26 - Rindu

252 6 0
                                    

Sudah dua hari berlalu selepas pemergian Ahmad dari bumi Terengganu. Dan selama itu juga Hawa terlantar di atas katil akibat demam panas. Badannya lesu dan langsung tiada daya untuk makan. Sudah puas Mak Idah memujuk anak daranya itu, namun pujukannya langsung tidak termakan.

"Hawa demam lagi ke makngah?" Tanya Hazim.

Mak Idah hanya mampu mengeluh.

"Masih lagi Hazim. Dah 2 hari dah demamnya tak surut-surut lagi. Sudah dipujuk langsung tak mau makan ubat."

Hazim yang mendengar terjeda. Sungguh begitukah rindunya Hawa kepada Ahmad?

Hawa yang terbaring di atas katil terbatuk-batuk apabila tekaknya berasa gatal. Mata yang kuyu dibuka perlahan. Terpampang sebuah kotak pemberian Ahmad yang terletak di atas meja solek.

Badannya gigih duduk lalu perlahan mengambil kotak itu. Sebuah kamera diambil lalu butang hidup ditekan. Setelah berapa ketika, ikon gambar ditekan. Terdapat sebuah video dimuat naik di dalam platform itu. Tanpa ragu-ragu, video itu dimainkan.

"Cek cek 1 2 3. Dah on ke ni? Oh dah-dah."

Ahmad memperbetulkan keadaan kamera itu daripada terjatuh lalu mengambil tempat duduk berhadapan.

"Ehem, assalamualaikum. Saya Ahmad Izuan. Erm, video ni saya nak tujukan kepada seseorang yang paling bermakna buat saya. Tarikh hari ni, 16 Oktober 2017. Hari ni hari yang sangat istimewa buat dia. Walaupun dia tak ada sekarang, tapi masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada dia."

Ahmad terjeda menahan rasa lalu menggosok matanya.

"Selamat hari jadi Siti Hawa. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga awak ditakdirkan untuk saya. Walaupun dimana awak berada, saya akan selalu doakan untuk awak. Saya minta maaf sangat lepas apa yang saya dah buat pada awak."

Ahmad tersenyum pahit sebelum menyambung katanya.

"Saya memang bodoh. Bodoh sangat sebab tak percayakan awak. Saya terlampau ikutkan amarah saya dan lepaskan pada awak. Mungkin kalau awak tengok video ni mesti awak rasa saya ni pengecut, kan? Sebab tak boleh nak cakap depan-depan. Ya, saya memang pengecut."

Ahmad sudah tidak mampu menahan tangisnya. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir.

"Tapi, tolonglah kembali kepada saya Hawa. Saya merayu sangat. Saya tak tau macam mana nak cari awak. Puas saya pujuk kawan-kawan awak. Mereka langsung tak layan. Kawan mana lah yang nak tolong orang yang dah pernah pukul kawan dia kan? Mungkin ini semua balasan buat saya."

"Siti Hawa, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab dah jadi kawan yang sangat baik pada saya. Sejak kenal dengan awak, barulah saya tau apa tu erti persahabatan. Tapi disebabkan saya sendiri, persahabatan kita musnah macam tu saja. Terima kasih, Hawa. Ada rezeki kita jumpa lagi di masa depan ya. Tolong tunggu saya tau."

Setelah itu serta merta video itu berakhir. Air mata Hawa tidak henti-henti mengalir kerana mendengar luahan isi hati lelaki itu. Sudah 7 tahun Ahmad merakam video itu, namun baru kini dia dapat melihat.

Berdosanya dia kerana tidak memaafkan lelaki itu. Siapalah dia kerana tidak mampu memaafkan kesalahan Ahmad sedangkan Allah SWT Maha Mengampuni.

"Maafkan saya Ahmad. Hiks. Saya ego. Hiks. Saya cintakan awak." Tangisnya lagi.

Kamera ditangan dibelek sambil tersedu sedan. Ini sahajalah pemberian Ahmad kepadanya. Pemberian yang begitu beharga.

Terdapat sebuah lagi video yang dimuat naik.

"Hey wassap guys. Saya Fahim."

"Oi, cepatlah rakam aku." Suara Ahmad kedengaran

Fahim hanya mampu menaikkan mata ke atas.

"Okay Mad. Apa perasaan kau lepas dapat jumpa Hawa setelah sekian lamanya?" Tanya Fahim.

Ahmad sudah tersenyum gembira.

"Mestilah aku happy sangat-sangat! Kau tau tak, aku dah confess kat dia. Walaupun kena reject tapi takpe. Aku faham." Luah Ahmad.

"Aik, kena reject pun suka? Peliknya lah. Hawa, tolonglah kutip mamat sekor ni sebelum jadi lebih teruk."

Hawa tertawa perlahan sambil menonton video itu.

"So, kau dah luahkan semuanyalah kiranya?" Tanya Fahim.

Ahmad menggeleng.

"Belum, ada satu lagi aku tak sempat nak cakap kat dia. Aku nak cakap yang..."

Secara tiba-tiba video itu telah pun mati begitu sahaja. Hawa sudah tercengang apabila video tergantung begitu sahaja.

Apa lagi yang lelaki itu mahu katakan kepadanya? Dia mesti mencari Hazim sekarang juga. Dia perlu ceritakan perkara yang sebenar kepada sepupunya itu. Hanya lelaki itu yang mampu membantunya sekarang ini.

Hazim yang sedang memandu mengerling ke arah Hawa di sebelah. Keluhan berat dilepaskan.

"Kau pastikah dengan keputusan kau ni? Kita masih ada masa lagi untuk patah balik, Siti."

Hawa menggeleng lalu tersenyum.

"Tak, aku takkan patah balik. Segala soalan yang ada dalam fikiran aku sekarang ni dah terjawab. Dan aku pasti, aku betul-betul cintakan Ahmad." Luahnya.

"Walaupun lepas apa yang dia dah buat selama ni?"

"Aku dah cakap kan, benda tu dah berlaku lama. And aku sendiri tak nak fikir dah. Aku nak buka buku baru. Buku aku dan Ahmad."

"Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak buat apa lah. Aku cuma mampu sokong kau je. Tapi, kau taukan kalau kau perlukan apa-apa, aku akan sentiasa ada untuk kau, Siti." Kata Hazim sambil fokus memandu.

Ya, mereka kini sedang dalam perjalanan ke negeri Selangor Darul Ehsan.

Hawa tersenyum memandang Hazim.

"Terima kasih, Zim."

'Ahmad, tunggu saya.'

Tbc

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now