(1)

235 15 6
                                    

Hari yang...

membosankan.

Dayan mengeluh buat entah kali ke berapa. Bosan berdiri di sini. Kejap lagi perlu meronda pula sekeliling bangunan ini. Dia rasakan bosan benar hidupnya. Tetapi apa pilihan yang dia dapat? Sudah kerjanya... mahu buat macam mana lagi?

"Dayan!"

"Hm."

"Ronda."

"Hm...." malas dia membalas. Kakinya dipaksakan melangkah untuk keluar daripada tempat dia berdiri tadi.

Tak semena-mena satu keluhan besar terlepas daripada mulutnya. Panas terik yang menyapa wajah menjadikan Dayan berdecit kecil, panas! Dayan melangkah malas, sesekali wajah bosannya melihat ke kiri kanan. Memerhati, takut-takut ada orang di kawasan ini. Ini kawasan larangan, kawasan polis.

Satu kematian baru sahaja berlaku dalam bangunan kedai dua tingkat ini. Apa yang dia dengar, kematian itu sepertinya adalah sebuah pembunuhan. Jadi... terpaksa lah pegawai polis dihantar untuk menjaga kawasan ini.

Dayan lah antara yang bertuah itu.

Selepas dia meronda sekeliling bangunan, Dayan kembali ke tempatnya. Kali ini berbeza pula, dia nampak inspektor yang bertanggungjawab dalam siasatan kes ini sudah kembali semula bersama dua orang anak buahnya. Dayan buat-buat tak tahu dan kembali berdiri di tempatnya. Malas ambil tahu, bukan kerjanya. Kerjanya cuma berdiri di sini dan meronda saja.

"Kes ni... terpaksa ditutup."

"Eh? Kenapa pula, tuan?"

Dayan toleh pun tidak!

"Atas arahan pihak atasan."

"Huh? Tapi tuan... takkan kita nak tutup macam tu saja?"

Inspektor lelaki itu berwajah keruh, menghela nafas,

"Kes tutup, tapi biar nampak kes ni masih dalam siasatan. Biarkan mereka berjaga di sini. Tak payah hirau pihak wartawan. Biarkan seminggu, lepas tu tak perlu ambil tahu lagi tentang kes ni."

Dua orang kanan inspektor itu terdiam mendengar ucapannya. Ini... bukan kali pertama mereka menerima arahan begini. Setiap kali arahan seperti ini terjadi, pasti pembunuhan itu....

"Hacker lagi ke, tuan?"

Laju inspektor itu menoleh dengan pandangan maut!

"Diam! Jangan pertikaikan apa-apa lagi."

Inspektor itu sempat memandang sekeliling, sebelum laju langkah dibuka, dan diikuti dua orang kanannya. Pergi dengan reaksi kesal.

Tinggallah Dayan yang berseorangan di ruang itu, menghela nafas.

Fikirnya... kes tutup dia boleh beredar daripada tempat ini, rupanya... lagi seminggu lah jawabnya dia bertapak di sini! Bosan...

"Dayan... kau dengar semua kan tadi?"

Dayan menoleh, melihat rakan sekerjanya, Azib. Entah daripada mana muncul si Azib ni, tiba-tiba ada saja! Curi-curi dengar pula tu!

"Hm." jawab Dayan, malas.

Azib meletakkan lengan pada bahu Dayan.

"Hacker lagi eh... uish berat kes Hacker ni."

Dayan menayang reaksi bosan, dah mula dah nak menggosip...

"Kau nak tahu tak?"

"Tak."

"Hacker ni kes dia menggodam je, tapi bila melibatkan kematian, dah jadi kes berat. Lepas tu, semua mangsa yang mati, polis yang incharge kes tu mesti tak jumpa apa-apa bukti. Maknanya... kes ni bertemu dengan jalan mati. Sebab itu lah kes ni kena tutup juga." terang Azib, walaupun jawapan negatif yang dia terima tadi.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now