Bam!
Fahim menolak kuat tubuh Syaiful ke dinding sekolah. Syaiful mengaduh sakit apabila belakang badannya terhentak pada konkrit keras itu.
"Kau dah kenapa hah bodoh?! Lepaskan aku!" Jerit Syaiful.
"Semua ni kerja kau, kan?" Tanya Fahim.
Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat sehingga tertarik ke atas.
"Apa benda yang kau cakap ni hah?! Apa yang aku buat?" Balas Syaiful.
"Kau jangan nak menipu akulah. Kalau bukan disebabkan interview bodoh kau tu, Hawa takkan pergi dari sini, kau tau tak?!" Jerkah Fahim. Naik turun nafasnya menahan amarah.
Syaiful terdiam seribu bahasa. Fahim yang berada di hadapannya ini sangat berlainan. Dia sendiri tidak berani untuk melihat lelaki di hadapannya ini.
"Aku...aku..." Tergagap-gagap Syaiful ingin berbicara.
"Kau apa?!" Jerit Fahim.
"Ya, aku yang upload video tu! Puas hati kau!" Balas Syaiful.
"Kau ni memang sial, kan!" Penumbuk diangkat untuk dihala ke arah muka Syaiful.
"Fahim!" Bahunya ditarik oleh Fathi.
"Kalau nak bergaduh ajak aku sekali." Katanya lalu menarik senyuman sinis.
Syaiful berasa takut apabila melihat senyuman sinis yang bergayut di bibir milik Fahim dan Fathi.
"Jangan apa-apakan aku. Tolonglah, aku minta maaf." Dia sungguh takut tika ini.
"Kau rasa orang macam ni patut dimaafkan, ke?" Tanya Fahim kepada Fathi.
"Absolutely no, bro." Jawab Fathi.
Sejurus itu mereka membelasah Syaiful sehingga mereka berasa puas. Lelaki itu hanya diam tidak mampu melawan kekuatan mereka berdua.
Fahim dan Fathi yang berada di hadapannya ini bukanlah seperti yang dia kenal. Mereka juga mempunyai sisi jahat yang jarang ditunjukkan kepada khalayak ramai.
•
Bam!
Ahmad yang sedang termenung berpaling apabila mendengar bunyi dentuman oleh seseorang.
"Inilah punca segala punca, Mad." Kata Fahim.
Ahmad mendekati Syaiful yang sudah berdarah-darah akibat teruk dipukul.
"Dia yang upload video kau and he's already admit it." Tambah Fathi lagi.
"Aku...aku minta ampun, Ahmad. Aku...aku tau aku salah. Maafkan aku. Ja...jangan pukul aku lagi." Tersekat-sekat nafas Syaiful apabila wajahnya ditarik kuat oleh Ahmad.
Kedua-dua belah telinga Ahmad sudah memerah menandakan bahawa dia tengah menahan marah.
"Disebabkan kau aku halau Hawa. Semua ni salah kau, binatang!" Baru sahaja dia hendak menyepak kepala Syaiful, pantas Fahim menolaknya jauh lalu menumbuk wajah Ahmad bagi menyedarkannya.
"Sudah Ahmad!"
Ahmad yang mahu mengamuk mula teresak-esak menangis.
"Sebab dia hiks aku halau Hawa, Him. Aku menyesal, Fahim!" Jerit Ahmad dalam tangisan.
Fahim terdiam hanya mendengar kawannya itu meracau. Fathi pula menarik Syaiful untuk dibawa ke klinik.
"Tak gunalah kau nak melalak sekarang ni. Siapa yang halau dia sebelum ni? Kau juga kan? Bukan kau suka ke dia berambus dari sekolah ni?" Sengaja Fahim ingin menyakitkan hati Ahmad lagi.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Teen Fictionqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...