27 - Sayang

248 5 0
                                    

23.45 pm, Selangor.

Akhirnya, pacuan empat roda milik Hazim sudah tiba negeri kelahiran Ahmad Izuan. Keretanya itu diparkir di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat.

"Hawa, kita dah sampai ni." Kejut Hazim.

Hawa yang sedang nyenyak tidur tersedar. Pandangannya yang kabur kembali jelas. Mulutnya dikatup apabila ingin menguap.

"Ni rumah kawan kau, kan? Bukan rumah Ahmad, kan?" Tanya Hazim.

Tidak semena-mena bahu bidangnya dipukul kuat oleh Hawa.

"Ni rumah kawan aku lah! Aku masih boleh bezakan halal dan haram ya, Encik Hazim."

"Yalah. Mana tau kau tu dah angau sangat dengan Ahmad tu. Aku tau korang kahwin, eh. Kalau tak siap." Bebel Hazim.

"Eh, daripada kau bebel-bebel ni baik pergi ambilkan beg aku." Arah Hawa.

Hazim berdecit namun tetap sahaja keluar daripada keretanya.

Telefon pintar Hawa ambil lalu panggilan dibuat.

Kring kring

Qamariah yang sedang lena tidur terganggu.

"Aduh, siapalah yang call sekarang ni?! Kacau betullah. Hello?!"

"Hah?! Siti Hawa?!" Jerit Qamariah kuat lalu terjun dari katilnya.

Tingkap dituju, kelihatan Hawa di bawah bersama seorang lelaki. Betullah itu kawan baiknya. Tanpa fikir panjang, bilik Aisyah dituju.

"Aisyah! Hawa datang!" Jeritnya sambil membetulkan tudung sarungnya.

Pintu bilik Aisyah terbuka, terpampang wajah mengantuk gadis itu.

"Apa kau merepek ni? Dia kat Terengganu kan? Hujung minggu dia baru datanglah. Pergi tidurlah Qama, aku mengantuk ni."

Baru sahaja Aisyah hendak masuk ke dalam bilik, pantas lengannya itu ditarik Qamariah.

"Aku tak merepeklah. Dia kat depan tu hah." Langkah dituju ke pintu utama.

"Hawa!" Berlari Qamariah ke arah Hawa.

Tubuh genit itu dipeluk erat kerana sudah lama mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu majlis pertunangannya dengan Fathi.

Hawa membalas sambil tersenyum kecil.

"Aku nak juga!" Aisyah turut berlari ke arah mereka berdua.

Mereka bertiga berpelukan sekejap sebelum ditegur oleh Hazim.

"Ehem, anak-anak dara semua dah boleh masuk ya. Tak elok keluar malam-malam ni."

Hawa pantas menjeling ke arah sepupunya itu lalu mengambil bagasi miliknya. Manakala dua orang lagi gadis itu sudah tersenyum tersipu malu.

Hazim sudah bergerak masuk ke dalam keretanya.

"Kau nak balik dah ke?"

"Hm, InsyaAllah esok lepas check out terus gerak ganu. Ingat, kalau ada apa-apa call aku tau." Pesan Hazim.

"Ya, hati-hati drive balik nanti."

"Selamat pengantin baru ya, Qamariah. Tolong tengok-tengokkan sikit sepupu saya ni." Kata Hazim lagi.

Mereka hanya berbalas senyum sebelum kereta milik Hazim hilang daripada pandangan.

"Okay, sekarang kau hutang cerita dengan kitorang." Pantas sahaja mereka bertiga masuk ke dalam rumah.

Hawa hanya memandang kedua-dua kawannya bersilih ganti. Sesekali dia mensisip air teh yang dibuat.

"Kenapa tengok aku macam tu?" Polos dia bertanya.

"Kenapa?!" Jerit Aisyah.

"Kau cakap kau datang weekend ni. Macam mana kau boleh muncul malam ni tiba-tiba, Hawa?" Tanya Aisyah pelik.

"Erm, saja. Aku nak buat surprise je hehe. Kan Qama nak kahwin, so aku rasa aku patut datang awal sikit untuk tolong apa yang patut." Jawab Hawa.

"Seriously? Ok aku faham kau nak datang awal. But, it's just only 10 minutes left before midnight. Baik Kau jujur sekarang. Kau lari rumah eh?" Tanya Qamariah pula.

"Eh kesitu pula. Mana ada aku lari rumah. Ok ok, first aku datang memang sebab kau. Second aku datang sebab Ahmad." Jujur Hawa.

Tercengang kedua-dua kawannya itu.

"Ahmad?!"

"Ahmad Izuan?!"

Hawa hanya mengangguk sebagai jawapan.

"How can?" Tergamam Aisyah dibuatnya.

"Let me spill the tea."

Maka bermulalah segala luahan hati Hawa. Dia menceritakan segala yang telah berlaku pada mulanya Ahmad menjejak di warung milik keluarganya sehinggalah lelaki itu meninggalkan bumi Terengganu itu.

"Aku dah tau dah sebenarnya Ahmad pergi Terengganu." Selamba Qamariah berkata.

"Fathi, right?" Balas Hawa.

"What? Fathi bagitau kau. Macam mana Fahim boleh tak bagitau aku sedangkan dia ada je kat sana tu." Berang Aisyah.

"Sebab dia tak sayang kaulah. Ouch!" Lengannya yang dicubit di gosok perlahan.

Hawa tertawa melihat telatah kawan-kawannya itu. Terubat jua rindunya.

"Tapi, Hawa kau pasti ke dengan keputusan yang kau buat ni? Kau tak takut kecewa ke nanti?" Tanya Qamariah lagi.

Dia bukannya apa. Dia cuma risau kawannya itu akan disakiti lagi. Tidak mustahil sejarah hitam itu akan berulang lagi.

Hawa tersenyum lalu mengusap lengan kawannya itu.

"Aku tau korang risau sebab korang sayangkan aku. Tapi, semua ni keputusan aku sendiri. Dan aku yakin yang Ahmad dah berubah. Walaupun aku baru jumpa dia untuk beberapa hari. Tapi aku nampak keikhlasan dia dengan aku. Dengan keluarga aku. Dia memang dah berubah. Dia bukan lagi Ahmad Izuan yang dulu. Yang panas baran. Sekarang dia lebih banyak sabar dan sangat matang." Luah Hawa.

Begitu besar cintanya kepada seorang lelaki bernama Ahmad Izuan itu.

Aisyah dan Qamariah sudah berpandangan lalu memeluk Hawa. Mereka akan tetap sokong keputusan gadis itu. Walau apa berlaku, mereka tetap berada di sampingnya.

"Kau memang dah terlajak sayangkan Ahmad, kan Hawa?" Usik Aisyah.

"Ya, memang aku sayangkan dia. Sayang sangat." Jujur Hawa.

Dia sentiasa berdoa jikalau benar Ahmad itu jodohnya. Jawapannya sudah terjawab jua akhirnya.

Cukuplah selama ini dia mengikut fikirannya. Kali ini dia perlu mengikut kata hatinya pula.

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now