20 - Hazim

245 6 1
                                    

"Ahmad? Ahmad Izuan, kan?" Hazim bersuara lalu bangun mendekati Ahmad.

Ahmad tersenyum manis lalu berjabat tangan dengan Hazim.

"Ya, akulah ni. Apa kau buat kat sini, Zim?" Tanya Ahmad.

"MasyaAllah macam mana boleh jumpa kau kat sini hahah. Aku orang sinilah, Mad. Orang ganu." Jawab Hazim.

"Lah, ya ke? Eh kenalkan ni kawan aku, Fahim. Kawan sejak zaman sekolah lagi." Ahmad memperkenalkan Fahim kepada Hazim.

"Fahim Nasar. Selamat berkenalan, Hazim." Mereka berjabat tangan sekejap.

"Hazim Arsyad. Partner cycling Ahmad. Selamat berkenalan, Fahim." Jawab Hazim sambil tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya.

"Oh cyclist jugalah ni. Aku pun cyclist juga tapi dululah hehe. Sekarang dah pencen dah." Balas Fahim.

Hazim mengangguk teruja.

"Bolehlah lepas ni kita cycling sama-sama. Kan, Mad?" Hazim memandang ke arah Ahmad.

Ahmad mengangguk tanda setuju.

"Duduklah sekali, Zim. Boleh borak sekali." Ajak Ahmad.

Hazim pun mengambil tempat duduk bersebelahan Ahmad.

"Korang berdua buat apa kat sini? Bercuti ke?" Tanya Hazim.

"Ya. Nak rehat-rehatkan badan. Dah lama sangat kerja, kan?" Jawab Ahmad.

Hazim mengangguk faham.

"Tidur mana malam ni?" Tanyanya lagi.

"Hmm kitorang pun belum cek in hotel lagi. Ada suggestions tak, Zim?" Tanya Fahim pula.

"Hmm, apa kata korang tidur je kat homestay kampung aku. At least korang boleh rasa vibe kampung, kan? Nanti petang-petang aku bawa korang jalan-jalan. Kita pergi mancing kat laut dengan pak ngah aku. Jimat sikit duit, kan. Tapi kalau korang nak lah." Pelawa Hazim.

Ahmad dan Fahim berpandangan seketika.

"Bagus juga macam tu. Aku pun dah lama tak rasa vibe kampung. Kau okay tak, Mad?" Tanya Fahim takut sekiranya Ahmad tidak rasa selesa.

Ahmad mengangguk tanda setuju. Dia bukanlah hairan sangat dengan suasan kampung. Sedangkan dia sendiri pernah menyambung pelajaran di institut ketenteraan. Jadi, itu bukanlah masalah baginya.

"Aku tak kisah. Aku okay je." Jawab Ahmad.

Hazim yang mendengar sudah tersenyum lebar. Dia mencari kelibat sepupunya, Hawa.

"Siti!" Panggil Hazim.

Hawa yang sedang membawa semangkuk cendol itu terhenti apabila melihat keberadaan Hazim di meja makan yang diduduki oleh Ahmad dan Fahim.

"Ish, apa pasal pulalah mamat ni duduk kat situ. Eee masalah betullah!"  Katanya perlahan namun tetap sahaja langkah dibawa ke arah meja tersebut.

"Siti, homestay sebelah rumah kau tu kosong, kan?" Tanya Hazim.

Hawa berkerut.

"Tak taulah. Kenapa?" Jawab Hawa malas mahu layan.

"Tak, sebenarnya kawan aku ni nak tinggal kat sana. Kau tolong tanya kat Mak Ngah kosong tak homestay tu?" Arah Hazim.

Hawa terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

Ahmad dan Fahim mahu tinggal di homestay itu?

Homestay di sebelah rumahnya?

Oh tidak! Dia takkan biarkan perkara ini terjadi.

"Eh, Zim! Homestay tu ada oranglah. Aku baru teringat. Hah orang tu baru sampai semalam. Itu yang aku lupa tu. So, kawan kau tak boleh tinggal sana." Jawab Hawa laju.

Hazim pelik melihat Hawa yang agak kelam-kabut itu.

"Boleh percaya ke kau ni? Ah aku tak percaya. Biar aku tanya mak ngah sendiri." Hazim berura-ura untuk bangun.

"Eh, tak payahlah! Mak aku busylah kat dapur. Jangan kacau dialah! Ish!" Marah Hawa pula.

"Argh aku tak percaya!"

Ahmad dan Fahim hanya mampu menonton pergaduhan tanpa mahu masuk campur. Takut tak pasal-pasal mereka pula yang kena.

Mak Idah yang mendengar kekecohan yang berada di luar itu segera keluar dari dapur.

"Kenapa ni kakak? Hazim, apa yang kecoh sangat ni?" Tanya Mak Idah.

"Siti ni mak ngah. Dia yang kacau Zim dulu." Bela Hazim.

Hawa yang mendengar hanya mahu mencarut namun ditahan sahaja. Jelingan tajam diberikan kepada sepupunya.

"Oh mak ngah, Zim nak tanya homestay sebelah rumah tu kosong tak? Kawan-kawan Zim nak tinggal sana buat sementara waktu ni." Kata Hazim.

Ahmad dan Fahim memandang Mak Idah sambil tersenyum.

"Tak apa kalau homestay tak ada kosong, makcik. Kami boleh cari tempat lain. Tak perlu susah-susah." Kata Ahmad penuh hormat.

"Hmm kalau tak silap homestay tu kosong lagi. Sekejap mak ngah bagi kamu nombor telefon tuan rumah homestay tu." Kata Mak Idah.

Hazim mengangguk bersetuju.

"Nah ini dia nombornya. Cuba kamu telefon tuan rumah tu, Zim." Kata Mak Idah lalu menghulur sekeping kertas.

"Baik, mak ngah." Hazim berlalu pergi.

"Siapa nama anak berdua ni?" Tanya Mak Idah.

Ahmad dan Fahim tersenyum lalu menyalam tangan tua itu.

"Saya Ahmad, ini kawan saya Fahim. Kami dari Selangor sebenarnya ingatkan nak datang bercuti. Maaf sebab menyusahkan makcik pula ya." Kata Ahmad disetujui Fahim.

"Panggil je Mak Idah. Tak susah mana pun Ahmad, Fahim. Selamat datang ke Terengganu ya Mak Idah ucapkan." Ucap Mak Idah.

Hawa yang sedang mengelap meja di belakang hanya memandang mereka yang sedang berbual itu tanpa niat untuk mendekati.

"Kalaulah mak tau perangai sebenar dia tu hm dah kena halau dah aku rasa." Katanya perlahan.

"Homestay yang kamu nak duduk ni sebelah rumah Mak Idah je. Nanti kalau ada masa lapang jemputlah datang rumah, kita makan tengah hari sekali ya Ahmad, Fahim." Ajak Mak Idah penuh ramah.

"Eh, susah-susah je Mak Idah ni. Segan pula kami hehe." Sampuk Fahim.

Mak Idah tersenyum suka dia melihat kesopanan anak muda bernama Ahmad dan Fahim ini. Matanya mencari anak gadisnya.

"Kakak! Kakak mari sini, kenal dengan kawan Abang Hazim ni."

Hawa yang mendengar pantas menggeleng laju.

"Kakak ada kerjalah mak kat belakang tu" Baru sahaja dia hendak pergi pantas lengannya dipaut oleh ibunya. Geram sungguh dia dengan perangai ibunya seorang ini.

"Kenalkan anak sulung Mak Idah. Siti Hawa namanya. Orang kat sini panggilnya Siti." Mak Idah memperkenalkan Hawa kepada Ahmad dan Fahim.

Ahmad yang mendengar pantas mengangkat mukanya memandang Hawa. Mata bulat milik gadis itu direnung lama cuba untuk memastikan adakah ini gadis yang dicari selama ini. Namun, pelitup muka yang dipakai gadis itu menyukarkan pandangannnya.

Ahmad tersedar apabila dicuit oleh Fahim.

"Ehem, saya Ahmad. Ahmad Izuan." Katanya lalu tersenyum memandang Hawa.

Hawa hanya menundukkan pandangan tidak mahu melihat jejaka itu.

"Kakak pergi dulu, mak." Pintanya lalu berlalu pergi.

Mak Idah hanya mampu menggeleng. Serba salah melihat layanan dingin Hawa terhadap Ahmad.

"Maaf ya, nak. Siti memang pemalu sikit. Dia jarang bergaul dengan lelaki, itu yang segan agaknya." Pintanya.

"Eh, tak apa Mak Idah. Kami faham." Kata Fahim sambil menilik ke arah Ahmad yang masih kaku di tempatnya. Mata lelaki itu masih lagi mencari sosok gadis itu.

Sekali lagi Fahim mencuit bagi menyedarkan Ahmad lalu menggeleng perlahan.

Ahmad yang faham hanya mengangguk akur.

'Itu bukan Hawa, Mad.' Hati kecilnya bersuara.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now