Afisya berjalan mendekati seseorang yang sedang duduk di sebuah bangku sambil menghisap sepuntung rokok dengan senangnya. Berkepul-kepul asap dihembus keluar daripada mulutnya itu.
"Irsyad."
Irsyad berpaling apabila namanya disebut. Tercengang dia melihat kekasihnya itu sudah berdiri tercegat di hadapannya.
"Honey?" Peliknya.
Wajah Afisya ketika itu begitu sugul pada pandangannya. Pipinya kemerah-merahan menandakan dia sedang menahan marah. Tidak pernah dia melihat wajah gadis itu.
"What happened to you?" Bergegas Irsyad bergerak ke arah Afisya. Tangannya mengusap lembut wajah mulus gadis itu.
"I nak putus dengan Ahmad, sayang. I benci dia!" Jerit Afisya kegeraman.
Irsyad berkerut. Tak habis lagi kisah gadis itu dengan Ahmad rupanya.
"So? Just end it. Problem solve. Lagipun kenapa pula you nak mengamuk tak tentu arah macam ni? Sepatutnya dia yang marah bila tahu you yang curang belakang dia." Selamba Irsyad berkata. Semakin memerah wajah Afisya mendengar balasan lelaki tu.
"I can't. I nak tunjukkan yang I lagi hebat daripada perempuan kolot tu." Kembang-kempis hidung Afisya menyatakan hasratnya itu.
"Perempuan? Siapa? Setahu I Ahmad tak ada kawan perempuan." Tanya Irsyad.
Afisya tersenyum sinis lalu memandang Irsyad semula.
"Siti Hawa. Geng makcik bawang yang tak guna tu lah!" Afisya mendegus.
"Camera girl sekolah? Serious? Haha lawak. Tak sangka taste Ahmad teruk betul rupanya." Tawa Irsyad kuat.
"Tu yang buat I geram sangat tau tak?! I tahu Ahmad tak layan dia, tapi perempuan tu yang terhegeh-hegeh nakkan Ahmad. Argh geram!" Jerit Afisya.
"I rasa you tak perlulah susah-susah nak kenakan dia. Poor her. Why not you just end your relay with him and focus on our relationship, honey." Pujuk Irsyad. Pelik sungguh dia akan sikap pendendam Afisya itu.
Afisya memandang wajah tampan milik Irsyad dalam diam. Mulutnya terkunci untuk membalas. Hatinya sedikit sebanyak terpujuk dengan pujukan lembut lelaki itu.
"I sayang you sangat, Irsyad. Please don't leave me once I putus dengan Ahmad." Tubuh tegap itu dipeluk kemas.
Hatinya gembira apabila pelukannya dibalas oleh lelaki itu.
"I won't, honey." Balas Irsyad perlahan.
Pak Pak
Irsyad dan Afisya berpaling apabila kedengaran bunyi tepukan seseorang.
"Wow, such a great drama from both of you."
•
Qamariah menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Buku yang diambil pula diletakkan di atas meja. Sunyi sahaja keadaan di dalam perpustakaan sekolahnya ini.
Pandangannya dihala ke hadapan apabila mendengar kerusi ditarik oleh seseorang. Keningnya berkerut melihat gerangan yang sedang duduk dengan selamba di hadapannya itu.
"Kenapa? Ada masalahkah? Kalau ada masalah boleh pergi jumpa pustakawan sana. Jangan tanya aku pula." Selamba Fathi berkata lalu menyambung latihan yang perlu dihantar esok.
"Pergilah duduk tempat lain. Tak payah semak nak duduk kat sini. Kerusi kosong punya banyak, kat sini juga nak duduk dah kenapa? Ugh menyampah!" Qamariah berkata tanpa memandang wajah Fathi dihadapannya itu. Novel hantu kegemarannya dibuka lalu menyambung bacaannya.
"Wah, sedap betul bahasa budak sekarang kan? Biadap betul eh kau ni! Aku ni lagi tua tau daripada kau tau. Hormatlah sikit, woi!" Bidas Fathi pedas.
"Setakat tua dua bulan tak payahlah nak hormat bagai." Jawab Qamariah sambil menaikkan kedua-dua matanya ke atas.
YOU ARE READING
[C] Saya Benci Awak! ✓
Ficção Adolescenteqrienaa, 2022 Saya Benci Awak! AHMAD IZUAN, seorang atlet berbasikal ataupun cyclist sekolah yang begitu terkenal dalam kalangan pelajar serta guru di sekolahnya. Wajahnya tampan dan kulitnya agak gelap akibat terbakar di bawah sinaran cahaya matah...