14 - Dendam

204 7 2
                                    

Dua minggu telah berlalu. Selama dua minggulah kelibat Ahmad Izuan langsung tidak kelihatan di sekolah. Dan selama itu jugalah Siti Hawa berasa tenang dan aman tanpa diganggu oleh lelaki itu. Namun pada hari ini, mungkin segalanya akan berubah.

Hawa yang sedang bersiap untuk ke sekolah memandang ke arah pantulan dirinya pada cermin. Wajahnya ditilik buat kali terakhir. Setelah selesai, pantas sahaja dia turun ke bawah.

Sunyi sahaja rumahnya itu. Pasti makciknya sudah bergerak ke tempat kerja. Hawa terus sahaja keluar dari rumah.

Baru sahaja dia hendak mengunci pintu pagar, terdapat sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Tingkapnya turut sama gelap sehingga dia tidak dapat melihat gerangan yang berada di dalam kereta mewah tersebut. Keningnya berkerut pelik. Kereta itu begitu asing pada pandangannya.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki segak bersut hitam keluar lalu bergerak ke arahnya. Hawa mula menjauh apabila lelaki asing itu mendekatinya.

"Jangan takut, Cik Hawa. Saya datang ni bersebab." Ramah lelaki itu berkata.

"Macam mana awak boleh tau nama saya? Saya tak kenal awak ni siapa." Jawab Hawa.

Tolonglah jangan kacaunya. Dia mahu ke sekolah dengan aman.

"Ya, cik memang tak kenal saya. Tapi cik kenal tuan saya. Tuan saya minta saya hantar cik ke sekolah pada hari ni. Mari, cik." Ajak lelaki itu lalu terus mengambil beg di tangan Hawa.

"Eh, siapa tuan awak?! Saya tak kenallah! Pulangkan balik beg saya! Kalau tak, saya jerit!" Jerit Hawa. Tangannya digempal seperti gaya menumbuk.

Lelaki itu tergelak melihat gelagat gadis muda di hadapannya ini.

"Kelakarlah Cik Hawa ni. Kalau cik jerit, ingat ada yang dengar ke? Okay-okay, saya janji saya akan hantar cik dengan selamat. Cik jangan risau, ya. Cik boleh percayakan saya." Katanya lagi bagi meyakinkan Hawa. Pintu penumpang belakang di buka.

Hawa terdiam sejenak. Jam di tangan ditilik. Sudah hampir pukul 7. Dia sudah terlambat! Dia tiada cara lain untuk lari. Setelah berfikir masak-masak, dengan langkah terpaksa, dia menuju ke arah lelaki itu. Namun, genggaman tangan masih tidak dilepaskan.

"Cik, janganlah tumbuk saya. Takut saya." Katanya lalu tertawa halus.

Hawa hanya menjeling lalu masuk ke dalam kereta mewah itu. Lelaki itu turut masuk ke tempat duduk pemandu lalu memulakan pemanduannya.

"Awak jangan bawa saya pergi tempat lain. Kalau tak, saya call polis." Ugut Hawa.

Lelaki itu melihatnya melalui pantulan cermin pandang belakang.

"Cik jangan risau, ya. Saya baik." Jawabnya.

"By the way, saya Syahril."

Lelaki itu hanya tersenyum kecil apabila gadis itu tidak mengendahkannya.

Sampai sahaja di sekolah, kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pagar. Syahril pantas keluar lalu membuka pintu buat Hawa.

"Silakan, cik." Jemputnya.

Hawa pantas sahaja berlalu keluar tanpa mengucapkan ucapan terima kasih. Baru sahaja hendak beredar pantas dirinya ditahan.

"Nanti dulu cik, saya ada nak bagi sesuatu." Sekeping sampul surat dihulurkan.

Hawa menaikkan keningnya pelik.

"Surat apa pula ni?" Belum sempat dia membuka, pantas Syahril menghalangnya sekali lagi.

"Lebih baik cik buka nanti sahaja. Jangan buka sekarang, ya. Hm anyway saya pergi dulu. Jaga diri and good luck, Cik Hawa." Ucap Syahril lalu masuk kembali ke dalam kereta.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now