(4)

126 14 17
                                    

Dia kini seorang penganggur. Sudah sebulan lebih juga dia begitu. Tiada kerja. Dayan menarik nafas panjang, dan dihembus perlahan. Sedikit penat.

"Ya Allah...." ucap dia perlahan. Kusut memikirkan nasibnya. Sijilnya ditolak mentah-mentah. Hanya bila dia kata dia berhenti ketika mengambil degree dan dia bekas polis, mereka menolaknya. Mereka fikir Dayan orang bermasalah, sebab itu tidak kekal dalam kerja dan pembelajarannya.

Sakit juga hati saat ada yang menghinanya secara berdepan. Syukur saja dia cuma diam dan beredar dengan perlahan. Kalau dia mengamuk... memang betul-betul akan jadi masalah.

Dayan membaringkan badan di sofa, malas berfikir lagi. Dia melelapkan mata. Namun, dia tiba-tiba terfikirkan Raihan.

Ya, hampir sebulan lebih juga dia tidak nampak Raihan di mana-mana. Raihan nampak marah betul dengan dirinya. Dayan tidak faham mengapa. Dia cuma mahu hidup yang tenang, itu pilihannya, kenapa Raihan mahu marah pula?

Dayan berdecit tidak senang. Tak faham dengan perangai Raihan! Sekali lagi dia cuba menutup mata. Lebih baik dia tidur!

Tetapi...

sekali lagi matanya celik! Terganggu dengan nada dering telefonnya! Dayan mengambil malas telefon miliknya sebelum melihat pada nombor yang tidak dikenali itu.

Dayan tergerak untuk menjawab.

"Hello?" sapa dia dahulu.

"Encik Dayan Khair bin Walid ke?"

"Ya, saya."

Dayan sudah menggaru kepala, aduh, apa hal pula ni?

"Tahniah Encik Dayan! Encik terpilih untuk temuduga di Klinik Twin."

Dayan terdiam, bingung.

"Encik akan ditemuduga oleh Doktor Farhan sendiri, pemilik klinik ini. Boleh encik datang esok, jam 9 pagi?"

Dayan tidak faham apa, tetapi dengan cepat dia merespon!

"Ya, ya, boleh! Terima kasih, tuan!"

"Baiklah. Jumpa esok, Encik Dayan."

"Ya, in syaa allah."

Dayan termangu sekejap, terkebil-kebil matanya melihat skrin telefon yang sudah gelap.

Dia?

Temuduga kerja?

Bibir Dayan ternaik, tersenyum kecil!

Tak sangka pula klinik besar itu mahu menemuduga dirinya, rezeki! Dayan tak jadi tidur, terus segar matanya!



















































PAGI ini Dayan segak, tampan di mata semua orang. Kemejanya biru lautnya kemas bersama tie dark blue, serta seluar slack berwarna hitam. Hari ini dia tak pakai topi, kalau ikutkan hati mahu saja pakai, tapi mencemar pandangan pula. Sudah segak dengan baju formal, tiba-tiba ada topi, kan pelik tu?

Dayan terkaku di tempat duduk, segan saat banyak mata yang memandang ke arahnya. Sudah 10 minit dia menunggu di sini, pesakit pula makin ramai yang hadir, namanya tak dipanggil pun!

Dayan mengeluh kecil dalam diam, pelik ramai benar yang sakit hari ini.

"Encik Dayan Khair?"

Dayan mengangkat wajah, gugup.

"Saya."

Jururawat lelaki itu tersenyum,

"Sila ikut saya."

CIÙINEASWhere stories live. Discover now