"Ahmad!"
Ahmad berpaling apabila namanya diseru oleh seseorang.
Buk!
Tanpa amaran, satu layangan tumbukan hinggap di pipi kirinya. Ahmad yang masih terpinga-pinga sudah jatuh terduduk.
"Hazim, kau dah gila ke?!" Jerit Hawa sambil menarik lelaki itu jauh daripada Ahmad.
"Aku ke kau yang gila? Hah Hawa?! Jantan ni dah pukul kau dulu, and sekarang kau masih boleh jumpa dengan dia ni lagi?"
Pandangan mata Hazim menikam Ahmad yang masih lagi terduduk di atas pasir.
"Lawanlah pengecut! Kau ingat aku takut ke? Kalau dengan perempuan bolehlah kau nak tunjuk belang." Tangannya turut merangkul kasar kolar baju t milik Ahmad.
FLASHBACK...
Hazim yang ingin menuju ke dapur terhenti apabila melihat Fahim turut sama di situ bersama Hawa. Telinga cuba mendengar bait-bait perbualan antara mereka berdua.
"Hawa, kau tau kan Ahmad dah berubah? Kau tak nak maafkan dia ke? Untung-untuk korang boleh ke peringkat yang seterusnya pula." Cadang Fahim.
"Ahmad dah berubah? Diorang kenal Hawa ke selama ni?" Hati Hazim berdetik sesuatu.
"Kau merepek apa ni, Fahim? Kau ni tak penat ke asyik nak kena marah dengan aku?" Bebel Hawa.
"Apa? Aku suka tengok korang berdua. Aku ship tau korang berdua ni. Janganlah kecewakan aku." Fahim mula melalut.
"Kau tak ada kat tempat aku, Fahim. Kau tak faham. Kalau kau jadi aku, aku tak rasa kau mampu ke tak nak tengok muka orang yang dah pernah pukul kau. Tak cukup tu, orang tu halau pula kau. So, please. Aku tau apa yang aku buat. Kalau kau rasa kau kawan aku, tolong jangan masuk campur urusan aku."
"Ahmad pukul Hawa? Halau? Apa semua ni? Sebab ni ke Hawa pindah balik Terengganu dulu?"
Genggamannya digenggam penuh amarah. Hatinya sudah panas mendengar apa yang didengarinya itu."Ahmad Izuan, kau tunggu."
END FLASHBACK...
Buk!
"Ni sebab kau pukul Hawa!"
Buk!
"Ni sebab kau halau dia. Kau ingat dia binatang ke setan?!"
Hazim bagai sudah gila menumbuk Ahmad. Manakala Ahmad seakan redha dengan apa yang terjadi. Dia tahu dia layak mendapat semua ini.
"Hazim, sudahlah. Semua tu benda lama. Aku dah tak nak ingat lagi."
Hawa kembali menarik lengan Hazim menjauhi Ahmad. Dia takut melihat keadaan sepupunya yang sebegitu rupa. Dan dia juga takut Ahmad akan melawan dan belasah Hazim dengan lebih teruk.
"Tak, aku kena ajar mamat tak guna ni betul-betul. Biar dia menyesal dengan apa yang dia dah buat." Kata Hazim masih lagi tidak berpuas hati.
Baru sahaja Hazim ingin menumbuk Ahmad semula, kepalanya sudah terteleng ke tepi akibat tamparan Hawa.
"Cukup, Hazim! Kau nak bunuh dia ke?! Apa yang terjadi antara kitorang semuanya benda lama. Aku dah tak nak ingat lagi. And please, aku tak suka kau masuk campur urusan aku. Just stop, please." Rayu Hawa sambil menahan tangis.
Langkah dibawa membantu Ahmad yang terbaring sakit itu bangun. Bersusah payah lelaki itu ingin mengimbangkan badannya.
Dia tidak tahu mengapa dia berasa sakit apabila melihat Ahmad disakiti sebegitu rupa.
Ya, betul dia masih lagi marahkan lelaki itu. Namun, dia masih ada lagi rasa prihatin terhadap lelaki itu. Kerana baginya, perkara lama itu tidak perlu lagi diungkit kembali.
Dalam diam Hazim memerhati perilaku Hawa terhadap Ahmad.
"Kau bernasib baik Hawa ada kat sini. Kalau tidak, aku tak rasa kau mampu bernafas lagi esok. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Pergi dari sini. Jangan dekati keluarga aku lagi." Katanya lalu pergi dari situ dengan penuh amarah.
Hawa yang melihat hanya mampu mengeluh. Kaki dibawa menuju ke sebuah pondok terdekat.
"Awak duduk sini kejap. Saya nak ambil air dengan kain. Bersihkan luka awak tu dulu. Nanti mak dengan ayah banyak tanya pula."
Ahmad hanya mengangguk mendengar arahan Hawa itu. Sesekali dia berdecit sakit apabila menggerakkan rahangnya. Kuat betul tumbukan Hazim itu tadi.
Tidak lama kemudian, Hawa kembali bersama sebuah mangkuk berisi air dan juga kain.
"Nah, bersihkan luka awak tu." Katanya sambil menghulurkan sehelai kain lembap.
"Terima kasih, Hawa."
Keadaan antara mereka hanya senyap ketika itu. Mereka berdua seakan melayan perasaan sendiri.
"Saya minta maaf bagi pihak Hazim ya Ahmad. Saya tak sangka dia boleh mengamuk macam tu sekali. Saya tak tahu macam mana dia boleh tahu tentang tu." Pinta Hawa sekian lama.
"Tak, Hawa. Saya memang layak dapat semua ni. Semua ni balasan atas apa yang saya dah buat pada awak dulu. Saya tak kisah." Bibir Ahmad mengukir senyuman pahit. Perit bibirnya akibat ditumbuk tadi.
Hawa melihat Ahmad dalam diam. Lelaki di hadapannya ini sangat berbeza dengan lelaki yang pernah dia kenal dahulu. Ahmad yang ini sangat matang berbanding dahulu.
"Kenapa awak tak lawan?" Entah mengapa dia ingin bertanyakan soalan itu.
Bukankah Ahmad Izuan yang dikenalinya itu panas baran?
Ahmad menggeleng tanda membalas.
"Buat apa saya nak lawan? Dah terang-terang memang salah saya, kan? Lagipun sekarang ni saya dah boleh kawal panas baran saya. Jadi, tak perlulah saya susah payah nak berlawan. Buat penat je." Jelas Ahmad sambil tertawa kecil.
Hawa turut sama tersenyum kecil mendengar celoteh lelaki itu. Dia akui selama beberapa hari lelaki ini berada di sini, sedikit sebanyak hatinya telah terubat dengan sikap Ahmad.
Namun, kadangkala fikirannya mengingatkan semula bahawa dia tidak patut menyimpan perasaan terhadap lelaki di hadapannya ini. Jadi, biarlah dia simpan perasaannya ini tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dah puas tengok saya?" Kata-kata Ahmad menyentak lamunan Hawa.
"Hah? Ma..mana ada saya tengok awak." Pandangan dihala ke hadapan tidak mahu memandang Ahmad.
Ahmad tersenyum dalam diam melihat Hawa yang sedang menahan malu.
"Tengoklah saya puas-puas. Esok saya dah tak ada kat sini. Jangan demam sebab rindu saya pula tau. Hahahaha." Pecah tawa Ahmad apabila mendapat cubitan daripada Hawa.
"Jangan nak perasanlah! Saya tak kisah pun awak nak pergi mana." Bentak Hawa.
Ahmad semakin galak mengenakan Hawa. Memori ini akan di simpan rapi dalam kotak fikirannya. Kerana dia takut, dia tidak akan merasa lagi peristiwa sebegini pada masa hadapan.
"Esok pagi saya dah gerak balik. InsyaAllah kita jumpa lagi ya. Awak jaga diri tau. Jaga hati, jaga mata sekali. Jangan gatal-gatal tau. Erm, saya tak kisah kalau awak tak dapat balas perasaan saya. Sekurangnya saya dah luahkan semuanya pada awak. Dah tak ada lagi beban dalam hati saya ni. Saya cuma takut saya tak sempat nak jumpa awak lagi nanti, Hawa." Luah Ahmad.
Hawa berkerut mendengar kata-kata Ahmad yang seakan bermakna tersirat.
"Awak jangan nak merepek boleh tak? Kita boleh je jumpa lagi lepas ni. Saya ada je kat sini. Lagipun kita masih kawan, kan?"
Ahmad tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Saya cintakan awak, Hawa." Luah Ahmad buat sekian kalinya.
Hawa terdiam sambil membalas renungan Ahmad padanya.
'Saya cintakan awak juga, Ahmad.'
Namun, hanya hatinya yang membalas.
Tbc
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Teen Fictionqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...