6 - Putus

212 13 12
                                    

"Ahmad!"

Tangan Ahmad terlepas daripada terus mencengkam wajah Afisya apabila mendengar jeritan seseorang.

"Tolong I Hawa hiks. Lelaki ni nak bunuh I hiks." Berlari Afisya mendapatkan gadis itu.

Hawa jatuh kasihan apabila melihat keadaan Afisya yang sudah menggigil ketakutan itu.

"Awak nak jadi lelaki dayus ke? Tak boleh ke awak bincang baik-baik dengan Afisya? Dia perempuan. Kudrat dia tak sekuat awak, tau tak?" Marah Hawa lalu berpaling melihat Afisya yang sudah memeluk erat tubuhnya ketika itu.

Ahmad mendengus kuat apabila Hawa langsung tidak menyebelahi dirinya.

"Kau tak ada kat tempat akulah, perempuan. Kau takkan faham apa yang aku rasa." Dingin sahaja suaranya berkata lalu berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

Sempat juga Ahmad melanggar kuat sisi tubuh Hawa sehingga terdorong gadis itu ke belakang. Hawa berpaling melihat Ahmad yang sudah menjauhi mereka. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

"Awak okay? Dia ada buat apa-apa tak?" Tanya Hawa.

Afisya hanya menggeleng perlahan sambil menghapuskan sisa air matanya.

"Thanks Hawa sebab selamatkan I." Ucap Afisya lalu bergerak menolong Irsyad yang sudah pun sedar daripada pengsan.

Hawa hanya mampu melihat mereka berdua. Dia tahu dia tak patut masuk campur urusan mereka. Namun, tindakan Ahmad yang ingin menampar Afisya sangat tidak profesional baginya.

Fahim melangkah masuk ke dalam kelas dengan hati yang riang. Begitu riang sehingga kedengaran nyanyiannya.

"Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey~"

Tempat duduk dituju lalu punggung dilabuhkan.

"Amboi, bukan main seronok. Ada apa-apa ke ni?" Tanya Fathi di belakang.

Fahim menoleh lalu tersenyum manja.

"Mestilah aku seronok hari ni. Sebab aku jalan sama-sama dengan Aisyah tadi hehe." Jawab Fahim

"Ouh, patutlah happy sangat. Masuk kelas dengan crush rupanya." Fathi melirik ke arah Aisyah yang duduk tidak jauh daripada mereka. Keseorangan sahaja gadis itu pada pagi ini. Matanya mula mencari-cari seseorang.

"Kau ni dah kenapa? Cari Qamariah? Dia tak datang. Demam panas Aisyah cakap tadi." Pelik Fahim melihat Fathi yang sudah gelabah itu.

"Demam? Seriouslah?" Tanya Fathi seakan tidak percaya.

"Ya, dia..." Belum sempat Fahim menjawab, secara tiba-tiba Ahmad muncul lalu menghempaskan begnya ke atas meja. Semua mata mula melihat ke arahnya namun cepat sahaja dialihkan semula. Ada juga yang menggeleng perlahan. Pagi-pagi lagi sudah buat hal.

Fahim dan Fathi memandang antara satu sama lain pelik. Kenapa dengan lelaki ini?

"Mad, kau okay tak ni?" Fahim bertanya perlahan.

Ahmad hanya diam tidak membalas. Mukanya ditekup ke atas beg sekolahnya.

"Ahmad..."

"Eh, kau diamlah!" Jerit Ahmad lalu beredar keluar daripada kelas untuk mencari ketenangan.

Buk

"Ouch."

Ahmad hanya memandang gadis yang sudah terduduk di atas lantai itu tanpa perasaan. Langkah dibawa pergi dari situ.

Hawa memandang Ahmad geram. Seakan tidak percaya dengan perubahan sikap lelaki itu. Ke manakah sikap peramah lelaki itu pergi?

"Hawa, kau okay tak ni?" Aisyah terus membantu Hawa bangkit daripada duduk.

"Aku okay. Jangan risaulah." Balas Hawa lalu tersenyum kecil.

"Ish kenapa dengan Ahmad tu hah?! Main langgar je orang. Tak tau nak cakap sorry pula tu." Geram Aisyah dibuatnya.

"Sudahlah tu. Aku okaylah. Sikit je ni." Pujuk Hawa lalu mereka berdua bergerak ke tempat duduk masing-masing.

Ahmad memandang pemandangan di hadapannya yang begitu mendamaikan. Sunyi sahaja keadaan di atap bumbung pada pagi itu. Asap rokok dihembuskan perlahan-lahan ibarat melepaskan beban di dadanya.

"Ahmad." Panggil seseorang.

Ahmad berpaling apabila namanya dipanggil. Keningnya berkerut melihat gerangan itu.

"Fahim? Macam mana kau tau aku ada kat sini?" Tanya Ahmad.

Fahim tersengih sambil menggosok tengkuknya.

"Emm sebenarnya selama ni, aku selalu follow kau datang sini. Tapi aku taklah kacau ke apa. Cuma aku nampak kau selalu lepak kat sini dengan Hawa. Tu je." Jawab Fahim lalu mengambil tempat duduk di sisi Ahmad.

Ahmad hanya mengangguk sambil menghisap puntung rokoknya.

"Rokok? Seriouslah Mad? Ish budak ni." Fahim merampas puntung rokok yang sudah pun pendek itu lalu membuangnya ke lantai.

Ahmad hanya melihat perlakuan lelaki itu lalu mengeluh perlahan.

"Ingat Ahmad. Broken macam mana pun kau, janganlah sampai ambil barang terlarang. Nanti benda tu juga yang akan memakan diri kau." Nasihat Fahim.

"Ya, aku tau. Aku cuma streslah, Him." Ahmad meraup wajahnya.

"Kau dah putus dengan Fisya?" Tanya Fahim.

Soalan itu diangguk Ahmad sebagai jawapan.

"Aku dah cakap kat kau kan yang Fisya tu curang dengan kau selama ni. Tapi kau tak percaya. Nak berbuih mulut aku ni nasihat, tak nak juga dengarnya. Hah kan dah mendapat sekarang." Bebel Fahim.

"Kau tau ke dia curang dengan Irsyad selama ni?" Tanya Ahmad.

Fahim mengangguk tanpa rasa bersalah.

"Aku tau dia curang dengan Irsyad. Fathi pun tau juga. Tapi kau juga yang cakap kan, selagi kau tak nampak dia curang, kau takkan percaya. So now dah terbukti dah pun kan?" Terang Fahim.

"Sorry, Him. Aku tak percaya cakap kau selama ni." Pinta Ahmad.

Fahim tergelak dengan kelakuan kawannya itu.

"Tapikan, kau pun tak boleh nak salahkan Fisya 100%. Dia curang dengan kau pun sebab perangai kau juga. Kau layan dia nak tak nak. Panas baran kau tu pula tak boleh bawa bincang. Memang cari lainlah perempuan tu. Irsyad pun kau tau kan? Sweet talker. Memang ngamlah dua ekor tu. Sudahlah, buka buku baru je Mad. Lupakan je Afisya." Pinta Fahim.

Ahmad pula hanya mengangguk tanda respon.

"By the way kenapa kau stres sangat? Bukan kau tak suka Fisya ke selama ni? Kau couple dengan dia pun sebab kesiankan dia je kan?" Tanya Fahim.

"Aku bukannya stres sebab dia." Jawab Ahmad perlahan.

"Habis tu?"

"Aku cuma serba salah dengan Hawa. Aku marahkan dia even dia tak ada kena mengena pun antara kisah aku dan Afisya. Aku marah bila dia tak back up aku tapi dia makin marahkan aku. Aku rasa macam aku pula yang bersalah selama ni." Jelas Ahmad panjang lebar.

Fahim ternganga mendengar penjelasan Ahmad.

"Apa susah, kau minta maaf je dengan Hawa tu. Aku tau dia bukan pendendam. Dia tu baiklah. Kau jangan risaulah." Kata Fahim lalu merangkul kuat bahu kawannya itu.

"Kalau dia tak maafkan aku macam mana?" Tanya Ahmad.

"Kau jangan risaulah, dia maafkan kau punya nanti. Kau bagi jelah hadiah apa-apa kat dia. Eloklah mood makcik tu nanti." Fahim mula meyakinkan Ahmad.

"And sebab tulah aku suruh kau buka buku baru tadi. Cipta buku baru antara Ahmad Izuan dan Siti Hawa. Pergh meletop!" Sambung Fahim lagi sambil tersenyum senget.

Ahmad berkerut mendengar mendengar kenyataan lelaki itu.

"Apa maksud kau?"

Fahim memandang Ahmad sambil tersenyum penuh makna.

"Kau suka Hawa kan?"

Ahmad terdiam mendengar soalan cepumas daripada rakannya itu.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now