Flashback...
"Hai, Ahmad!"
Afisya yang baru sahaja selesai membuat persembahan gimnastik kembali ke bilik rehat khas buat para atlet.
Ahmad yang sedang meneguk air minuman mengalih pandangan ke arah gadis itu. Peluh yang merinik di dahi di lap menggunakan kain yang tersangkut di bahunya.
"Siapa tu?" Ahmad tidak menjawab malah bertanya kepada Fahim di sisi.
"Lah kau tak tau? Teruk betullah kau ni, Mad. Budak famous sekolah pun kau tak kenal. Tu kan anak Dato Zakaria, PIBG sekolah kita." Jelas Fahim.
Ahmad hanya mengangguk lalu memandang ke arah Afisya yang sedang berjalan ke arahnya.
"Hai, I Afisya." Sapa Afisya.
"Ahmad." Sepatah Ahmad menjawab.
"Emm Fahim, tadi I dengar Fathi cari you. Pergilah jumpa dia. Dia dah nak start balapan tu." Kata Afisya.
"Kalau macam tu aku pergi dululah." Fahim yang mengetahui Afisya Seakan menghalaunya terus beredar dari situ.
Ahmad yang ingin berdiri ditahan Afisya.
"Tunggulah dulu. I nak kenal dengan you. I dengar selama ni you tak pernah kawan dengan perempuan. Betulkah?" Tanya Afisya.
"Ada masalah ke kalau I tak ada kawan perempuan? Ada kena mengena dengan you ke?" Tanya Ahmad pula. Berubah air muka Afisya mendengar balasan Ahmad. Wajahnya cuba untuk dimaniskan.
"No. Not at all. By the way Ahmad, you look so handsome today. Lagi-lagi masa you cycle tadi. So sexy and hot." Afisya cuba untuk mengubah topik.
Badannya dirapatkan dengan tubuh tegap lelaki itu. Paha mulusnya yang tidak berlapik sengaja dilagakan dengan paha lelaki itu. Ahmad mengeluh melihat perangai gadis di sisinya ini. Sebegitu sekali ingin menarik perhatiannya.
"You nak apa sebenarnya ni? I tak ada masa sekarang ni. I nak keluar." Baru sahaja Ahmad ingin beredar, lengannya dipaut oleh Afisya.
"I sukakan you. I nak jadi your first love." Begitu selamba Afisya berkata. Dia tahu Ahmad akan terima dirinya.
"Sorry I tak suka terikat dengan sesiapa. By the way, you're not my type." Jawab Ahmad lalu pergi meninggalkan gadis itu berseorangan.
Tercengang Afisya mendengar balasan lelaki itu.
"You tunggu Ahmad. I akan buat you sendiri yang akan tunduk pada I." Dia sudah menyimpan hasrat untuk bersama lelaki bernama Ahmad Izuan.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Novela Juvenilqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...