12 - Flashback

173 6 1
                                    

"Ahmad."

Fahim terkejut melihat gerangan yang berada di hadapannya ini. Baru sahaja dia hendak mencari rakannya itu, namun Ahmad lebih pantas datang kepadanya.

"Semua ni kerja perempuan tu kan?" Tanya Ahmad perlahan. Urat di dahi sudah kelihatan menunjukkan kemarahannya yang sudah memuncak.

Aisyah yang keluar turut sama terkejut melihat kehadiran Ahmad itu. Dia hanya berdiri berdekatan Fahim kerana takut akan lelaki itu.

"Perempuan mana kau cakap ni?" Tanya Fahim.

"Kau tak payah nak buat-buat bodohlah, Fahim. Mana Hawa? Aku nak jumpa dia. Dia kan yang sebarkan video tu?" Suara Ahmad memetir.

"Ahmad, kami sendiri tak tau siapa yang upload video tu. Awak tak boleh nak salahkan Hawa melulu." Aisyah cuba untuk mempertahankan rakannya itu.

"Eh, kau tak payah nak menipulah. Aku dah dengar semuanya. Kalau bukan dia siapa yang upload? Video tu yang upload sendiri? Aku tak kira, aku nak jumpa kawan kau yang tak guna tu. Aku nak ajar dia. Panggil dia sekarang." Ahmad mula berang apabila Hawa masih tidak kelihatan.

"Dia tak ada sekarang. Dia tak datang. Ahmad, please jangan apa-apakan Hawa. Dia tak buat semua tu. Trust me. Saya janji, saya akan padam dan cari siapa dalang yang sebarkan video tu. Please Ahmad. Jangan buat apa-apa pada kawan saya. Kami minta maaf sangat-sangat." Rayu Aisyah kerana takut Ahmad akan mengapa-apakan kawan baiknya itu.

Jika betul sekali pun Hawa yang memuat naik video tersebut, dia tidak sanggup melihat Hawa dibelasah teruk oleh Ahmad. Pasti mati kawannya itu akan dikerjakan.

Fahim jatuh kasihan melihat Aisyah yang sudah merayu kepada Ahmad.

"Ahmad, aku pun salah. Aku tak patut buat macam ni pada kau. Aku minta maaf, Ahmad. Aku tak sangka semua ni akan terjadi." Pinta Fahim sungguh-sungguh.

Kalaulah dia tahu siapa yang memuat naik video itu, pasti teruk dia akan kerjakan gerangan tersebut.

"Dah terlambatlah wei. You know what? Aku dah kena gantung sekolah dah pun." Kata Ahmad lalu menunduk. Hatinya begitu sakit mengenangkan nasib dirinya.

Fahim dan Aisyah terkejut mendengar berita itu. Tak sangka pengetua terus memberikan hukuman yang begitu drastik kepada Ahmad.

"Gantung? Berapa lama?" Tanya Fahim.

"2 weeks. I'll take that as a holiday anyway. By the way Aisyah, tolong cakap dengan kawan kau tu yang aku takkan berdiam diri dan lupakan sahaja semua ni tau. Berseronoklah selama 2 minggu tanpa aku and then just wait for my revenge." Selesai berkata, kaki pantas melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

"Revenge? Apa maksud dia Him? Saya tak faham?" Tanya Aisyah.

"Hmm, Him pun tak tau. Kita tak boleh nak jangka apa yang ada dalam fikiran dia tu. Apa pun habis sekolah ni kita kena terus pergi jumpa Hawa. Him tak nak Ahmad terus tuduh Hawa melulu." Balas Fahim.

Pada waktu rehat ketika itu, terdapat seorang gadis sedang duduk termenung di dalam perpustakaan. Novel seramnya hanya dibuka tanpa dibaca. Dia tiada rasa ingin membaca pada hari ini. Fikirannya begitu kusut ketika ini.

Qamariah hanya rehat berseorangan kerana Aisyah perlu menguruskan sesuatu. Jadi, dia membuat keputusan untuk duduk di dalam perpustakaan sementara menunggu waktu rehat tamat.

"Qamariah." Namanya dipanggil.

Dia melihat gerangan si pemanggil. Fathi rupanya.

"Kau tau tentang video Ahmad tu?" Tanya Fathi lalu mengambil tempat duduk berhadapan gadis itu.

[C] Saya Benci Awak! ✓Where stories live. Discover now