11 - Gantung

168 6 0
                                    

Dua hari telah berlalu sejak peristiwa hitam di antara Ahmad Izuan dan Irsyad Haikal.

Pada pagi itu, seperti biasa Ahmad ke sekolah bersama motosikalnya. Cuma pada kali ini hanya dia bersendirian tanpa Fahim ataupun Fathi. Enjin dimatikan lalu helmet dicabut dan diletakkan di atas bakul motor.

Keadaan pada pagi itu sungguh sunyi sepi tidak seperti biasa. Tiada bunyi bising mahupun jeritan daripada para peminatnya. Dia mula hairan namun kaki panjangnya tetap menapak ke kelas.

Perkarangan kantin dimasukinya. Keadaan yang kecoh mula senyap apabila dia melalui kawasan itu. Para pelajar yang berada di situ mula berbisik antara satu sama lain sambil memandang-mandang ke arahnya.

Ahmad hanya membuat tak tahu, malah terus sahaja pergi malas mahu mengambil peduli.

"Dasar dayus!" Jeritan seseorang kedengaran.

Langkahnya terhenti lalu dia berpaling. Genggaman digenggam erat.

"Apa kau cakap, budak?" Tanya Ahmad kepada seorang pelajar perempuan. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.

Pelajar itu hanya menunduk takut lalu menunjukkan telefon pintarnya. Ahmad merampasnya kasar lalu melihat telefon itu kerana ingin tahu.

Tepampang video di mana dirinya yang sedang membelasah Irsyad sehingga lunyai. Darahnya menyerbu naik ke seluruh anggota badannya. Nafasnya mula tidak teratur.

"Tak mungkin." Ahmad melihat ke arah semua orang yang memandang sinis ke arahnya.

Pasti semua orang sudah mengetahui segalanya. Dia tidak kisah jika berita perpisahan antaranya dan Afisya tersebar luas, namun dia risau jika pergaduhan besarnya dan Irsyad tersebar dalam kalangan pihak sekolah. Pasti buruk jadinya.

Selama hampir 5 tahun Ahmad berada di sekolah ini, tidak pernah walau sekali dia membuat hal buruk. Tetapi kali ini, reputasinya sudah jatuh malah memburukkan lagi dirinya kini.

Tanpa membuang masa, terus sahaja dia melangkah pergi dari situ. Dia perlu berjumpa dengan seseorang ini. Hanya dia yang mampu jelaskan semua ini. Semua ini mesti kerjanya.

"Ahmad Izuan." Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang.

"Aisyah, kita dah bincangkan tentang ni? Kenapa awak masih teruskan tentang berita ni? Awak tahu kan semua ni akan memburukkan lagi keadaan?" Tegas Fahim berkata.

"Bukan Aisy yang buat semua ni. Aisy sendiri tak tahu siapa yang upload video tu dalam laman web rasmi sekolah." Risau Aisyah.

"Betul ni? Aisy tak tipu Him kan?" Fahim bertanya sekali lagi.

Gadis itu menggeleng menidakkan.

"Laman web tu bukan setakat pelajar sahaja boleh buka malah semua pihak sekolah termasuk pengetua kita. Lagipun, Aisy tak ada password web tu, cuma." Kata-katanya tergantung memikirkan sesuatu.

"Cuma?"

Aisyah memandang Fahim seakan tidak percaya.

"Tak mungkin Hawa yang upload video tu? Sebab dia seorang sahaja antara kami yang boleh akses laman web tu sebab dia editor sekolah. Tapi, takkan Hawa yang buat semua tu." Terang Aisyah.

Fahim seakan tidak percaya apabila mendengar nama yang disebut itu. Tidak sangka rakannya itu sanggup menikam belakang Ahmad.

"Wait, Syaiful pun tak boleh akses? Bukan dia president ke? Mungkin dia yang upload video tu. Him tak percaya Hawa yang buat." Balas Fahim bagi menidakkan kenyataan itu.

"Walaupun Syaiful president, tapi yang boleh akses laman web sekolah hanya Hawa. Dia seorang sahaja yang tau password. Aisy tak tau kalau Hawa ada share password tu dengan Syaiful tapi tak mungkinlah, kan?"

Aisyah sudah rungsing memikirkan perkara ini. Dia sendiri tidak boleh memadam video tersebut. Hanya Siti Hawa yang boleh mengakses laman web tersebut.

Kalaulah Ahmad tahu akan perkara ini. Aisyah tidak dapat menggambarkan apa yang akan dibuat oleh lelaki itu.

"Okay, sekarang ni Hawa mana? Kita kena suruh dia padam video tu sebelum terlambat." Pinta Fahim.

"Hawa tak datang. Aisy dah call dia banyak kali. Tapi dia tak angkat." Nombor Hawa di dail buat kali keberapa.

"Syaiful? Takkan dia nak lepas tangan? Semua ni idea dia, kan? Dia kena bertanggungjawab." Fahim mula berang.

"Itu pun satu masalah juga. Syaiful tak ada selama 2 minggu ni. Dia ada kursus di Sabah. Semua tu cuma agenda dia nak larikan diri dari semua ni. Ah geram betul!" Marah Aisyah.

Fahim dan Aisyah kini sudah buntu memikirkan masalah tersebut. Kalaulah Fahim tahu ini kesudahannya, dia pasti tidak akan menolong Aisyah. Dia berasa kasihan dengan nasib Ahmad pada masa ini.

"Him kena cari Ahmad." Pantas dia keluar dari bilik media meninggalkan Aisyah keseorangan.

Ahmad menunduk apabila tayangan videonya habis disiarkan.

"Mind to explain, Ahmad Izuan? What is this?" Tanya Cikgu Hamdan, pengetua sekolahnya.

Lelaki itu berkerut melihat Ahmad yang hanya diam daripada tadi.

"Ahmad Izuan." Panggilnya sekali lagi lebih kuat.

"Tak ada apa yang perlu dijelaskan." Jawab Ahmad tanpa perasaan. Wajah tua itu langsung tidak dilihatnya.

Cikgu Hamdan mengeluh perlahan.

"You're such a good boy, Ahmad. Good student. Also a good son for me. Papa kecewa dengan kamu." Keluhnya lagi.

Ahmad berdecit sinis mendengar kata-kata bapa tirinya itu.

"Please don't mind about this. Just mind your own business, pakcik." Jawab Ahmad biadap.

"Oh really. Jadi papa perlu biarkan sahaja walaupun kamu nak jadi penjenayah. Macam tu? Papa ni papa kamu. You're my son." Tanya Cikgu Hamdan.

"Ayah aku dah mati. Kau cuma bapak tiri aku sepanjang ibu masih ada. Sekarang tak lagi. Sejak ibu meninggal, kau dan aku bukan sesiapa lagi." Balas Ahmad penuh biadap.

Cikgu Hamdan terkejut melihat perubahan sikap Ahmad yang begitu drastik. Selama ini, remaja lelaki di hadapannya ini hanyalah seorang yang pendiam dan tidak pernah menjawab. Namun, kini segalanya berubah.

"Kamu dah melampau Ahmad. Kamu tetap anak papa walau apa pun yang terjadi. Mark my words in your mind." Pandangan mereka tajam menikam satu sama lain.

Ahmad hanya tersenyum sinis mendengar.

"Papa rasa papa dah terlalu memanjakan kamu sampaikan kamu jadi biadap macam ni. I can't take this anymore." Kata-kata Cikgu Hamdan terhenti apabila melihat Ahmad seakan mahu beredar dari biliknya.

"Ahmad Izuan, kamu akan digantung sekolah selama 2 minggu. Dan selama itu juga kamu sama sekali tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah atau lebih tepat lagi bilik kamu. Sikap kamu ini perlu diajar. Dah tiba masanya untuk papa bertegas dengan sikap biadap kamu ni." Tegas Cikgu Hamdan berkata sambil menandatangani beberapa keping surat berwarna kuning.

Ahmad berpaling. Wajah tua itu dipandang tajam.

"You're too much."

"Me, too much? Hoho not really son. Papa belum habis lagi. Selepas tamat sahaja hukuman gantung kamu, kamu takkan dibenarkan mewakili mana-mana aktiviti sukan termasuklah cycling. Papa nak kamu fokus pada pelajaran. No more sports for you. This is your last year as a student. Kalau kamu tak nak banggakan papa, at least make your late parents proud, Ahmad. I'm begging you." Rayu Cikgu Hamdan.

Tanpa banyak soal, Ahmad terus sahaja keluar dari bilik pengetua. Pintu juga dihempas kuat tanda marah. Dia tidak sangka bapak tirinya itu sanggup berbuat sedemikian rupa.

Cikgu Hamdan yang melihat permergian anak tirinya itu hanya mampu mengeluh perlahan. Dia hanya mahu yang terbaik buat Ahmad Izuan.

Potret arwah rakan baik dan arwah isterinya atau lebih tepat lagi arwah ibu bapa kandung Ahmad dipandang sayu.

"I'm sorry, Abu Bakar. I'm sorry Diana."

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now