama tak spend time sama-sama, kan?" Ajak Ahmad.

Fahim yang sedari tadi hanya diam menikmati makanan terus sahaja menjerit.

"Aku join! Aku boleh je minta cuti kat bapak aku hehe. Kita nak pergi mana? UK? US? Australia? Germany?" Teruja Fahim.

Ahmad tertawa melihat rakannya itu. Sungguh dia rindukan suasana sebegini. Semenjak meningkat dewasa, mereka semua sudah semakin sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Kau ni gelojoh betul kan?!" Marah Fathi sambil lap mulut Fahim yang comot dengan sisa makanan itu.

"Kita pergi dalam Malaysia jelah. Malaslah pergi overseas. Tapi aku tak tau lagi nak pergi mana." Ahmad menjawab.

"Kau join kan, Fathi?" Tanyanya lagi.

"Korang pergilah, aku rasa aku tak dapat joinlah. Sorry tau Mad. Tapi tak apa, mana tau aku free nanti, aku menyusul lain hari." Kata Fathi.

Serba salah pula dibuatnya apabila Ahmad sudah membuat mimik muka sedih. Fahim pantas sahaja bersuara.

"Kau kena faham, Mad. Kawan kau ni dah ada tunang. Well, ada hati yang nak kena jagalah, kan. Tapi tak apa. Aku kan ada. Aku kan girlfriend kau hehehe."

Ahmad membuat muka jengkel dengan perangai Fahim.

"Well, congrats bro. Sorry aku tak dapat datang haritu. Dengan Qamariah kan? Bila korang kahwin?"

"InsyaAllah hujung tahun ni. Kau jangan tak datang pula. Aku tembak kepala kau nanti." Balas Fathi.

"Ya, aku datang jangan risau. Kuat betul jodoh korang ek." Kata Ahmad pula.

"Dia ni memang dah gatal sangat nak kahwin. Eee Fathi gatal. Patutnya aku dengan Aisyah kahwin dulu tau. Menyampah!" Marah Fahim.

"Habis tu nak buat macam mana? Dah Aisyah kena transfer pergi Sabah. Kau kenalah tunggu dia balik sini. Kasihan bah sama kau." Tawa Fathi.

Ahmad tersenyum kecil melihat kehidupan rakan-rakannya itu. Semuanya dah berjumpa dengan cinta hati masing-masing.

Sedangkan dia? Masih lagi mencari pemilik hatinya yang menghilang. Walaupun segala usahanya tidak membuahkan hasil, dia akan tetap mencari pemilik hatinya itu.

Ya, sudah 7 tahun berlalu, namun nama Siti Hawa masih terpahat kemas di hatinya.

"Hm, diorang masih tak nak bagitau ke Hawa kat mana?" Tanya Ahmad setelah lama mendiam.

Fahim dan Fathi berpandangan lalu menggeleng perlahan.

"Sorry, Ahmad. Kitorang dah cuba pujuk sehabis boleh. Tapi kau faham kan, perempuan macam mana. Dia takkan bagitau apa-apa." Jawab Fathi.

Ahmad hanya mengangguk faham mendengar balasan lelaki itu. Air minumannya disedut perlahan.

"InsyaAllah satu hari nanti aku akan jumpa juga dia. Cuma aku harap masa tu dia masih lagi belum kepunyaan orang lain." Sedih sahaja suara Ahmad berkata.

Fahim mengeluh perlahan.

"Mad, apa kata kita pergi Terengganu?" Dia cuba untuk menukar topik.

Fathi memandang pelik ke arah Fahim seakan tidak mengerti. Lelaki itu hanya tersenyum senget.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now