29 - Benci

241 4 1
                                    

Sepang Gold Coast

Hari yang indah buat kedua mempelai, Fathi dan Qamariah berakhir jua akhirnya. Siapa sangka pasangan yang saling membenci pada awalnya berakhir ke jinjang pelamin.

Hawa tersenyum gembira melihat telatah kedua mempelai yang ligat melayan para tetamu. Pasangan itu bergitu sesuai menggayakan busana songket bagi menampakkan lagi keanggunan tradisional pada hari bahagia mereka.

Tanpa dia sedar, bahunya terasa dicuit seseorang.

"Awak, ikut saya kejap." Ajak Ahmad.

Langkah dibawa mengikut kekasih hatinya itu.

"Wah, pantai!" Teruja Hawa dibuatnya.

Ahmad tersenyum simpul melihat senyuman sang kekasih.

"Dah rindu ganu?" Tanya Ahmad.

"Rindu sikitlah." Hawa jeda seketika.

"Tapi, saya lagi rindu kawan-kawan saya lepas ni. Semua dah ada kehidupan masing- masing. Qama dah ada suami, jarang boleh jumpa. Aisyah dan nak kena balik Sabah. Lama lagi boleh jumpa." Luah Hawa.

"Saya kan ada." Balas Ahmad.

"Awak lain, kawan-kawan saya lain. Dua-dua saya sayang."

Ahmad mengambil tempat duduk di sisi Hawa.

"Dah tak ada benci-benci?" Usik Ahmad.

Hawa hanya mampu menjeling.

"Siapa sangka kan, kawan kita berdua tu dulu bukan main benci sesama sendiri. At last, kahwin juga. Jadi betullah orang cakap, jangan benci sangat nanti kahwin." Kata Ahmad.

Dia dapat lihat terpancar kebahagiaan Fathi apabila bersama Qamariah. Lebih-lebih lagi apabila kawannya itu memang hidup sebarang kara. Mujurlah keluarga gadis itu menyambut baik kedatangannya.

"Betul tu. Saya pun pelik sebenarnya. Saya ingatkan antara kitorang bertiga, Aisyah yang akan kahwin dulu. Yelah dia dengan Fahim dulu pun macam belangkas. Last-last orang lain juga."

"Tapi apa yang pasti, saya nampak yang diorang bahagia sangat. Mungkin itu la orang panggil seri pengantin agaknya." Sambung Hawa lagi sambil melayan angin sepoi yang menampar wajahnya.

"Kita berdua ni kalau berbual mesti akan cerita pasal orang lain, kan? Macam masa dulu. Stop cerita tentang orang lain. Saya nak dengar cerita cinta awak pula." Kata Ahmad

Hawa memandang Ahmad.

"Cerita cinta?"

"Ya, awak hutang cerita ni dah 7 tahun tau tak?" Balas lelaki itu.

"Ya. Tell me about your love story. I want to know about it."

Hawa kembali teringat memori lama.

"Oh, tak ada cerita cinta pun. Saya tak pernah bercinta. Bagi saya semua tu macam buang masa. Better kahwin terus. Sudah semestinya halal. Kan?" Jawab Hawa.

Ahmad mengangguk tanda setuju.

"Betul tu betul. So, tunggu apa lagi? Jomlah kahwin." Ajak Ahmad.

Hawa memandang Ahmad tidak percaya. Tak ada angin tak ada ribut, terus ajak kahwin.

"Hawa."

Hawa berpaling apabila namanya disebut.

Kelihatan dua gerangan yang sudah lama dia tidak lihat. Hampir-hampir sahaja dia tidak cam gerangan itu.

"Afisya?"

Tidak semena-mena tubuhnya dipeluk erat oleh gadis atau lebih tepat bakal ibu itu.

"I'm so sorry for everything, Hawa. Maafkan kesilapan I pada you selama ni." Pinta Afisya.

Hawa tersenyum sambil mengusap perlahan belakang tubuh Afisya.

"Saya dah lama maafkan semua orang. Dah-dah jangan sedih-sedih. Nanti baby ni pun sedih tengok mummy dia macam ni." Pujuk Hawa.

Afisya tersenyum kecil sambil mengusap perlahan perutnya yang kian memboyot. Irsyad disampingnya pula sudah memeluk bahu si isteri.

"Congrats bro. Nak jadi ayah dah kau." Ucap Ahmad sekian lama.

"Thanks, Mad. Aku minta maaf..." Belum sempat Irsyad berkata pantas sahaja Ahmad merangkul bahu bidang rakan baiknya itu.

"Kita buka buku baru, Syad. Lupakan apa yang dah jadi sebelum ni. Buang yang keruh, ambil yang jernih." Mereka semua tersenyum apabila persahabatan yang telah lama terputus sudah terikat semula.

"Hah kat sini pun korang! Aku kat sana dah kena basuh periuk, korang boleh relax je kat sini ya." Marah Fahim. Di sisinya setia si sang penjaga hatinya, Aisyah.

Diikuti pula dengan sang mempelai pada hari ini, Fathi dah Qamariah.

"Ooo, kat sini korang rupanya. Puas aku cari." Sambung Fathi pula.

"Wah aku ingat aku yang paling awal kahwin. Irsyad lagi awal daripada kita semua. Dah nak jadi bapak dah eh." Fathi dan Fahim sudah berura-ura ingin belasah Irsyad.

Mereka semua tertawa gembira dengan kehidupan rakan masing-masing.

Bukan itu sahaja, jurugambar turut sama mengambil gambar mereka semua sebagai memori yang bakal dikenang semula.

"Satu, dua, tiga, click."

Kenangan yang buruk pasti disimpan. Kenangan yang manis pasti dikenang sampai bila-bila.

Begitulah kehidupan 4 orang jejaka yang berkawan baik sejak di bangku sekolah sehingga semuanya punya pasangan hidup masing-masing.

Ahmad dan Hawa, Irsyad dan Afisya, Fahim dan Aisyah, serta Fathi dan Qamariah.

dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan

(An - Naba' : 8)

TAMAT

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now