24 - Hadiah

206 5 1
                                    

"Assalamualaikum!"

Kedengaran salam diberi. Hawa menapak keluar dari dapur gerai makan keluarganya. Kelihatan ayahnya bersama Ahmad sedang mengangkat peti berisi sotong.

"Wah banyaknya sotong, ayah!" Teruja Hawa lalu membantu mereka berdua.

"Adalah sikit. Rezeki mencandat hari ni. Dah pergi beri pada ibu kamu. Suruh dia buat sotong celup tepung petang ni." Arah Pak Salam.

"Baik, yah." Sekilas Hawa memandang ke arah Ahmad. Apabila pandangan mereka bertemu, terus sahaja dia menunduk lalu masuk ke dalam dapur.

"Duduk, Mad. Mesti kamu penat kan? Tak apa sekejap lagi kita makan celup tepung. Sedap tu makcik kamu buat." Ramah Pak Salam berkata.

Ahmad mengangguk lalu mereka mengambil tempat duduk.

"Pandai juga ya kamu mencandat sotong tadi? Terpegun juga pakcik tengok kamu tadi." Puji Pak Salam lagi.

"Haha saya biasa je pakcik nak bandingkan dengan master macam pakcik. Bila pakcik candat tadi terus dapat 3 ekor. Memang gempak. Saya tabiklah." Balas Ahmad.

Mereka berdua ketawa lalu menyambung perbualan mereka. Hawa yang sedang membersihkan sotong itu melihat mereka daripada jauh.

"Mesra betul." Katanya perlahan.

"Kan?" Hawa tersentak melihat Fahim yang sudah berdiri di sisinya sambil menikmati ais krim.

"Suka betul Pak Salam kat Ahmad kan?" Sambung Fahim lagi.

Hawa menggeleng sebagai balasan kepada soalan itu.

"Malas aku nak layan kau."

"Hawa, kau tau kan Ahmad dah berubah? Kau tak nak maafkan dia ke? Untung-untuk korang boleh ke peringkat yang seterusnya pula." Cadang Fahim.

Hawa mengeluh kasar.

"Kau merepek apa ni, Fahim? Kau ni tak penat ke asyik nak kena marah dengan aku?" Bebel Hawa.

"Apa? Aku suka tengok korang berdua. Aku ship tau korang berdua ni. Janganlah kecewakan aku." Fahim mula melalut.

"Kau tak ada kat tempat aku, Fahim. Kau tak faham. Kalau kau jadi aku, aku tak rasa kau mampu ke tak nak tengok muka orang yang dah pernah pukul kau. Tak cukup tu, orang tu halau pula kau. So, please. Aku tau apa yang aku buat. Kalau kau rasa kau kawan aku, tolong jangan masuk campur urusan aku." Balas Hawa panjang lebar sehingga mampu membuat Fahim senyap seribu bahasa.

"Aku minta maaf, Hawa. Aku tak bermaksud..."

"Tak apa. Dah kau pergilah duduk kat depan dulu. Aku ada kerja nak buat ni." Kata Hawa lalu meninggalkan Fahim terkulat-kulat di situ.

Pada petang itu, cuaca di Pantai Batu Buruk itu amat sesuai untuk pengunjung beriadah. Di tambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa juga dapat menyejukkan persekitaran di situ.

Jadi, tidak hairanlah jika begitu ramai pengunjung yang datang pada petang itu. Ada yang sibuk bergambar. Ada juga yang sibuk menikmati juadah makanan di pelbagai jenis gerak makanan di situ.

Begitu juga dengan Ali yang sedang sibuk bermain dengan layang-layang miliknya. Sungguh aktif remaja lelaki itu berlari berulang alik ke sana sini.

Hawa pula hanya melihat adiknya itu daripada jauh. Sebatang kayu besar dijadikan tempat duduk. Sambil-sambil itu dia menikmati pemandangan pada petang itu.

"Ehem, boleh saya duduk sini?" Satu suara garau datang menegur.

Hawa mendongak memandang gerangan tersebut.

"Hmm kalau saya tak bagi pun, awak still duduk kan?" Jawab Hawa.

Ahmad tersenyum lalu mengambil tempat duduk di sisi Hawa.

"Cantikkan pemandangan petang ni." Kata Ahmad.

Hawa mengangguk setuju.

"Pemandangan petang kat sini memang cantik. Sebab tu tak hairan kalau kau sini memang ramai orang. Semua orang akan tunggu matahari terbenam, sebab pemandangan ya cantik sangat." Luah Hawa.

Ahmad berpaling melihat sisi wajah Hawa yang tenang menikmati angin laut itu.

"Cantik. Cantik sangat macam awak." Katanya tanpa sedar.

Hawa tersentak lalu berpaling menghadap Ahmad.

"Ceh such a sweet talker." Hawa memutuskan pandangan mereka.

"Apa? Betul apa saya cakap? Ciptaan Allah SWT semuanya cantik-cantik belaka. Salah satunya awaklah." Puji Ahmad.

"Jangan nak mengarutlah, Ahmad." Malas Hawa mahu melayan sikap Ahmad.

Sejak bila entah lelaki dingin seperti Ahmad ini sudah beetukar menjadi lelaki gula?

"Em Hawa saya tau yang awak takkan maafkan saya. Tak apa saya rela. Sebab saya lebih rela tak dapat kemaafan daripada awak daripada tak dapat tengok muka awak lagi." Luah Ahmad pula.

Tangannya menghulur sebuah beg berisi kotak kepada Hawa.

"Apa ni?" Tanya Hawa.

"Ambillah. Sebagai tanda kemaafan saya."

Beg itu bertukar tangan. Hawa melihat isi dalam beg itu. Terdapat sebuah kamera Nikon edisi terkini. Kamera yang ini lebih canggih jika ingin dibandingkan dengan kamera lamanya yang sudah rosak itu.

"Ahmad, saya tak boleh terima hadiah ni." Beg itu diberi semula kepada Ahmad.

"Tak, ini awak punya. Awak ambillah. Esok saya dah nak balik Selangor. Sekurangnya kalau kamera ni ada dengan awak, terubat sikit rindu awak pada saya nanti. Auch sakit." Lengannya yang dicubit itu digosok.

"Mengadanya. Kamera ni mahal tau tak? Tak sesuai dengan saya. Saya tak boleh terima hadiah ni. Awak ambillah."

"Kalau awak rasa kamera ni mahal, awak simpanlah baik-baik. Sebab semahal itulah cinta saya pada awak, Hawa." Balas Ahmad.

Belakang lehernya digosok bagi mengurangkan gusar di hati.

"Saya ni tak malu kan? Confess kat orang yang tak suka saya. Tapi tak apa, at least saya dah luahkan isi hati saya. Walaupun dah kena reject hehe." Kata Ahmad lalu menunduk melihat pasir putih di kaki.

Hawa mula berasa serba salah.

"Ahmad, saya..."

"Ahmad!"

Belum sempat Hawa ingin menyambung katanya, jeritan seseorang menghentikan perbuatannya.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now