15 - Bayar atau Pergi

237 9 3
                                    

❗❗❗ CAUTION ❗❗❗
BAB INI MENGANDUNGI KANDUNGAN CARUTAN YANG BERLELUASA.
MOHON TIDAK MENIRU AKSI INI DI RUMAH.
READ BY YOUR OWN RISK.
THANK YOU ^^

Flashback...

"Kau tak nak turun rehat ke, Hawa?" Tanya Qamariah.

Dia dan Aisyah sudah bersiap-siap untuk ke kantin memandangkan waktu rehat sudah bermula.

"Hm tak apalah. Korang pergilah. Aku nak stay sini je." Jawab Hawa.

"Kau tak simpan duit nak beli kamera baru, kan?" Tanya Aisyah pula.

Hawa pantas menggeleng.

"Eh, taklah. Pagi tadi aku dah sarapan. Aku kenyang lagi ni."

"Hm, okaylah kalau macam tu. Tapi kalau kau ada nak kirim apa-apa cakaplah. Aku boleh beli kan." Kata Qamariah lagi.

"No, thanks. I'm fine."

Qamariah dan Aisyah hanya mengangguk lalu keluar meninggalkan Hawa berseorangan.

Hilang sahaja dua orang rakannya itu, Hawa pantas mengambil surat yang diberikan oleh Syahril. Hatinya bergelora ingin tahu akan isi kandungan sampul itu.

Sampul surat itu dibuka perlahan-lahan lalu sehelai kertas diambil lalu dibaca.

WRIT SAMAN
MAHKAMAH MAJISTRET
KUALA LUMPUR

ANTARA

AHMAD IZUAN BIN ABU BAKAR

DAN

SITI HAWA BINTI ABDUL SALAM

"Allahu. Saman?" Keluh Hawa.

Apa lagi yang lelaki itu mahukan lagi?

Hawa pantas bangun lalu berlari keluar. Dia perlu berjumpa dengan Ahmad Izuan sekarang ini.

End Flashback...

"Berani eh kau muncul depan aku." Kata Ahmad apabila Hawa berani berjumpa dengannya sekarang ini.

Hawa memandang tepat ke arah Ahmad. Tiada rasa gentar pada dirinya apabila berhadapan dengan Ahmad. Dia hanya mahukan penjelasan daripada lelaki itu.

"Saya tanya ni! Apa ni, Ahmad?!" Jerit Hawa.

Surat di tangannya dicampakkan ke atas lantai. Benci dia melihat senyuman sinis lelaki di hadapannya ini. Kalau ikutkan hatinya ini, mahu sahaja dia menampar wajah itu sekuat-kuatnya.

Ahmad menunduk mengambil surat yang dicampak itu lalu dibacanya. Dia ketawa halus.

"Cepat betul lawyer aku buat kerja." Tawanya lagi.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now