22 - Luahan

282 6 1
                                    

Pagi-pagi lagi sudah kedengaran bunyi bising datang daripada dapur. Hawa yang sedang nyenyak tidur merungut apabila tidurnya terganggu.

Mata yang masih mengantuk digosok perlahan. Pandangan yang kabur kembali jelas. Kaki di bawa turun ke lantai lalu langkah di bawa menuju ke arah bunyi bising itu.

Matanya terbuntang luas apabila melihat gerangan Ahmad dan Fahim yang sedang berbual mesra sambil menikmati sarapan pagi bersama ibu dan ayahnya. Nampak begitu mesra mereka di pandangan matanya.

Dengan itu, pantas sahaja kakinya kembali menuju ke biliknya. Ali yang sedang berselisih dengannya ditahan.

"Ali, kenapa diorang tu ada kat sini? Tak ada rumah ke?" Berang Hawa.

Ali mengerutkan kening mendengar pertanyaan kakaknya itu.

"Ish tak baiklah kak cakap macam tu. Abang Ahmad dan Abang Fahim tu kan tetamu. Eh, cepatlah siap lepas ni nak pergi air terjun." Arah Ali pula.

"Air terjun? Nak buat apa?" Pelik Hawa.

"Nak pergi berkelah. Dah-dah jangan nak banyak songeh. Pergi mandi sana. Dah lah busuk." Badannya ditolak oleh tubuh tinggi lampai adiknya itu.

Hawa yang masih lagi blur dengan keadaan hanya mengikut sahaja arahan adiknya itu walaupun masih banyak lagi soalan yang ingin dilontarkan.

"Kami pergi dulu ya, mak ngah. Terima kasih bungkuskan nasi lemak ni untuk kami. Buat susah-susah je." Kata Hazim sambil menyalam tangan tua makciknya itu.

"Ya, jaga diri kamu semua. Hati-hati kat air terjun tu nanti. Jangan nak suka-suka sangat ya. Hah kakak, adik kamu ni jaga. Jangan biar dia mandi sorang-sorang." Pesan Mak Idah kepada Hawa.

Hawa hanya mengangguk malas.

"Mak, Ali ni dah besar kot. Biar jelah dia nak tenggelam kat sana tu." Kata Hawa sambil menggosok bekas cubitan maknya pada tangannya.

"Mak, tengoklah akak ni. Dia ni memang tau." Marah Ali sambil menolak Hawa.

Itulah pandangan yang dipandang oleh Hazim, Ahmad dan Fahim. Mereka hanya mampu melihat sahaja pergaduhan antara dua beradik itu.

"Sorrylah korang. Diorang ni memang pantang berjumpa. Asyik bergaduh je." Kata Hazim kepada mereka berdua.

"Eh tak apalah, Zim. Kitorang faham. Biasalah adik beradik kan?" Balas Fahim.

Hazim mengangguk lalu bergerak menghidupkan enjin kereta miliknya.

"Ganas juga ek Hawa tu, Mad. Kau tengoklah dia belasah adik dia tu." Bisik Fahim kepada Ahmad.

"Ganas?" Pipi Ahmad sudah berona merah apabila mendengar kata-kata Fahim itu.

Fahim yang melihat Ahmad yang hanya diam terus menyenggol kuat bahu bidang lelaki itu.

"Eee dasar jantan gatal. Kalau dah gatal sangat nak kahwin, pergilah ngorat budak tu. Dah ada kat depan mata dah pun." Cadang Fahim.

Ahmad memandang Fahim sebelum mula menjawab.

"Kau rasa aku patut tegur dia ke sekarang? Ataupun aku kena tunggu? Sumpah aku tak tau nak buat apa. Tolong aku Fahim. Aku tak nak Hawa pergi daripada aku lagi." Keluh Ahmad.

Bahu Ahmad dipeluk Fahim seakan ingin memberi semangat.

"Ahmad, peluang hanya muncul sekali dalam seumur hidup. Sampai bila kau nak takut dengan masa lalu. Start with your first move. Jangan hilang dia lagi." Kata Fahim lalu masuk ke dalam kereta milik Hazim.

Ahmad diam cuba menghadam kata-kata daripada Fahim itu.

Perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit itu akhirnya berakhir.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now