4 - Denda

235 13 58
                                    

Hawa memandang Ahmad lama. Kata-katanya mati apabila mendengar permintaan lelaki itu. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"Err saya..." Belum sempat dia menghabiskan ayat, kedengaran bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudahpun tamat.

'Fiuh, thanks loceng dah selamatkan aku.' Monolognya.

"Tentang soalan awak tu, nanti-nanti jelah saya cerita. Saya masuk kelas dulu. Assalamualaikum." Pinta Hawa tergesa-gesa lalu mengambil bekas plastik makanannya.

Ahmad turut bangun daripada duduk lalu memanggil namanya.

"Hawa!"

Hawa berpaling apabila namanya disebut.

"Kau hutang cerita dengan aku!" Jeritnya.

"Yalah!" Balas Hawa lalu dengan pantas dia menuruni anak tangga untuk ke kelasnya.

Setibanya dia di tingkat 2, secara tiba-tiba Hawa terserempak dengan seorang gadis yang amat berkait rapat dengan Ahmad Izuan.

"Afisya."

"Ada apa you nak jumpa I ni?"

Ahmad bertanya sambil menyelukkan tangan ke dalam poket. Wajah di hadapannya ini dipandang seperti mahu tidak mahu.

"I nak you jelaskan apa hubungan you dengan perempuan kolot tu!" Jerit Afisya geram.

Kini mereka berdua berada di sebuah taman sekolah yang agak tersorok daripada khalayak ramai. Sengaja Afisya ingin menemuinya.

Ahmad berkerut mendengar soalan Afisya itu.

"Perempuan kolot? You cakap tentang siapa ni?" Pelik Ahmad dibuatnya.

"Siti Hawa." Dengar sahaja nama itu, Ahmad terus menarik senyuman senget.

"Kenapa? You jealous ke? Bukan you tak kisah ke I nak berkawan dengan sesiapa pun?" Ahmad menduga.

Afisya tersentak.

"Yes, I do. I tak kisah you nak kawan dengan sesiapa sekalipun. But it's only for boys not girls!" Marah sungguh Afisya apabila melihat senyuman senget yang tidak henti-henti bergayut di bibir lelaki itu.

"Yes, I berkawan dengan Siti Hawa. You pun kalau nak berkawan dengan dia pun apa salahnya, kan? You juga yang cakap siapa kawan I, itu pun kawan you juga." Ahmad memprovok Afisya.

"Me? Hahaha don't be joking, baby. I dengan dia tak setaraf tau, macam langit and bumi." Jelak Afisya.

Ahmad berdecit sinis.

"Listen here. Sekolot-kolot dia, I tahu hati dia suci murni. Tak macam hati you yang dah hitam tu." Dingin Ahmad berkata lalu meninggalkan gadis itu sendirian.

"Ahmad!"

Sengaja dia melanggar kuat bahu Afisya sehingga gadis itu mengaduh.

"Tak guna kau Ahmad. Kau ingat aku ni terhegeh-hegeh sangat ke kat kau? Huh, aku couple dengan kau pun sebab aku nak jealouskan fans kau yang macam monyet tu." Afisya memandang belakang Ahmad yang sudah jauh meninggalkannya itu.

Aisyah dan Qamariah memandang Hawa yang hanya senyap sejak kembali ke kelas setelah waktu rehat telahpun tamat.

"Hawa? Kau kenapa diam je daripada tadi ni? Ada problem ke?" Aisyah mula bertanya.

"Hah? Tak ada apa-apalah." Jawabnya perlahan lalu fikirannya menerawang jauh.

Flashback...

"Afisya."

"What did you call me? Don't you ever call my name like that. Call me miss instead." Pinta Afisya sambil meniup-niup kukunya yang berkilat-kilat itu.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now