Sudah hampir satu jam Qamariah menunggu kelibat tunangnya. Panggilan sudah berkali-kali dibuat, namun tidak berangkat. Mereka sudah terlambat untuk mengambil busana perkahwinan mereka.
Hawa dan Aisyah hanya mampu melihat kawannya itu yang sudah mundar mandir menunggu kedatangan Fathi. Bukan sahaja batang hidung, bayang lelaki itu pun tidak muncul-muncul.
"Janganlah risau, Qama. Mungkin jalan jem agaknya." Pukul Aisyah.
"Aku cuma risau kalau, hah panjang umur."
Ikon hijau ditekan untuk menjawab panggilan.
"Awak kat mana ni?!" Marah Qamariah.
"Apa?! Okay-okay saya datang sekarang."
Pantas dia mendapatkan dua orang kawannya itu.
"Hawa, Ahmad kat hospital sekarang."
Hawa terjeda mendengar kata-kata kawannya itu.
•
Hospital Besar, Selangor.
Langkah dibawa menuju ke arah kaunter.
"Saya nak jumpa Ahmad Izuan." Pantas Hawa berkata.
Staff hospital itu sudah terpinga-pinga.
"Hawa, Ahmad kat tingkat 5. Jom." Aisyah memegang erat tangan Hawa yang sudah seperti hilang punca kehidupan.
Setibanya di tingkat, sebuah lorong dilalui. Terpacul wajah Fahim dan Fathi di luar wad hospital.
Tanpa memikirkan mereka semua yang berada di situ, pantas Hawa masuk ke dalam wad yang menempatkan Ahmad.
"Ahmad..."
Pecah tangisnya apabila melihat seorang lelaki sedang terlantar di atas katil. Sebelah kakinya sudah berbalut akibat patah.
"Maafkan saya. Saya tak patut buat awak macam ni. Saya minta maaf, Ahmad. Saya dah lama maafkan awak." Tangisannya sudah tidak mampu ditanggung lagi.
Matanya ditutup tidak sanggup melihat keadaan lelaki di hadapannya ini.
"Saya cintakan awak, Ahmad." Luah Hawa akhirnya.
"Hawa?"
Hawa hairan apabila mendengar suara yang begitu tidak asing dari arah belakangnya.
"Awak okay?"
Matanya terbuntang luas apabila melihat gerangan Ahmad Izuan di hadapannya ini. Lelaki itu hanya sihat sejahtera tanpa sebarang kecelakaan.
"Ahmad?"
•
Pecah tawa milik Ahmad kedengaran di sekitar taman hospital. Lelaki itu menyeka air mata yang keluar sambil melirik ke arah gadis di sebelahnya itu.
"Argh, malunya!!" Hawa menjerit sambil menekup mukanya.
Rupa-rupanya anak buah Ahmad yang masuk hospital disebabkan kemalangan sewaktu berlatih berbasikal. Dan bukannya lelaki itu yang cedera.
"Sayang juga eh awak kat saya." Usik Ahmad lagi.
Hawa pantas bangun ingin meninggalkan lelaki itu namun dihalang.
"Awak tak rindu saya ke? Saya rindu awak sangat, Hawa." Tutur Ahmad.
"Kalau saya tak rindu, tak ada maknanya saya nak datang sini semata-mata nak jumpa awak tau tak?" Berang Hawa dibuatnya.
Ahmad senyum simpul lalu bangun berdiri berhadapan dengan Hawa.
"Saya dah tau awak datang sini malam tadi. Hazim dah bagitau saya semuanya. Tapi saya tak nak dengar daripada mulut orang. Saya nak dengar daripada tuan badan sendiri."
Hawa melarikan anak matanya daripada melihat wajah tampan milik Ahmad.
"Dengar apa?"
"Yang tadi awak cakap tu. Sekarang ni saya kan ada kat depan awak. Cakaplah." Pujuk Ahmad.
"No, saya nak balik." Baru sahaja Hawa ingin beredar, Ahmad sudah menggunakan kuasa vetonya.
"Awak ingatkan haritu saya minta ganjaran lain sebagai balasan sebab dah tolong adik awak. Jadi sekarang, saya nak awak cakap balik apa yang dah cakap tadi pada saya."
Hawa mendengus perlahan lalu berpaling menghadap Ahmad yang jauh lebih tinggi daripadanya.
"Saya cakap saya cintakan awak, Ahmad Izuan. Saya cintakan awak sejak zaman sekolah lagi, cuma saya tak berani nak luahkan. Sebab saya takut cinta saya bertepuk sebelah tangan." Luah Hawa.
Ahmad yang mendengar sudah tersenyum lalu merapat.
"Awak tak bertepuk sebelah tangan, sayang. Saya cintakan awak daripada dulu, sekarang dan selamanya."
Hawa mendongak memandang Ahmad. Terpancar sinar kejujuran dalam kata-kata lelaki itu. Lama mereka berpandangan sebelum ada beberapa tepukan dari arah belakang.
"Bravo! Bravo! Kisah cinta 7 tahun bersemi semula akhirnya." Girang Fahim.
"Ehem, ingat sikit weekend ni aku yang kahwin tau. Korang kena ikut turn, faham?" Ujar Fathi disambung gelak tawa mereka semua.
Dengan itu, secara tidak langsung Siti Hawa sudah menjadi kekasih kepada Ahmad Izuan.
Tbc
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Novela Juvenilqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...