3 Tahun Kemudian...
Kelihatan seorang wanita sedang sibuk mengemas rumahnya. Sedang dia mengelap satu persatu bingkai gambar, matanya tertancap pada bingkai gambar perkahwinan miliknya.
Bibir merahnya melakar senyuman mekar apabila melihat foto perkahwinan mereka yang diambil 2 tahun lepas.
FLASHBACK...
Pantai Batu Buruk, Terengganu.
"Sempat eh awak singgah sini lepas balik dari kem." Ujar Hawa kepada Ahmad.
"Mestilah sempat sayang. Untuk buah hati pengarang jantung saya, semuanya sempat." Balas Ahmad sambil tersenyum lebar.
"Awak ni tak habis-habis kan dengan mulut manis tu." Ahmad hanya tertawa besar mendegar kata gadis itu.
"Maaf tau sebab lately ni saya busy sikit. Kena training budak-budak untuk tournament akan datang. Ni pun saya curi- curi masa sikit nak jumpa awak."
"Tak apa, awak. Saya faham."
Keadaan di antara mereka agak senyap buat seketika.
"Erm, awak. Sebenarnya saya dah lama nak tanya ni." Hawa memulakan perbualan.
"Tanya apa? Tentang video dalam kamera tu?" Teka Ahmad.
"Yup! Saya dah lama nak tanya. Sebenarnya apa awak nak cakap lagi kat saya?" Tanya Hawa sungguh-sungguh.
Ahmad tersenyum meleret.
"Tekalah. Tak best lah kalau bagitau terus."
Hawa sudah menarik muka.
"Ish manalah saya tau. Bagilah clue sikit."
"Okay, clue dia ada 8 huruf. In english ya."
Hawa sudah tersenyum suka.
"Eleh, senang je. I love you, kan? Cliche lah awak ni. Ni mesti guna lagu 8 letters tu kan?"
"Salah."
Hawa tercengang kerana jawapannya salah.
"Takkan I hate you?" Jawab Hawa perlahan.
Ahmad tertawa perlahan melihat telatah gadis ini. Comel betul.
"Bukan, sayang." Katanya lagi lalu bangun.
Sebatang kayu di ambil lalu diukir ke atas pasir.
B E M Y W I F E
Hawa memandang tulisan itu tanpa berkedip.
"Siti Hawa, be my wife."
Serta merta Ahmad melutut lalu mengeluarkan sebuah kotak baldu. Terdapat sebentuk cincin emas di dalamnya lalu dihulurkan kepada Hawa.
Lidah Hawa ketika itu begitu kelu sehingga tidak boleh berkata. Hanya air mata kegembiraan sebagai balasan. Cincin itu diambil lalu disarungkan ke jari manisnya.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Teen Fictionqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...